Sang Gurkha ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit penjelasan mengenai kekecohan yang dilaporkan berlaku di dalam program Kelantan Fiesta yang dianjurkan oleh Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada 16 ke 19 Jun 2010 lalu.

Sang Gurkha difahamkan bahawa masalah di dalam program ini bermula apabila Menteri Pembangunan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohame telah di dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan Kelantan yang beliau pengerusikan sendiri di Bangunan JPPK pada pagi 13 Jun 2010, mengumumkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak akan dibenarkan untuk berucap di dalam majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010.

Pada malam 14 Jun 2010, sewaktu raptai penuh majlis perasmian Kelantan Fiesta dilakukan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, bapa kepada Ketua Pegawai Eksekutif Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad (Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin), iaitu Dato’ Kamarudin Abdullah, pula diberitakan telah dengan secara terbuka menghamburkan beberapa kata-kata kurang sopan seperti berikut:

1. Bahawa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, seperti kata orang-orang tua, umpama “berak atas pusu”.

2. Bahawa Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja tidak akan dibenarkan untuk berucap malah perlu diberitahu supaya tidak hadir ke majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010.

3. Bahawa jika Kerajaan Negeri Kelantan memikirkan bahawa wang sebanyak RM200,000 yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kelantan Fiesta itu adalah satu jumlah yang besar maka pagi esok, sebaik sahaja kaunter bank dibuka, wang itu akan dipulangkannya kembali kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh Dato’ Kamarudin Abdullah ini adalah dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, iaitu YB Abdul Patah Mahmood dan YB Dato’ Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bahagian Pengurusan), Dato'Shafei Ismail, dan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kelantan, Ahmad Shargowi Deraman.

Menurut EXCO dato' Takiyuddin Hasan,seorang pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan memberitahu bahawa arahan agar slot ucapan Menteri Besar Kelantan ditiadakan dibuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Mula-mula saya tak percaya. Saya telefon, saya bercakap sendiri dengan Datuk Pa, didengar oleh pegawai JPP, TSUK Pengurusan. Datuk Pa kata menteri besar tak payah berucap," jelasnya.

Menurutnya, dalam perjanjian asal telah dipersetujui bahawa Tuan Guru salah seorang yang akan memberi kan ucapan dan telahpun dimasukkan dalam buku taklimat atucara majlis yang dibuat sendiri Red Carpet.

Tuan Guru, katanya dijangka berucap jam 9 malam sebelum ucapan perasmian oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

"Menteri Besar sebagai hos, tuan rumah, memang wajar berucap dalam majlis perasmian itu. Tak kan Perdana Menteri datang sorang-sorang tak tahu kepala ekor datang berucap begitu.

"Umpama kita pergi rumah orang, tuan rumah tak buka mulut lagi, kita dah bercakap," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri.

Pelanggaran kedua, katanya apabila pihak Red Carpet dalam satu sidang media 13 Jun yang dilaporkan akhbar Utusan, mendakwa Perdana Menteri yang akan merasmikan program tersebut sedangkan perjanjian mengikut perjanjian asal, perasmi adalah Pemangku Raja Kelantan.

Lebih teruk dari itu, Red Carpet juga mencetak bunting program perasmian dengan meletakkan gambar Najib yang dinyatakan sebagai perasmi program.

Menurutnya, Pemangku Raja telah pun bersetuju untuk berangkat merasmikan program tersebut melalui satu surat dari pejabat Sultan Kelantan bertarikh 14 Jun.

Namun pada 16 Jun, satu lagi surat dari pejabat Sultan Kelantan memaklumkan Pemangku Raja tidak dapat berangkat merasmikan program tersebut atas sebab-sebab tertentu.

"Oleh kerana senario berlaku, masalah pelanggaran syarat perjanjian, dan juga kita anggap sebagai satu program yang tidak mematuhi syarat, dan satu penghinaan kepada Yang Maha Mulia Pemangku Raja.

"Jadi mesyuarat exco buat keputusan, menteri besar, exco dan pegawai kerajaan tidak akan hadir," katanya.

Dalam penjelasannya juga, Takiyuddin turut menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan Red Carpet kepada kerajaan negeri termasuk menuduh kerajaan negeri mensabotaj program berkenaan.

"Jadi apabila hujan datang, ribut datang, seolah-olah kerajaan negeri boikot dengan bawa hujan ribut sekali," katanya disambut ketawa ahli dewan.

Pada malam 16 Jun lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Perdana Menteri merasmikan Kelantan Fiesta 2010 hanya dengan kehadiran kira-kira 300 orang sahaja.

Majlis berlangsung dalam suasana hujan lebat mencurah-curah dengan bekalan elektrik turut terputus sehingga terpaksa menggunakan loud hailer.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, selaras dengan kedudukan Baginda selaku seorang raja berperlembagaan, adalah berada di atas garisan politik. Ketidakberangkatan Pemangku Raja Kelantan ke majlis perasmian Kelantan Fiesta pada malam 16 Jun 2010 itu adalah disebabkan oleh kegagalan pihak penganjurnya untuk menghormati, apatah lagi untuk memenuhi, protokol istana.

Begitupun, sebagai ketua kepada sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat di sebuah negeri yang berdaulat, sudah semestinyalah Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan juga wajar diberikan penghormatan yang selayaknya oleh semua pihak, baik di peringkat negeri mahupun di peringkat pusat.


(Nota: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, sewaktu menggulung perbahasan beliau di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tengahari 22 Jun 2010 bagaimanapun menjelaskan bahawa, mengikut perjanjian bertulis di antara kedua-dua pihak, Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad sebenarnya hanyalah merupakan 'event manager' dan bukannya penganjur kepada program Kelantan Fiesta ini. Mengikut Dato' Takiyuddin Hassan juga, sehingga ke detik ini, Red Carpet Worldwide Sendirian Berhad masih lagi belum membayar balik wang berjumlah RM200,000 yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kelantan Fiesta itu).

Jun 19, 2010
Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.

Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang 'sensitif'.

"Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di Kota Bharu pada jam 8.08 malam pada Khamis lalu.

Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di Kota Bharu membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lalu.

Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lalu.

Bagi pendapat Sang Gurkha, kalupun mengganggu ketenteraman Istana Mahkota sekalipun, hak Cik Puan Eliana untuk menemui Tuanku Sultan perlu dilaksanakan seiring dengan keputusan mahkamah. Jika perkara ini tidak dipenuhi maka tindakan mereka yang menghalang Cik Puan Eliana daripada mengadap baginda Sultan adalah dikira sebagai menghina mahkamah yang mana telah memberi kebenaran kepada Cik Puan Eliana untuk mengadap baginda
Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ" (رواه البخاري ومسلم)
Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;

1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam

Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.

Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.

Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.

2. Jauhi yang syubhat

Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.

3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati

Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.
Assalamualaikum wrt wbt

Dalam kesempatan kali ini, marilah sama-sama kita bincangkan hadith Nabi s.a.w. yang dipetik dari buku Hadis 40 susunan Imam An-Nawawi.

Dari Abi Muhammad, Abdullah bin Amru Bin Al-'Ash r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang mafhumnya) ; "Tidak (sempurna) iman seseorang dari kalian sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang telah aku bawa" [Hadith Sahih yang diriwayatkan di dalam kitab al-Hujjah susunan Abu Al-Fath Nashr Ibnu Ibrahim AL-Maqdisy dengan sanad sahih]

Secara umumnya, hadits ini menyentuh dan menghubungkan di antara 3 perkara penting iaitu :

1. Tuntutan kesempurnaan iman
2. Hakikat jiwa (hawa nafsu) manusia
3. Apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. (Risalah Islam)


Bagaimanakah jiwa yang mengikut risalah Allah s.a.w. dapat dikaitkan dengan kesempurnaan iman? Untuk menjawap persoalan ini, memerlukan kita mengetahui dan memahami secara mendalam berkaitan topik IMAN.

Iman mengajar kita menginsafi akan HAKIKAT JIWA INSAN. Sekurang-kurangnya akal yang waras akan mengakui bahawa kita selaku manusia ;

1. Tidak berupaya mencipta diri kita sendiri. Kita langsung tiada daya untuk menentukan dan memilih bentuk, masa, jenis, tempat atau ibu bapa yang akan melahirkan kita. Semuanya telah ditentukan dan ditetapkan oleh pencipta kita, yakni Allah s.w.t.
2. Kita juga tidak berupaya mengawal tumbuh besar dan perkembangan usia kita. Langsung tiada upaya. Sama ada bersedia menerima atau tidak, usia dan fizikal kita berkembang (semakin dewasa dan tua), tanpa kawalan kita.
3. Lebih menakutkan ialah, kita langsung tidak dapat menentu dan menetapkan tempoh kehidupan kita serta pengakhirannya. Mati tidak mengikut jadual kita, ia mengikut jadual Yang Mencipta kita.


Iman juga mengajar kita bahawa satu-satunya jalan untuk selamat dalam menelusuri kehidupan di dunia ini dan seterusnya di hari akhirat ialah dengan kita merujuk kepada panduan yang diturunkan oleh Pencipta yang mengawal dan menentukan segala-galanya tadi. Itulah satu-satunya PANDUAN yang BENAR, menjelaskan tentang hakikat MANUSIA, hakikat KEHIDUPAN, hakikat PENCIPTA dan seterusnya hakikat JALAN YANG LURUS yang selamat untuk ditempohi oleh manusia dalam menuju ke PENGAKHIRAN perjalanan hidupnya yang hakiki.

Manusia yang tidak sempurna imannya atau tidak beriman, akan merasakan bahawa DIRINYA adalah hak dan milik mutlaknya. Oleh yang demikian, ia akan merasakan bahawa dia boleh dan bebas untuk berbuat apa sahaja menurut hawa nafsunya. Mereka lupa bahawa sebenarnya TIDAK WUJUD apa yang dinamakan KEBEBASAN MUTLAK dalam kehidupan manusia. Manusia bukan pemilik dirinya. Dirinya itu milik Allah s.w.t. Kalau dia masih berdegil, mintalah dia tahan perkembangan diri dan usianya agar tidak tua. Kalau manusia masih berdegil, larilah dari MATI nantinya apabila ia menjengah tiba... MUSTAHIL! kesemuanya itu langsung di luar kawalannya...

Menyedari dan menginsafi hakikat ini, marilah kita bersama-sama menjalani kehidupan ini dengan sewajarnya. Dari Allah kita datang, kepada ALlah jualah kita akan kembali. Oleh itu, hiduplah di bawah naungan dan kehendak Allah, dengan MENGIKUTI cahaya panduan yang telah diperturunkan kepada kita oleh Baginda Rasulullah s.a.w... KITA PASTI SELAMAT!
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan oleh Allah Malakul-maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua Malaikat lain (Munkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai disoal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (Hari Kiamat) masing-masing Malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang satu lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.

Hadis ini dicatit oleh Al-Hafih As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu?aim.
Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahaiorang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secaramenyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."


Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengarahkan umat Islamagar masuk yang bererti menerima Islam secara keseluruhannya tanpaberbelah bagi, ia juga adalah jelmaan daripada doa iftitah yang dibacadalam setiap solat, 'sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku danmatiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini'.


Begitulah juga dengan doa yang dibaca melalui surah al-Fatihah, 17 kali sehari semalam, iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus.





Masuk atau menerima Islam secara keseluruhannya seperti dalam ayat di atas, boleh disimpulkan seperti di bawah ini :


1- Menerima Islam sebagai cara hidup.


2- Menerima Islam sebagai penyelesai kepada semua masalah.


3- Menyedari bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.


4- Menyedari bahawa apabila tidak beramal dengan Islam secara serius, akan ditimpakan musibah oleh Allah SWT.


5-Memahami dengan sebaik-baiknya, bahawa apabila tidak beramal denganIslam, bererti tidak percaya kepada kemuliaan Allah selaku Pencipta,apabila tidak percaya kepada Allah, bermakna menempah tempat dalamneraka.


6- Bersedia untukmenjadikan Islam sebagai pegangan dari sudut pakaian, cara berfikir,pergaulan, usaha harian, kerjaya dengan melaksanakan segalatanggungjawab sebagai Muslim/Muslimah sejati di sisi Allah.


7- Memperuntukkan masa untuk belajar Islam serta berkorban segala keringat, masa, tenaga, pemikiran dan kesanggupan.


8- Berjanji kepada Allah untuk memelihara agama-Nya.


9- Berjanji untuk memelihara jiwa daripada sebarang naluri dan kecenderungan yang menyalahi syariat.


10-Berjanji untuk memelihara harta daripada terjebak menyokong musuh-musuhAllah yang akhirnya membunuh saudara-saudara seagama seperti membelirokok keluaran syarikat orang-orang Yahudi.


11-Berjanji memelihara keturunan serta kehormatan sebagai orang Islamdengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imejserta peribadi sebagai seorang Muslim yang sungguh-sungguh untukmendaulatkan Islam.


12-Berjanji untuk memelihara memelihara akal daripada berfikir yang bolehmerosakkan kesucian agama Islam dan berfikir cara bagaimana bolehmemajukannya.


13- Menterjemahkan limaslogan yang pernah difahami oleh generasi ulama awalan sebagai carahidup sempurna, iaitu Allah matlamat kita, Rasul itu pemimpin dancontoh teladan kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu adalahcara hidup kita dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita kita yangtinggi lagi murni di sisi Allah.



Kapal Israel dibenarkan ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara telus? ... Kita cuma bercakap mengenai soal epal dan buah oren yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. ... sebaliknya kapal Israel sewenang2nya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? .

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita. (boleh rujuk http://www.zim.co.il ). ..

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. ...Selain Zim Genova, kapal2 yang berulang alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir; Pelabuhan Klang 6 hari yang lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yg kesemuanya didaftarkan di bbrp buah negara lain).

Zim USA kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei lalu, kira2 tgh hari. Di serombong asapnya, terpampang bendera Israel - tujuh bintang yang dengan megah berlabuh di pelabuhan kita!!

Manakala Newstar Agencies Sdn Bhd beralamat Suite 03-01 Centro no 8, Jln Bt Tiga lama KlANG merupakan Agen untuk SETH SHIPPING CORP. Israel


Tengku Fakhry turut berangkat ke rumah YB Dato' Husam Musa yang sememangya rapat dengan baginda. Majlis kenduri itu diadakan sempena majlis perkahwinan anak YB Dato Husam iaitu Ahmad Syafi b Husam dan sah menjadi suami kepada Isterinya bernama Indah Purnamasari Didin dari negara Indonesia.

Kita berharap hubungan baik antara Tengku Temenggung Kelantan dan YB Dato' Husam adalah hubungan kerana Allah dan untuk Islam. Didoakan juga agar kedua dua mempelai ini juga kekal bersama dunia dan akhirat.


Inilah kereta Bently Woodlands seperti yang dimaksudkan dalam cerita di bawah


Jun 9, 2010 1:24pm
Pertelingkahan mengenai pemilikan kereta Bentley Brooklands yang bernilai S$706,880 (RM1.6 juta) antara putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra dan kekandanya Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, diselesaikan secara aman hari ini selepas Tengku Muhammad Fakhry menarik balik saman pemulanya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Yusof yang mendengar perkara itu di kamarnya mengenepikan saman tersebut dan menetapkan supaya Tengku Muhammad Fakhry membayar RM5,000 sebagai kos guaman kepada Tengku Muhammad Faris.

Mahkamah pada mulanya sudah bersedia untuk mendengar permohonan oleh Tengku Muhammad Faris bagi mengenepikan saman berkenaan hari ini, namun permohonan itu menjadi akademik setelah saman pemula dibatalkan oleh mahkamah.

Tengku Muhammad Faris diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Datuk Mohd Haaziq Pillay dan P.Vadivu mewakili Tengku Muhammad Fakry.

Mohd Haaziq berkata beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik saman itu petang semalam memandangkan kereta tersebut yang ditempatkan di Istana Telipot di Kota Baharu, yang merupakan kediaman rasmi Tengku Mahkota, sudah dikembalikan ke Istana Mahkota di Kubang Kerian, Kota Baharu.

Tengku Muhammad Fakhry menfailkan saman pemula pada 9 September lepas, yang menamakan Tengku Mahkota sebagai defendan, yang antara lain menuntut satu deklarasi bahawa kereta berwarna biru dengan nombor pendaftaran DBG 1 itu adalah miliknya.

Beliau turut menuntut satu deklarasi bahawa beliau memperolehi hak sepenuhnya terhadap kereta itu dan penahanan kereta itu oleh Tengku Muhammad Faris adalah tidak sah.

Dalam satu afidavit sokongan, Tengku Muhammad Fakhry berkata semua urusniaga berkaitan jual beli kereta itu pada September 2008 dibuat antara beliau dan pengedar kereta itu, Malayan Motors.

Beliau berkata kereta itu dihantar kepada Sultan Kelantan pada 24 September 2008 dan didaftar di bawah nama sultan, dan sejak itu kereta tersebut menjadi milik eksklusifnya sepanjang masa untuk kegunaan beliau di Istana Mahkota dan juga di kediamannya di Dua Residency, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pada 18 Julai 2009 semasa berada di luar negara, Tengku Muhammad Faris menerusi ejen atau pekerja, dan tanpa pengetahuan mahupun kebenaran beliau, mengambil kereta itu dari kediamannya di Dua Residency lalu dibawa ke Istana Mahkota.

Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau mendapati bahawa kereta itu berada di Istana Telipot, di Kota Baharu.

Tetapi kalau kita tengok senario yang berlaku sekarang adalah untuk mematangkan institusi beraja di Kelantan yang dibuktikan dengan sikap berlapang dadanya YMM Pemangku Raja Kelantan yang tidak mahu memusuhi sesama adik beradik.

Sang Gurkha selaku anak jati Kelantan yang mahu melihat semua kemelut yang berlaku dan menimpa Istana Kelantan ini dapat diselesaikan dengan segera. Amin..