Sang Gurkha selalu dapat peluang untuk solat di Surau Istana Telipot jika dititah untuk mengiringi YMM Pemangku Raja Kelantan jika program di mana - mana saja. Sang Gurkha juga selalu dapat solat bersama YMM Tuanku yang sememangnya berjiwa rakyat dan tidak mementingkan protokol. YMM Tuanku Pemangku Raja pernah bertitah bahawa baginda sengaja tidak meletakkan jam dinding di dalam surau tersebut kerana takut dilalaikan oleh jam kerana berasa sudah terlalu lama beribadat.
Bilik itu juga dilengkapi dengan peralatan membakar kayu gaharu di sudut hadapan surau tersebut kerana baginda berpendapat bahawa Rasulullah suka dengan bau - bauan wangi seperti kayu gaharu. Ini sikap dan suri tauladan yang baik yang telah dizahirkan oleh YMM Tuanku yang mewakili Allah dalam aspek pemerintahan negeri.
2:56 AM |
Category: |
1 comments
Comments (1)
ini suasana surau istana telipot ye..pinjam ye gambar ni