STATISTIK TERKINI : ANAK YANG TIDAK BERDOSA HASIL TINDAKAN IBU DAN BAPA YANG BERDOSA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Macam mana dengan anak - anak perempuan kita?? Adakah masa depan anak - anak terjamin di bumi Malaysia tercinta ini untuk tidak terjebak dengan permasalahan gejala sosial yg kian membarah ini.

Dimana peranan ibu - bapa dan guru - guru sekolah dalam usaha untuk mendidik dan membendung masalah ini daripada terus menghantui fikiran para ibu - bapa dengan sistem pembelajaran di negara kita yg tidak mementingkan penekanan terhadap kekuasaan dan menaruh kepercayaan serta keyakinan tentang hari pembalasan di akhirat nanti.

Ayuh.. Bangunlah wahai anak bangsaku yang dikasihi,bangkitlah..rubahlah apa yg berlaku sekarang ini kerana ini akan merugikan negara kelak. Remaja hari ini melambangkan pucuk pimpinan negara pada masa depan
Bersama sahabat yang dikasihi iaitu di sebelah kiri ialah akhi Amar, merupakan pelajar tahun satu pengkhususan hadis dan di sebelah kana ilah TuaN Haji Nasir b Sabaruddin yang merupakan seorang usahawan terkenal di kelantan
Makannbersama Prof Dr Nordin Simbak dan YDP HALUAN KELANTAN,Tuan Haji Nasir Sabaruddindi salah sebuah restoran makanan berlauk kambing yang terkenal di bandar Madinah , Arab Saudi sempena meraikan kedatangan pak cik - pak cik menjadi tetamu Allah dalam misi menunaikan umrah

Sang Gurkha sempat menziarahi Bukit Ar Rumsh iaitu di sekitar Bukit Uhud, kira - kira 5 kilometer dari pusat bandar. Di tempat inilah berlakunya Perang Uhud di mana tentera islam dapat ,egalahkan tentera kafir pada awalnya tapi oleh kerana ada tentera islam yang tidak patuh arahan ketua panglima perang pada masa tu kebetulannya Rasulullah, maka tentera islam yang diketuai oleh Rasulullah telah tewas kpd tentera kafir quraisy yg pada masa itu diketuai oleh Khalid b Al Walid dan Ikrimah b Abu Jahal

Sang Gurkha juga telah melawat Perkuburan Baqi', di kubur inilah Rasulullah ziarah pada malam hari untuk menunjukkan rasa syukur kpd Allah dengan mengingati akhirat. Baqi' ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah ( termasuk para jemaah haji dan umrah ) di mana Rasulullah telah bersabda " Dulu aku pernah melarang kamu melawat perkuburan, tapi sekarang kamu dibolehkan melawatnya kerana ia mengingatkan hari akhirat " ( sahih Bukhari no 3051, sunan At Tirmizi no 974

Sang Gurkha juga berpeluang menziarahi Masjid Quba di mana sesiapa yag mengerjakan umrah dituntut untuk solat 2 rakaat di masjid itu untuk mendapatkan fadilat umrah

Pengalaman berada di bumi berkat, Madinah Munawarah, Sang Gurkha berada di sana selama 8 hari bermula dari 13 April hingga 21 April 2010. Sang Gurkha juga berpeluang untuk melawat beberapa tempat bersejarah di sekitar Madinah dalam rangka musafir untuk menghadiri temuduga di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Diharap Sang Gurkha dapat diterima masuk ke universiti tersebut.

8 April 2010, Khamis, Para sahabat Sang Gurkha telah merancang satu majlis makan kesyukuran meraikan pemergiaan Sang Gurkha yang akan menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah dan menghadiri temuduga di Universiti Islam Antarabangsa Madinah, Arab Saudi. Majlis tersebut berlangsung di Radix Fried Chicken, tingkat 3, bangunan Parkson, Kota Bharu.

YMM Pemangku Raja berkenan mencemar duli berangkat ke rumah mangsa tanah runtuh di Gaal, Pasir Puteh. Baginda berkenan menghadiri tahlil dan mengurniakan sumbangan sumbangkasih daripada baginda kepada keluarga terbabit di smaping memberi nasihat kepada mangsa- mangsa terlibat. Sikap cakna rakyat ini membuatkan rakyat semakin sayang dan menjunjung duli pemerintahan YMM Pemangku Raja Kelantan. Turut kelihatan ialah Penasihat kpd YM YDP MAIK, Dato' Wan Muhd b Wan Konok dan Timbalan YDP MAIK, Dato Kamarudin.

YMM Pemangku Raja berkenan mencemar duli berangkat ke teratak rakyat di kawasan Machang semata - mata untuk melawat 2 orang warga emas yang keuzuran dan miskin, ini menunjukkan sifat dan keprihatinan baginda terhadap rakyatnya yang tercinta.

Turut kelihatan Ybrs Pegawai Daerah Machang di sebelah kanan baginda mengiringi YMM Pemangku Raja pada majlis pengurniaan sumbangan kepada orang miskin di jajahan Machang
YMM Pemangku Raja Kelantan mencemar duli berangkat ke Masjid Kampung Pek dalam jajahan Machang menunaikan solat jumaat dan berkenan mengurnikaan sumbangan kepada 100 orang golongan miskin di masjid tersebut
Pecahan Kelahiran Anak Luar Nikah Mengikut Negeri Bagi Tahun 2000 - 2008

Negeri Bilangan (orang) Peratus (%)
Johor 8,920 12.67
Kedah 3,496 4.96
Kelantan 1,730 2.46
Melaka 2,707 3.84
Negeri Sembilan 4,108 5.82
Pahang 3,677 5.22
Perak 9,788 13.89
Perlis 691 0.98
Pulau Pinang 3,412 4.84
Sabah 8,435 11.98
Sarawak 617 0.88
Selangor 12,836 18.23
Terengganu 574 0.81
Kuala Lumpur 9,439 13.40
JUMLAH 70, 340 100.00
Pada 27 March 2010, lebih kurang jam 5.00 petang, YMM Pemangku Raja Kelantan beserta rombongan tealh mencemar duli untuk mengikuti persembahan program Al Kuliyyah, anjuran TV 3 dan Media Prima





Ketika keberangkatan pulang selepas mengikuti program Al Kuliyyah di tapak Jom Heboh anjuran TV3 dan Media Prima



Sang Gurkha selalu dapat peluang untuk solat di Surau Istana Telipot jika dititah untuk mengiringi YMM Pemangku Raja Kelantan jika program di mana - mana saja. Sang Gurkha juga selalu dapat solat bersama YMM Tuanku yang sememangnya berjiwa rakyat dan tidak mementingkan protokol. YMM Tuanku Pemangku Raja pernah bertitah bahawa baginda sengaja tidak meletakkan jam dinding di dalam surau tersebut kerana takut dilalaikan oleh jam kerana berasa sudah terlalu lama beribadat.

Bilik itu juga dilengkapi dengan peralatan membakar kayu gaharu di sudut hadapan surau tersebut kerana baginda berpendapat bahawa Rasulullah suka dengan bau - bauan wangi seperti kayu gaharu. Ini sikap dan suri tauladan yang baik yang telah dizahirkan oleh YMM Tuanku yang mewakili Allah dalam aspek pemerintahan negeri.

Akhi Razali Maarop yang dikenal oleh Gurkha ini seorang yang hidup dan matinya hanyalah untuk Islam. Gambar ini diambil semasa program Seminar Teknik Belajar Berkesan ( SMART )yang telah diadakan di Dewan Utama, Kolej Teknologi Darulnaim ( KTD ) pada 26 March lalu bersempena dengan Hari Terbuka KTD yang telah dihadiri oleh 144 orang pelajar dari SMU (A)Tarbiyah Mardziah, Panchor dan turut disertai oleh 77 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan daripada 11 buah sekolah dan mereka berasal dari Pulau Pinang