Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan – Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra – hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk ‘merawat’ sultan dengan “barang-barang yang diragui dari segi hukumnya” ditemui dekat baginda di Singapura.

Sang Gurkha ingin menarik perhatian semua untuk memberi respons kepada press statement yang telah dikeluarkan oleh kekanda Al Sultan kelantan, YBM Dato Tengku Rozan. Di mana YBM Tengku telah menjelaskan permasalahan yang berlaku untuk merungkai kekeliruan orang ramai terutama rakyat Kelantan dan di mana berdasarkan kenyataan rasmi YBM Tengku yang menjadi saksi kepada peristiwa - peristiwa yang berlaku. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi daripada YBM Dato'Tengku Rozan :

1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh YBM Dato' Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra di dalam akhbar pada 25 Julai 2010. Saya berharap YBM Dato' Tengku Merjan tidak mencampuri urusan pentadbiran Pejabat Sultan. Saya berkeyakinan bahawa setiap orang pegawai terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang di dalam menjalankan tugas. Pengelola Istana bertugas sebagai ketua pejabat dan menjalankan titah.

2. Saya ingin mengesahkan bahawa Dato' Abdul Halim pernah menghadap KDYMM Tuanku Al-Sultan semasa Baginda dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 4 Mei 2010 dan beliau juga beberapa kali menghadap KDYMM Tuanku Al-Sultan semasa Baginda dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

3. Kita perlu sedar diri kenapa orang tak mahu mendekati kita dan adakah betul KDYMM Tuanku Al-Sultan menitahkan pegawai-pegawai menghadap Baginda.

4. Mengenai penggunaan pesawat khas, seperti yang telah dimaklumkan bahawa penggunaan pesawat adalah mengikut prosedur dan surat kelulusan telah diterima dari Jabatan Perdana Menteri yang dihantar ke Pejabat Sultan Kelantan.

5. Diharap perkara ini tidak dibincangkan lagi di dalam akhbar. Urusan keluarga tidak patut dicampur-adukkan dengan urusan pejabat. Hormatilah KDYMM Tuanku Al-Sultan yang sedang gering dan pentadbiran negeri perlu berjalan seperti biasa di bawah YMM Pemangku Raja.

6. Hormatilah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Pengelola Istana D'Raja dan pegawai-pegawai istana serta pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja 24 jam berkhidmat untuk KDYMM Tuanku Al-Sultan. Kadang-kadang makan entah ke mana, keluarga entah ke mana! Ingatlah, langit tak selalunya cerah.

7. Kita berdoalah kepada Allah swt agar diberi petunjuk dan jalan yang lurus untuk kita selesaikan masalah keluarga ini. Jangan kita mengikut nafsu dan cakap tak serupa bikin, tak acilah macam tu.

DATO' TENGKU ROZAN BINTI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA
Kakanda KDYMM Al-Sultan Kelantan
Ahli Majlis Perajaan Negeri dan Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan
Sang Gurkha sudah banyak kali mengulas perkara yang berkaitan dengan moral remaja dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Seperti lazimnya, saya tidak mahu menulis panjang tentang hal itu.

Namun, langkah kerajaan negeri di sebuah negeri di Malaysia yang mahu menubuhkan SEKOLAH PELAJAR HAMIL jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah moral dalam kalangan remaja. Walhal situasi kronik ini sering dinafikan oleh sesetengah pemimpin, agensi kerajaan, NGO, ibu bapa, dan anggota masyarakat. Sindrom penafian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang lebih teruk terhadap moral remaja malah impaknya dapat kita lihat dalam usaha melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dan masyarakat yang bermoral tinggi untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Bagaimana pula dengan jumlah hampir ratusan ribu anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan? Semuanya berlaku di MALAYSIA bukannya di Amerika Syarikat atau di negara Barat yang lain. Berdasarkan beberapa kiriman yang tidak pernah terfikir oleh akal kita akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, maka jelaslah bahawa tindakan bersifat preventif perlu dilaksanakan segera agar tindakan "nasi sudah menjadi bubur" seperti menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil diambil yang akhirnya akan memalukan dan merendahkan martabat masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.

Apa tindakan preventif yang perlu dilaksanakan? Islam telah menunjukkan caranya, baik dari segi tatacara dalam kehidupan, mahupun hukuman untuk menyedarkan penganutnya; sekolah dan guru perlu diberi hak untuk menghukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan; ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan atas salah laku anak-anak; undang-undang tegas perlu diperuntukkan untuk menangani hal ini, dan seribu macam solusi untuk memastikan perkara ini tidak berlarutan.

Semoga kita sentiasa mengingati BALA Allah SWT.

Pergaulan bebas punca utama

Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.
Peringatan yang diberikan oleh Dr Amir Ramli adalah baik. Walau bagaimanapun, ianya tidak sesuai kerana Dr Amir Ramli bukanlah kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan sesiapa tidak bertanggungjawab kepadanya dalam menjalankan tugas. Tidak ada sebarang surat dari pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang menyatakan beliau telah ditempatkan di Pejabat Sultan Kelantan. Teguran beliau boleh menimbulkan persoalan ‘siapa beliau’ sedangkan tidak ada sebarang perlantikan beliau secara rasmi sebelum ini.

Doktor juga harus memahami dan mematuhi etika juga pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pertahanan

Urusan penggunaan pesawat untuk keberangkatan Tuanku ke luar negeri dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. Penggunaan pesawat TUDM diselaraskan melalui Jabatan Perdana Menteri, Pusat Operasi Tentera Udara dan Pejabat Sultan Kelantan. Ini sudah menjadi kelaziman dan berjalan dengan begitu baik sekali. Janganlah mengelirukan keadaan.

Tuduhan yang mengatakan pegawai-pegawai Istana tidak menjenguk Tuanku Al-Sultan di Istana adalah tidak wajar. Ini kerana kita perlu memahami latar belakang yang berlaku di dalam keluarga D’Raja. Segala gerak-geri kita mestilah berpandukan kepada titah pesanan KDYMM Tuanku Al-Sultan sebelum Baginda gering dan berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Mengenai urusan pembayaran bil hospital, KDYMM Tuanku Al-Sultan mempunyai kelayakan untuk dibayar oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, sebagai doktor, Dr Amir perlu memahami prosedur kewangan kerajaan dan ianya tidak wajar dibincang melalui akhbar.

Apabila Tuanku gering dan Pemangku Raja dilantik. Pentadbiran pejabat perlu berjalan mengikut undang-undang dan pekeliling kerajaan. Segala kenyataan dibuat berpandukan pekeliling kerajaan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan. Doktor mungkin pandai mengubat orang yang sakit tetapi mungkin perlu belajar hal-hal pentadbiran.

Sang Gurkha berharap episod ini akan selesai dengan cara kekeluargaan. Orang luar janganlah kacau daun. Negara kita ada undang-undang dan ada orang yang ditugaskan menjaga keluhuran undang-undang.

Kita berdoalah kepada Allah swt moga-moga Allah memberi petunjuk kepada orang yang benar dan jujur kepada-Nya. Ingatlah bahawa Allah mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dan orang yang jujur akan diberi barakah oleh Allah swt dan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak, dan semasa di dunia ianya akan diberi petunjuk dan jalan yang benar untuk hidup dalam bahagia dan ketenangan.

Sang Gurkha berpendapat bahawa hanya 2 orang sahaja yang memepunyai autoriti untuk memberikan kenyataan media rasmi dan bertulis bagi mewakili Istana Kelantan, tambahan pula sebarang kenyataan mesti terlebih dahulu dimaklumkan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan.

2 orang seperti yang dimaksudkan tadi ialah Dato' Seri Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato' Pengelola Istana Kelantan. Mana - mana pihak selain daripada mereka ini tidak berhak dan layak untuk mengeluarkan apa - apa kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis bagi mewakili mana - mana pihak sama ada pihak Istana Kelantan dan kerajaan negeri.

Sang Gurkha juga berpendapat mereka - mereka yang mengeluarkan kenyataan media untuk mengkritik dan menghentam kerajaan negeri adalah tuduhan yang tidak berasas, prejudis dan khianat.

Sepatutnya YMM Pemangku Raja Kelantan yang memangku tugas - tugas Sultan Kelantan yang menitahkan kenyataan media sesuai dengan kedudukan dan kuasa baginda berasaskan fasal - fasal yang termaktub dalam Undang - Undang Tubuh Negeri. Tetapi dilihat semacam ada satu pakatan atau konspirasi peringkat tertinggi negeri yang mahu mengeruhkan suasana dan melaga -lagakan antara kerajaan negeri dengan pihak istana dan menyebabkan rakyat jadi keliru dengan keadaan semasa dan akan meragui kebijaksanaan kerajaan negeri dalam menangani isu ini.

SULTAN TEGUR ABDUL HALIM

KOTA BHARU - Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad serta pegawai di bawah seliaan beliau dinasihat tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan dan rawatan yang diterima oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura baru-baru ini.

Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli berkata, perkara tersebut dititahkan sendiri oleh Tuanku Sultan kepada beliau selepas pulang mengikuti rombongan perubatan baginda di Singapura, semalam.

“Ia ditakuti akan menyebabkan kenyataan akhbar beliau nanti tidak tepat dan mengelirukan masyarakat umum. Memandangkan Datuk Abd Halim bukanlah Doktor Perubatan maka ada ketikanya kenyataan akhbar beliau telah melanggar Etika Perubatan Pesakit dan mengaibkan Sultan Kelantan dan keluarga baginda,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Amir berkata, Pengelola Istana tidak mengikuti rombongan ke Singapura dan beliau juga tidak pernah berhubung atau dihubungi oleh mana-mana pihak dari Rombongan Perubatan Tuanku yang bertugas negara tersebut.

Katanya, Sultan Kelantan juga murka kerana Abdul Halim atau wakilnya tidak pernah datang menjenguk baginda di Istana Mahkota sejak keberangkatan pulang Tuanku dari Singapura pada Mac lalu.

Dalam pada itu, Dr Amir menyatakan, urusan keberangkatan pergi dan balik Tuanku tidak pernah diuruskan oleh Abd Halim, sebaliknya ia dilakukan atas urusan beberapa individu melalui Jabatan Perdana Menteri dan saluran-salurannya setelah mendapat perkenan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semasa lawatan beliau ke Istana Mahkota sebelum ini.

“Jika beliau masih berminat juga menguruskan urusan rombongan Perubatan Sultan Kelantan, hanya urusan pembayaran balik bil hospital dan penginapan kepada Tengku Temenggung yang belum selesai. Ini kerana bayaran bil hospital dan hotel dibayar oleh Tengku Temenggung menggunakan wang poket baginda sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Amir menambah, sekiranya Abdul Halim masih berminat membuat kenyataan akhbar maka lebih manis jika beliau datang ke Istana Mahkota dan mendapatkan perkenan Sultan Kelantan dahulu.

KENYATAAN AKHBAR KHAMIS 22 JULAI 2010

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan baginda terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir menyambut keberangkatan pulang baginda dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata, Tuanku Sultan juga menzahirkan perkara yang sama terhadap Exco-Exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan Pengelola Istana Diraja, Datuk Abdul Halim Hamad dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

"Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat biadap dan diharapkan tidak berulang lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Mahkota di sini semalam.

Tengku Muhammad Fakhry memberitahu, Tuanku Sultan berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik.

Jelasnya, berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor-doktor pakar di Singapura, baginda mempunyai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat keputusan dengan lebih baik.

"Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menzahirkan terima kasih baginda kepada rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan Tuanku selamat sembuh dan selamat kembali daripada menjalani rawatan susulan di Singapura," ujarnya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Kolonel Dr. Amir Ramli menasihatkan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai tahap kesihatan Sultan Kelantan.

Menurutnya, perkara tersebut dititahkan oleh Tuanku Ismail kepada beliau selepas pulang mengikuti rombongan perubatan baginda di Singapura semalam.
Eropah dikejutkan dengan pertambahan penduduk yang meledak di negara2 Islam. Mengikut kajian setiap 313 orang dewasa Eropah : 1 remaja lelaki yang berusia di bawah 15 tahun. Sementara di dunia Islam setiap 138 orang lelaki dewasa : 1 remaja lelaki berusia bawah 15 tahun. Ini bererti Islam memiliki lebih kurang 75% tenaga kemanusiaan yang berkembang biak berbanding barat yang hanya memiliki 25%. Sementara umat Islam memiliki tahap kesuburan yang 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding barat.

Seorang ahli fikir German, Powell Smith pernah mencetuskan kebimbangannya terhadap meledaknya penduduk di negara2 umat Islam. Katanya dunia Islam memiliki dua sumber yang terpenting iaitu

1. pertambahan manusia yang tinggi dan

2. sumber bumi yang melimpah. Kalau kita lihat secara umum hasil2 minyak, emas, uranium, bijih timah dan galian2 lain kita akan dapati kebanyakannya terdapat di negara2 umat Islam. Inilah kurniaan besar dariNYA keada umat Islam dan inilah yang mencetuskan kebimbangan barat.

Tenaga manusia yang ramai ini akan mewujudkan suatu kuasa agung yang mampu mengancam kuasa2 barat seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan kuasa antara timur dan barat dan tidak mustahil akan memindahkan pusat tamadun dunia ke timur.

Saya teringat pernah pemimpin China ditanya apakah yang akan beliau lakukan sekiranya China diserang, jawabnya “kami hanya akan menyuruh rakyat kami supaya menyerah diri“. Ini kerana rakyat China yang ramai apabila menyerah diri pastinya akan menyusahkan penjajah menguruskan tawanan yang ramai ini (setiap 6 orang penduduk dunia ada seorang berbangsa cina, ramainya rakyat cina).

Kebimbangan ini telah menyebabkan timbulnya idea pembatasan kelahiran (tamdid el nasl) yang kemudiaannya ditukar nama kepada perancang keluarga (tanzim usrah atau tanzim el nasl).
Sebenarnya idea ini kalau difikirkan dalam2 tak logik.

Apakah anda akan percaya kepada seruan seseorang yang meminta supaya disekat atau dirancang kelahiran dalam keadaan dia sendiri yang berusaha sedaya upaya menambahkan kelahiran penduduknya? Inilah yang berlaku kepada barat dan eropah. Mereka menghadapi masalah kekurangan penduduk khasnya selepas perang dunia pertama dan kedua yang mengorbankan jutaan nyawa khasnya lelaki eropah yang terlibat dalam peperangan.

Ini membuatkan wanita2 eropah terpaksa keluar bekerja untuk menanggung sara hidup mereka yang menyebabkan mereka tertindas dan timbulnya idealogi pembebasan wanita di eropah. Mereka sedaya upaya menambahkan bilangan penduduk mereka dan dalam masa yang sama disebabkan ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap umat2 Islam mereka merancang idea pembatasan kelahiran ke dunia2 Islam.

Mereka sanggup menyalurkan berjuta2 dollar US ke negara2 arab khasnya untuk membantu menjayakan idea ini. Amerika pernah menghantar jumlah sehingga lebih kurang 40 juta dollar kepada Mesir untuk merealisasikan idea ini. Mereka juga menghantar pakar2 dan doktor2 perubatan untuk membataskan kelahiran di negara2 umat Islam. Walaubagaimanapun idea ini yang pada asalnya dinamakan tamdid el nasl yang bermaksud membataskan keturunan menimbulkan tentangan oleh umat Islam. Jadi mereka menukar nama kepada nama yang lebih lunak . Jadilah idea ini disadur dengan nama baru tanzim usrah atau perancang keluarga.

Negara2 Islam dan arab tertipu dengan idea ini. Pemimpin Islam sering di sogokkan bahawa ekonomi mereka lemah, makanan tak cukup dan akan menyebabkan timbulnya masalah2 sosial yang buruk kepada masyarakat Islam. Inilah seruan mereka hasil ketakutan terhadap gergasi yang sedang tidur ini.

TANZIM USRAH DI NEGARA ARAB

Di Mesir seruan ini mula dilaungkan oleh boneka barat, Salamah Musa yang melaungkan supaya umat Islam hendaklah mengadakan perancang keluarga. Peliknya dia sendiri ada anak lapan. Amerika dan barat juga menghulurkan bantuan kepakaran mereka.

Akhbar al Kaherah pernah menyiarkan bahawa Amerika pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Mesir sejumlah lebih kurang 40 juta dollar dan bantuan kepakaran untuk menjayakan seruan ini di Mesir. Mereka tak akan menghulurkan bantuan yang sebegini banyak kecuali ada sebabnya yang tersembunyi. Ini telah dijelaskan oleh Miles Coballand seorang agen perisikan Amerika bahawa bantuan ini diberi semata2 untuk menjayakan rancangan mereka bukanlah untuk membantu Mesir dan Islam.

Sebenarnya masalah tak cukup makanan takkan timbul kerana negara2 umat Islam mempunyai tanah2 pertanian yang subur. Mesir menurut kajian hanya menggunakan tanah untuk pertanian tak sampai 25%.padang pasir dari Kaherah hingga ke Suez dan Port Said masih tak diterokai. Begitu juga Kaherah ke Iskandariah dipenuhi dengan gurun2 yang kontang yang boleh dimajukan. Apatah lagi kawasan2 di selatan Mesir dan Sinai.

Kalau diikutkan kajian tanah di semenanjung Sinai kalau ditanam gandum akan memenuhi keperluan penduduk Mesir seramai 65 juta orang. Inilah kenikmatan ALLAH kepada penduduk dan negara2 Islam. Tanah di Mesir pula bermutu dan subur (lembah dan dataran Nil) ditambah pula dengan sungai Nil yang membelah di tengah2 Mesir. Seorang ahli sejarah purba (Herodotus) mengatakan Mesir adalah hadiah sungai Nil. Ini kerana Nil merupakan nadi bagi rakyat Mesir. Tanahnya hanya memerlukan air untuk disiram, tak perlukan baja.

Begitu juga di Syria yang mempunyai tanah pertanian seluas 12 juta ekar tanah yang mampu menampung 50 juta orang, sedangkan penduduk Syria tak la sampai 50 juta. Begitu juga Iraq yang terkenal dengan sungai Tigris dan Euphrates (Furat dan Dajlah) yang mempunyai tanah pertanian seluas 20 juta ekar dan mampu menampung penduduk seramai 80 juta orang. Sementara Sudan selaku negara terbesar Afrika dengan 2 aliran sungai Nil (di Khartoum ada tempat pertemuan sungai nil biru dan nil putih yang bercantum sebelum memasuki Mesir) mempunyai tanah pertanian seluas 70 juta ekar tanah. Cuba bandingkan kenyataan ini dengan negara barat dari segi keluasan tanah, kesuburan dan sebagainya.

Mesir masih mempunyai banyak tanah2 terbiar yang tak diusahakan sementara ramai rakyatnya yang menganggur. Oleh itu kerajaan mengeksport tenaga kerja ini ke negara2 arab lain. Tenaga kerja ini akan mendapat pendedahan kerja dan pengalaman yang berguna. Apabila mereka pulang sepatutnya pengalaman mereka inilah yang akan menjadi senjata mereka.

Di barat jumlah penduduk German dalam tahun 1880 hanyalah 45 juta orang. Pada masa itu German dilanda masalah kesempitan hidup dan kemiskinan. Tapi yang peliknya apabila bilangan rakyatnya meningkat kepada 68 juta orang dalam masa 34 tahun kemiskinan itu hilang. Rakyatnya hidup senang.

Begitu juga, England hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 12 juta orang dalam tahun 1779 dan meningkat kepada 38 juta pada tahun 1890. Serentak dengan kadar pertambahan tersebut mereka mula menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Peranchis sekarang masih melaungkan kepada pertambahan penduduk dalam keadaan umat Islam masih mencari formula untuk meyakinkan rakyatnya tentang faedah perancang keluarga

ISLAM DAN IDEA TANZIM USRAH

Islam menggalakkan umatnya yang mampu berkahwin agar berkeluarga dan beranak pinak. Ada dalam hadis nabi kita pernah menyatakan bahawa baginda bangga dengan bilangan umatnya yang ramai. Dalam muktamar Islam dalam tahun 1965 kalau tak silap ulama telah berbincang mengenai idea ini, ulama memutuskan bahawa Islam gemar menambah dan menggalakkan bertambahnya bilangan ahli keluarga.

Namun sekiranya si isteri menghadapi masalah melahirkan anak misalnya maka dibolehkan untuk merancang keluarga atas sebab 2 kesihatan. Ulama juga menegaskan undang 2 yang digubal bertujuan memaksa orang ramai supaya menyekat kelahiran adalan undang2 yang bertentangan dari segi syarak. Dan yang lebih penting ulama menegaskan bahawa menggugurkan janin (anak dalam kandungan) adalah satu kesalahan yang boleh dianggap membunuh. Inilah pendirian Islam dalam masalah ini.

Dalam zaman nabi kita, ada juga sahabat yang merancang keluarga dengan cara memancutkan mani di luar faraj isteri. Apabila sampai ke pengetahuan nabi kita, Baginda tak larang sahabat berbuat demikian cuma nabi menegaskan bahawa kamu tak akan mampu menyekat apa yang telah ditakdirkan. Dalam hadis yang lain pula nabi menyebut bahawa baginda bangga dengan umatnya yang ramai. Daripada hadis2 dan dalil ini kita dapat berbuat kesimpulan sekiranya di sana ada hajat peribadi untuk merancang keluarga atas sebab2 kesihatan (isteri sakit dan sebagainya) maka dibolehkan merancang keluarga.

Dari sudut ekonomi, sebenarnya bumi berhajat kepada pertambahan penduduk. Di China hampir 50% tanahnya belum diusahakan. Di Brazil mereka hanya mengusahakan tanah seluas 25% begitu juga di negara2 arab tadi. Sebenarnya manusia hanya mengusahakan dan menerokai tanah di planet bumi hanyalah seluas 10%.sementara 70% lagi tak belum diterokai dan diusahakan dan 20% lagi kawasan padang rumput yang berpotensi dimajukan. Sekiranya idea ini dilaksanakan, pastinya akan membawa kerugian kepada penduduk dunia. Dunia akan kekurangan manusia untuk meneroka tanah dan galian di bumi ini.

Wilfre Nikeman, seorang saintis mengatakan kita hanya meneroka protin yang ada di permukaan laut sebanyak 8 % sahaja. Terdapat banyak lagi protein di perut laut yang masih belum diterokai dan digunakan sepenuhnya. Ditambah pula pada zaman sekarang dengan teknologi menghasilkan makanan yang semakin maju. Gandum tidak lagi menjadi makanan yang kita perlu menunggu lama untuk menuainya. Begitu juga padi yang boleh ditanam 2 kali setahun.

Sebenarnya kalau dikaji secara mendalam dunia memang berhajat kepada pertambahan penduduk ini untuk menguruskan hasilnya.
Dari sudut kesihatan, segala pil perancang , kapsul , ubatan2 dan kaedah pemandulan terhadap lelaki akan memudaratkan lelaki dan wanita sekaligus. Mengikut kajian yang dijalankan di Britain, kaedah pemandulan ini akan menyebabkan lelaki menjadi lemah dan mendatangkan penyakit runsing.

Begitu juga dengan perempuan akan menyebabkan mereka menjadi mudah runsing, terkena serangan jiwa, mudah hilang ingatan dan sebagainya. Idea ini meninggalkan kesan yang buruk kepada dunia barat khasnya. Ianya akan meruntuhkan sistem kekeluargaan mereka kerana pemuda2 di negara mereka tidak lagi menganggap perkahwinan sebagai suatu keperluan sosial.

Kaedah ini juga menyebabkan tersebarnya perzinaan kerana mereka tidak memerlukan kepada perkahwinan. Barat pada hari ini mula menyeru ke arah pertambahan penduduk secara besaran. Di Peranchis bekas perdana menterinya Jiscare Bisten menyeru kepada rakyat Peranchis supaya menambahkan kelahiran dan menetapkan pendapatan bulanan 800 dollar lebih untuk setiap anak. Di Russia, Majlis Tertinggi Soviet mengeluarkan satu undang2 memberi hadiah medal kepada ibu2 yang melahirkan anak seramai mungkin. Khurshef pernah berkata “jika ditambah 100 juta penduduk kepada 200 juta penduduk jumlah ini masih belum mencukupi“.

Inilah perancangan barat ke atas negara2 Islam. Mereka menyeru ke arah idea perancang keluarga dalam keadaan sebaliknya mereka sendiri menyeru ke arah pertambahan kelahiran rakyatnya di Eropah.

Bukanlah atas dasar ekonomi mahupun kesihatan dasar ini dilaungkan tapi sebenarnya ia merupakan salah satu perancangan musuh dan barat ke atas dunia Islam. Yang sedihnya apabila idea ini mula disebarkan secara besaran2 di Mesir akhir2 ini. Kempen menggalakkan perancang keluarga sudah mula disiarkan dalam tv2 Mesir dan yang lebih menyedihkan apabila serban2 merah ini bersetuju dengan idea itu…..

Untuk makluman semua pihak juga, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah dianggotai oleh 17 ahli

Senarai penuh keanggotaan Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini adalah seperti berikut:

1. Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Dato' Abdul Halim Sultan Ibrahim (Yang Dipertua)
2. Tengku Tan Sri Razaleigh Tengku Mohamad Hamzah (Timbalan Yang Dipertua)
3. Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias (Setiausaha)
4. Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra
5. Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra
6. Tengku Panglima Raja Kelantan, Tengku Dato' Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
7. Tengku Dato' Salwani Sultan Yahya Petra
8. Tengku Dato' Rozan Sultan Yahya Petra
9. Tengku Dato' Faridah Sultan Ibrahim
10. Kapten Tengku Dato' Ahmad Farizanudean Dato' Khairi
11. Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Mohamad Shukri Mohamad
12. Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Dato' Che Mohd Rahim Jusoh
13. Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Aria Diraja Dato' Daud Muhammad
14. Hakim Mahkamah Persekutuan, Dato' Hashim Yusoff
15. Dato' Nik Ishak Dato' Nik Daud
16. Dato' Wan Hashim Wan Ahmad
17. Dato' Sukri Mohamed
PEJABAT SULTAN KELANTAN

1. Saya ingin memaklumkan mengenai rawatan yang dibuat ke atas KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan. Baginda Al-Sultan telah selamat berangkat ke Singapura pada 15 Julai 2010 jam 11.00 pagi. Ribuan terima kasih kepada pihak Tentera Udara DiRaja Malaysia yang telah menyediakan pesawat khas untuk membawa Baginda Al-Sultan ke Singapura.

2. Keberangkatan Baginda Al-Sultan adalah bertujuan untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth. Syukur alhamdulillah, Baginda Al-Sultan juga telah selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty pada 17 Julai 2010. Buat masa ini Baginda Al-Sultan masih lagi dirawat oleh pakar-pakar perubatan di hospital berkenaan.

3. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda Baginda merasa amat gembira dengan perkembangan ini. Baginda Pemangku Raja Kelantan akan mengatur penerbangan pulang Baginda Al-Sultan ke Kota Bharu seberapa segera walaupun pada mulanya Baginda Al-Sultan dijadualkan untuk berangkat pulang pada 21 Julai 2010.

4. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada ayahanda Baginda. Baginda Pemangku Raja Kelantan mengharapkan agar semua rakyat turut sama mendoakan yang terbaik kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan agar Baginda Al-Sultan cepat sembuh dari kegeringan.

5. Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap ianya dapat diteruskan oleh rakyat Baginda.