Patik sebagai anak jati Kelantan melafazkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada DYMM Al Sultan dan YMM Pemangku Raja Kelantan, dipohon supaya duli - duli baginda dan anakanda paduka Al Sultan serta seluruh usrah diraja kelantan berada dalam keadaan afiat dan dalam perlindungan Allah hendaknya.

Patik mewakili seluruh lapisan rakyat Kelantan amat menyayangi KDYMM Al Sultan dan YMM Pemangku Raja yang berjiwa rakyat yang tidak mengamalkan protokol ketika berhadapan dengan rakyat. Jasa dan pengorbanan baginda berdua yang mewakili Allah dalam aspek pemerintahan negeri Kelantan dan sebagai ketua agama negeri begitu tinggi dengan segala kurniaan ketandaan serta sumbangan kepada rakyat menambahkan rasa sayang dan menyanjung tinggi pemerintahan duli - duli baginda.



Pada 22 mac 2010, jam 3 petang..sang gurkha bersama beberapa sahabat iaitu cikgu mud (sm sains pasir putih ), en razali maarop, en manzur el hassan melakukan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama DO Tanah Merah bertempat di Bilik Tetamu Pejabat Ketua Jajahan Tanah Merah bagi membincangkan tentang program pembangunan insan yang akan diadakan di kg chawas, tanah merah, kelantan

Hasil perbincangan tersebut menunjukkan input yang positif dan akan digerakkan program ini yang dijangka pada hujung tahun ini.
Dalam meniti hari untuk menjadi seorang dai'e, pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi oleh saya antaranya terpaksa berhadapan dengan krisis kepercayaan di kalangan ahli dalam jamaah.

Bila diri lebih matang daripada sangkaan sang pesangka, maka timbul pelbagai persepsi di kalangan umum tentang kelebihan dan kematangan yang ada pada diri. In menimbulkan suasana tidak sihat bila berlaku pertembungan persepsidi kalangan ahli dalam jamaah islam serta menggugat kesatuan ukhuwwah islamiyah.

Oleh kerana hubungan baik sang gurkha dengan pimpinan kerajaan negeri kelantan, para pegawai tadbir negeri, dan terutamanya YMM Pemangku Raja Kelantan lagi menambahkan syak wasangka sang pesangka kepada sang gurkha. Timbul kehairanan dikalangan sang pesangka macam mana sang gurkha boleh mempunyai jaringan hubungan yang baik dengan yang tersebut di atas dan ada yang menyangka sang gurkha ini adalah tali barut pekerja penyiasatan sistem jahiliyyah dan ini adalah merupakan suatu tindakan yang tidak adil kepada sang gurkha.

Dipohon supaya Allah menjaga keterikatan antara jemaah ini serta dirungkaikan segala isu berbangkit ini dan mendapat taufiq dan hidayah Allah. Amin..