Jun 19, 2010
Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.

Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang 'sensitif'.

"Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di Kota Bharu pada jam 8.08 malam pada Khamis lalu.

Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di Kota Bharu membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lalu.

Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lalu.

Bagi pendapat Sang Gurkha, kalupun mengganggu ketenteraman Istana Mahkota sekalipun, hak Cik Puan Eliana untuk menemui Tuanku Sultan perlu dilaksanakan seiring dengan keputusan mahkamah. Jika perkara ini tidak dipenuhi maka tindakan mereka yang menghalang Cik Puan Eliana daripada mengadap baginda Sultan adalah dikira sebagai menghina mahkamah yang mana telah memberi kebenaran kepada Cik Puan Eliana untuk mengadap baginda

Comments (0)