Alhamdulillah, pada hari Selasa, 28 Disember 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, beserta rombongan Baginda telah selamat berangkat ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap B di Gua Musang.

Baginda, yang memandu sendiri range rover putih Baginda yang membawa tiga orang sahabat Baginda, iaitu Raja Razman Shah, Tim dan Marco (kedua-dua Tim dan Marco, yang merupakan sahabat-sahabat Baginda sewaktu Baginda masih belajar di United Kingdom dahulu, kini telah pun memeluk agama Islam kerana tertarik dengan keperibadian Baginda dan dengan keindahan agama Islam), bertolak dari Istana Telipot, Kota Bharu, di dalam suasana hujan renyai pada pukul 4.30 petang dan selamat tiba di Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B pada pukul 6.15 petang.

Selepas bersalaman dengan para penduduk tempatan dan para pegawai tinggi kerajaan negeri yang hadir, Baginda, dengan bantuan Dato’ Abdul Halim Hamad, terus mengambil wudhu’ dengan menggunakan gayung yang tersedia di kolah masjid dan menunaikan sembahyang Asar secara berjemaah bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda.

Selepas menunaikan sembahyang Asar, berwirid dan berdoa, Baginda terus menyampaikan kunci lapan buah rumah (bernilai RM30,000 setiap satunya) yang telah dibina dengan menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kepada lapan orang penduduk miskin tegar dari jajahan Gua Musang. Turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang adalah 100 penduduk berdekatan.

Setelah itu, Baginda meluangkan masa selama hampir setengah jam bagi beramah mesra dengan 29 orang asli dari Pos Hendrop di perkarangan masjid itu di mana Baginda telah memberikan mereka, yang diketuai oleh Ahoh @ Wahab bin Ibrahim, 29, peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kepada Baginda. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan mereka, mereka pun mengemukakan hasrat mereka supaya Baginda dapat mengusahakan agar mereka dan rakan-rakan mereka yang lain yang kesemuanya berjumlah sekitar 200 orang diberikan hak milik tanah di dalam lingkungan 15 ekar seorang. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk memikirkan cara bagi membantu mereka mendapat tanah tersebut. Di dalam masa yang sama, Baginda menanyakan kepada mereka apakah yang mereka mahu usahakan di tanah tersebut, yang dijawab oleh mereka akan diusahakan dengan tanaman padi, pisang dan keledek. Baginda kemudiannya mencadangkan bahawa adalah lebih baik tanah itu diberikan secara berkelompok serta diusahakan secara beramai-ramai, dengan tanaman yang lebih menguntungkan seperti getah, bagi membolehkan tanah itu memberikan pulangan yang lebih baik. Kesemua orang asli ini juga turut diberikan bantuan wang zakat sebanyak RM100 seorang.

Kemudian Baginda, tanpa menghadapi walau sebarang kesulitan pun, terus sahaja menyembelih sendiri seekor lembu, juga di perkarangan masjid itu, di mana dagingnya, bersama-sama daging empat ekor lagi lembu yang telah disembelih pada sebelah paginya, diagih-agihkan kepada fakir miskin, termasuklah kepada hadirin majlis.

Seterusnya, Baginda berjalan kaki meredah hujan renyai sejauh kira-kira 500 meter untuk ke rumah seorang pesakit asma kronik, Sudin Che Ya, 59. Di sini, Baginda telah meluangkan masa selama kira-kira 15 minit untuk beramah mesra dengan pesakit tersebut. Di antara lainnya, pesakit tersebut menceritakan kisahnya yang menghidap asma, yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja (hanya mengharapkan hasil daripada tanaman getahnya yang diusahakan oleh penduduk lain) di samping menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk menyara dua orang anaknya yang masih bersekolah, iaitu Mohd Shahriza, 17, dan Mohd Ridzuan, 11, apatah lagi setelah beliau ditinggalkan oleh isterinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Setelah bertukar-tukar bicara mengenai jenis-jenis ubatan yang pesakit tersebut gunakan bagi merawat penyakitnya itu, Baginda telah memberikan komitmen Baginda untuk membeli, sama ada di Kuala Lumpur atau di Singapura, peralatan rawatan terkini (yang boleh berfungsi apabila disambung dengan bekalan elektrik ataupun pencucuh api di dalam kereta) yang digunakan bagi merawat penyakit itu. Baginda juga menitahkan kepada Ketua Jajahan Gua Musang supaya mengusahakan pesakit tersebut dibawa untuk menjalani rawatan yang lebih terperinci di Hospital Daerah Gua Musang. Baginda kemudiannya bertanya pesakit tersebut jika ada apa-apa permintaan khusus yang dimahukan oleh beliau dari Baginda dan pesakit tersebut pun mengemukakan hasrat beliau supaya Baginda dapat membina sebuah rumah baru untuk beliau dan anak-anak beliau memandangkan rumah yang mereka diami sekarang sudah agak uzur. Mendengarkan permintaan ini, Baginda segera menyatakan kesanggupan Baginda untuk membantu membina rumah tersebut. Di samping itu, Baginda juga tidak lupa untuk memberikan sedikit sumbangan peribadi Baginda kepada pesakit tersebut.

Setelah itu, Baginda pun bergegas kembali ke Masjid Mukim RKT KESEDAR Sungai Asap B untuk menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah bersama-sama para penduduk tempatan di sana. Setelah berwirid, berdoa, bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah, Baginda beserta rombongan Baginda pun berangkat ke Istana Persinggahan Gua Musang untuk beradu di sana dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Dalam pada itu, di antara para pegawai tinggi kerajaan negeri yang turut hadir di dalam majlis ini adalah Ahli Majlis Perajaan Negeri, Dato’ Sukri Mohamed; Dato’ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Dato’ Ismail Mohd Noor; Dato’ Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias; Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat; Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh; Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Kamaruddin Mohd Zain; dan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.
Nampaknya penangkapan Syiah di Gombak baru-baru ini menyebabkan saudara FT benar-benar kepanasan. Tulisan-tulisan beliau dalam blognya semakin merapu-rapu sehingga entri terbaru meminta supaya ASWJ mengkafirkan sahaja penganut Syiah di Malaysia. Kalau begitu bermakna, FT sendiri yang kafirkan Syiah. Tiada ulama ASWJ yang kafirkan Syiah secara mutlaq begitu. Hatta kerajaan Arab Saudi yang terkenal dengan fahaman keras mereka terhadap Syiah masih membenarkan penganut Syiah mengunjungi Kota Makkah dan Madinah untuk tujuan haji dan ziarah. Bermakna mereka masih menganggap Syiah itu muslim bukan KAFIR SEPERTI FATWA FAISAL TEHRANI.

Sebenarnya, penulis mendapat banyak pertanyaan berkenaan FT. Adakah FT seorang Syiah atau bagaimana? Untuk makluman para blogger dan seluruh penganut Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) di Malaysia, mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM kali ke-37/2008 telah memutuskan bahawa sememangnya terdapat unsur-unsur Syiah di dalam tulisan-tulisan FT.

Oleh itu, penulis ingin menegaskan supaya para blogger hendaklah berhati-hati jika membaca tulisan-tulisan karangan FT termasuk blognya. Sebagai contoh, dalam entri bersempena dengan sambutan Asyura dan Karbala, FT telah menulis di dalam blognya dengan menggunakan dalil-dalil dari kitab ASWJ kononnya amalan meratap sambil memukul muka dan dada terhadap kesyahidan Sayyidina Husain seperti yang dilakukan oleh puak Syiah adalah termasuk dalam ‘tradisi ASWJ.


Entri 3 bahagian yang bertajuk ‘Menangislah Ia Sunnah Nabi’, mengumpulkan hujjah-hujjah kononnya perbuatan ‘menangis’ seperti yang dilakukan oleh Syiah juga telah lama menjadi tradisi ASWJ. Nampaknya FT memang bijak memutarbelitkan dalil-dalil sunni dengan berhujjah di luar konteks serta menyalahtafsirkan maksud ‘menangis’. Apa yang menjadi masalah, FT tidak tahu membezakan antara maksud ‘menangis’ dan ‘meratap’ sedangkan kedua-duanya adalah istilah yang berbeza dalam sunnah Nabi. Sememangnya sunnah tidak melarang kita menangis atas kematian yang berlaku kerana itu fitrah, lebih-lebih lagi ketika menghadapi saat pertama menerima berita kematian seperti disebut oleh Baginda SAW ketika melihat seorang wanita menangisi kematian bayinya. Rasulullah SAW bersabda kepada wanita tersebut, “Bertaqwalah dan bersabarlah…sesungguhnya kesabaran itu pada awal kemalangan”. (Sahih Bukhari)

Hadith ini menunjukkan bahawa, walau sesedih mana sekalipun menerima berita kematian, umat Islam dianjurkan supaya bertaqwa dan bersabar bagi mengelakkan mereka melampau-lampau dalam menangis ketika di awal berlaku kematian kaum keluarga dan sebagainya. Malah Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan apabila menangisi kematian anaknya Ibrahim dalam keadaan penuh kesabaran. Rasulullah SAW bersabda:

"إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ ولا نَقُولُ إلا ما يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ"

“Sesungguhnya mata itu mencucurkan air mata, dan hati bersedih, dan kita tidak mengatakan (memerintahkan/meyakini) kecuali apa-apa yang menjadi keredhaan Allah, dan sesungguhnya aku adalah orang yang bersedih dikeranakan perpisahanku dengan Ibrahim (puteraku).”

Inilah kaedah menangis yang dibenarkan di dalam Islam, bukan meratap yang dilarang secara tegas oleh Baginda SAW malah ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kaum keluarga Nabi SAW. FT juga jangan jadi jahil (sedangkan anda adalah seorang sasterawan) beza antara ‘menangis’ dengan ‘meratap’ dalam bahasa Melayu.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ‘menangis @ tangis; bererti ‘pelahiran perasaan sedih (kecewa, menyesal dll) dgn mencucurkan air mata dan suara yg tersedu-sedu’ manakala ‘meratap @ ratap’ bererti ‘tangisan atau jeritan yg disertai kata-kata kerana terlalu sedih’ dan ‘meratap’ ialah ‘menangis sambil mengeluarkan kata-kata; mengeluh dgn menjerit dll’ (Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP di laman http://prpm.dbp.gov.my/)

Meratap inilah yang dilarang di dalam Islam dan disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW sebagai ‘niyahah’. Al-Sunnah dengan jelas menyebut perbuatan meratapi si mati sehingga menampar-nampar muka dan dada, menyeksa diri dengan melukakan tubuh serta kepala adalah amalan jahiliyyah dan diharamkan berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW. Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Bukan dari kalangan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-ngoyak kolar baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah”. (Sahih Bukhari).

عن أُمِّ عَطِيَّةَ قالت أَخَذَ عَلَيْنَا رسول اللَّهِ  مع الْبَيْعَةِ أَلَّا نَنُوحَ فما وَفَتْ مِنَّا امْرَأَةٌ إلا خَمْسٌ أُمُّ سُلَيْمٍ وَأُمُّ الْعَلَاءِ وَابْنَةُ أبي سَبْرَةَ امْرَأَةُ مُعَاذٍ أو ابْنَةُ أبي سَبْرَةَ وَامْرَأَةُ مُعَاذٍ

Diriwayatkan daripada Ummu Atiyyah r.a katanya: “Rasulullah SAW menerima janji dari kami pada waktu bai'ah iaitu ikrar setia, agar kami tidak meratapi mayat. Tidak ada wanita yang turut berbai'ah kecuali hanyalah lima orang iaitu Ummu Sulaim, Ummul Ala', anak perempuan Abu Sabrah iaitu isteri Mu'az atau puteri Abu Sabrah isteri kepada Mu'az". (Sahih Muslim)

أَنَّ أَبَا مَالِكٍ الْأَشْعَرِيَّ حدثه أَنَّ النبي  قال أَرْبَعٌ في أُمَّتِي من أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُونَهُنَّ الْفَخْرُ في الْأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ في الْأَنْسَابِ وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ وَالنِّيَاحَةُ وقال النَّائِحَةُ إذا لم تَتُبْ قبل مَوْتِهَا تُقَامُ يوم الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ من قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ من جَرَبٍ

Daripada Abu Malik al-Asy’ari bahawa Nabi SAW bersabda: “Ada empat perkara pada umatku yang termasuk perkara jahiliyah yang tidak mereka tinggalkan: Membanggakan kemuliaan orang tua nenek moyang, mencela nasab, istisqa (meminta hujan) dengan bintang, dan meratap.’ Dan Baginda SAW bersabda, ‘Wanita yang meratap, jika tidak bertaubat sebelum matinya, maka dia akan dibangkitkan pada hari Qiamat dengan memakai pakaian dari cairan tembaga dan gaun kudis’”

Manakala riwayat daripada Sayyidah Aisyah r.a. yang menyebut bahawa beliau menampar wajahnya selepas kewafatan Rasulullah SAW tidak boleh sama sekali dijadikan hujjah kerana ia bukan hadith tetapi hanya athar sahabi. Apatah lagi apabila ia bertentangan dengan riwayat hadith sahih. Tambahan lagi dalam riwayat tersebut Sayyidah Aisyah menyebut di permulaannya: فَمِنْ سفهي وَحَدَاثَةِ سني bermaksud “dan kerana kejahilanku dan keremajaan umurku”. Ia menunjukkan bahawa Sayyidah Aisyah mengakui ia adalah satu kesilapan dan para ulama ASWJ berpendapat Sayyidah Aisyah telah bertaubat daripada kesilapan tersebut.

Akhirnya, memadailah dengan tiga hadith di atas sebagai dalil golongan ASWJ bahawa amalan meratap @ niyahah adalah dilarang oleh Rasulullah SAW dengan disertai janji azab di Hari Qiamat kelak bagi orang yang melakukannya. Kerana itu tiada ulama ASWJ yang mengharuskannya apa lagi untuk melakukannya serta menjadikannya sebagai satu syiar seperti Syiah. Tidak mungkin FT tidak tahu bagaimana Syiah mengadakan upacara ma’tam bagi mengenang peristiwa Karbala. Ia dipenuhi dengan jerit tangis yang meratap-ratapi kesyahidan Sayyidina Husain. Malah ia dilagukan sambil memukul-mukul dada dan sebahagiannya menampar pipi, malah ada yang lebih dahsyat sehingga melukakan tubuh badan sendiri. Adakah seorang sasterawan seperti FT tidak tahu membezakan menangis biasa (buka’) dengan meratap (niyahah)? Adakah FT mahu mengatakan ini tradisi sunni? Maaf anda telah berbohong dengan pembohongan yang besar!!! Rasulullah SAW bersabda:

عن الْمُغِيرَةِ رضي الله عنه قال سمعت النبي  يقول إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ ليس كَكَذِبٍ على أَحَدٍ من كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ من النَّارِ سمعت النبي  يقول من نِيحَ عليه يُعَذَّبُ بِمَا نِيحَ عليه

Daripada al-Mughirah r.a., beliau berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya pembohongan ke atasku tidak seperti pembohongan ke atas orang lain, sesiapa yang berbohong atas namaku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya di dalam neraka. Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang diratapi atas kematiannya, dia diazab dengan apa yang diratapi atasnya”. (Sahih Bukhari).

Di kesempatan ini juga, penulis ingin menyeru semua pihak terutamanya ilmuan dan intelektual ASWJ termasuk Dr MAZA (yang baru-baru ini mengatakan keperluan berhujjah dgn ajaran menyeleweng bukan guna kuasa-walaupun bagi penulis penggunaan kuasa dan hujjah perlu berjalan sekaligus mengikut bidangkuasa masing2 berdasarkan hadith 'man ra'a minkum munkaran') supaya menjawab keraguan dan syubuhat-syubuhat yang dicetuskan oleh Syiah dari masa ke semasa. Semoga masyarakat Islam-ASWJ di Malaysia dipelihara Allah daripada segala bentuk bid'ah yang merosakkan kesucian aqidah dan syariah Islam.

Wallahu a'lam.
Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda telah selamat berangkat bagi menunaikan fardhu haji di Mekah di mana pesawat yang akan membawa mereka semua ke Jeddah telah selamat berlepas pada jam 3.35 petang tadi (10 November 2010).

Turut berangkat ke Dewan Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid.

Turut sama berada di sana bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, kerabat-kerabat diraja Kelantan, Selangor dan Perlis, ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan, pembesar-pembesar negeri Kelantan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Kelantan.

Doa Sultan Muhammad Ke-V, juga doa kita semua, adalah semoga kedamaian yang sudah mula wujud di negeri Kelantan akan terus berkekalan walaupun di saat Baginda tidak berada di dalam negeri.
MENEGUR PEMIMPIN -Benarkah dakwaan Us Fathul Bari?

Assalamualaikum...

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Fathul Bari dalam perhimpunan agung UMNO lepas mendapat pelbagai reaksi berhubung pembelaannya terhadap Datin Seri Rosmah Mansur dan kritikannya terhadap pembangkang khususnya PAS.

Atas nama beliau sebagai seorang ustaz, yang mendakwa memperjuangkan dakwah mengikut manhaj ahlus sunnah wal jamaah, adakah ini adakah manhaj yang bertepatan dengan apa yang digambarkannya? apakah ini cara yang bertepatan dengan ruh islam? apakah ini dari lidah seorang 'ulama muda' yang ikhlas? atau seorang yang terkeliru dengan 'manhaj ahlus sunnah wal jamaah' yang beliau war-warkan? atau ahlus sunnah mana yang beliau maksudkan? atau seorang 'ulama muda' yang mencari 'sesuatu', yang tidak perlu diungkapkan di sini sehingga terpaksa mengorbankan 'ahli sunnah wal jamaah' yang sebenarnya?

Disini saya kongsikan bersama pembaca sekalian:

Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda:

الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

Islam juga menyuruh kita supaya berusaha mencegah mungkar sedaya upaya kita. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:


من رأى منكم منكرًا فليغيره بيده ، فإن لم يستطيع فبلسانه ، فإن لم يستطيع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان

“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu satu kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan lidahnya, kemudian sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman”

Persoalannya bagaimanakah cara untuk kita menasihati atau mencegah kemungkaran serta mengubahnya mengikut panduan Islam dan petunjuk daripada salafussoleh? Adakah dengan cara kita membantah dengan cara terbuka atau pun dengan cara tersembunyi? Jikalau pemimpin kita melakukan kemungkaran maka apakah cara yang terbaik untuk mencegah kemungkaran yang dilakukannya?

Dalam persoalan ini sebenarnya Islam telah memberikan jawapan yang tepat kepada kita. Sebagai umat yang dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas dakwah dan islah, Islam memberikan kepada kita cara-cara supaya menepati dengan hakikat syara’ itu sendiri.

Sememangnya perkara asal dalam agama apabila berhadapan dengan orang yang melakukan maksiat adalah tidak mendedahkannya kepada khalayak umum serta menasihatinya secara bersendirian tanpa diketahui oleh orang lain.Rasulullah s.a.w telah bersabda:


إنَّ الله سِتِّيرٌ يُحِبُّ السِّتْرَ

“Sesungguhnya Allah itu Maha Menyembunyikan (kesalahan) dan amat suka menyembunyikan (kesalahan)” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)


لا يستر عبد عبدا في الدنيا الإ ستره الله يوم القيامة

“Tidaklah menyembunyikan seorang hamba itu akan kesalahan hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya pada hari kiamat” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun begitu perkara tersebut dilaksanakan kepada mereka yang tidak melakukan maksiat secara terang-terangan yang digelar sebagai Al-Mujaahir. Maka bagi mereka yang tidak segan silu melakukan kemungkaran, mengisytiharkan dosa mereka dikhalayak umum, maka tidak ada cara lain untuk kita mencegahnya melainkan dengan cara kita mendedahkan perbuatannya itu, menceritakan kepada manusia yang lain sebagai balasan terhadap pelaku maksiat tersebut dan memberikan ancaman kepada oarng lain supaya tidak mencontohinya. Itulah yang telah ditetapkan dalam Islam dan disokong oleh dalil-dalil syara’ serta kata-kata ulama dan salafussoleh.

Imam Ahmad Radiallahu Anhu telah berkata:


الناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ : ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له
“Manusia memerlukan kesopanan dan kelembutan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara makruf, tanpa kekerasan melainkan lelaki yang menonjolkan dan terang-terangan melakukan kefasikan dan kerosakan maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan mengzahirkan perbuatannya itu kerana seorang yang fasiq itu tidak mempunyai kehormatan dan dia tiada maruah” (lihat Al-Amru Bil Makruf wa Nahyu ‘An Mungkar, karangan Imam Al-Khallal, m.s 35)

Imam Nawawi Radiallahu Anhu berkata:


وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ( أهل السُّؤددِ والفَضْلِ الذين لا يُعْرَفُون بالشَّرِ والفسادِ ) ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang disunatkan di sini, maka maksudnya adalah memnyembunyikan kesalahan orang-orang kenamaan (pemimpin dan orang yang berjasa yang tidak masyhur dengan perbuatan jahat dan kerosakkan) serta seumpama dengannya. Yang terdiri dari mereka yang bukan terkenal dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka disunatkan agar tidak disembunyikan perbuatnnya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa sekiranya tidak dikhuatiri kemudaratan dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikannya semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mencontohinya..” (Syarah Sahih Muslim karangan Imam An-Nawawi 16/135)

Perkara ini juga antara perkara yang mengharuskan mengumpat (menceritakan keburukan orang lain kepada masyarakat awam). Perkara ini telah ditegaskan oleh ramai ulama seperti Imam Nawawi dalam kitab beliau Riadhussolihin dalam bab keharusan mengumpat (ibahatul Ghibah).

Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali Radiallahu Anhu berkata:


واعلم أنَّ الناسَ على ضربين :
أحدهما : من كان مستوراً لا يُعرفُ بشيءٍ من المعاصي، فإذا وقعت منه هَفْوةٌ أو زلَّةٌ فإنَّه لا يجوزُ كشفُها ولا هتكُها، ولا التَّحدُّثُ بها ...
والثاني : من كان مشهوراً بالمعاصي مُعلناً بها، لا يُبالي بما ارتكبَ منها، ولا بما قيلَ له، فهذا هو الفاجرُ المُعْلنُ، وليس له غيبةٌ، كما نصَّ على ذلك الحسنُ البَصْريُّ وغيرُه.

“Ketahuilah bahawa manusia ada dua golongan:

Pertama: Orang yang tidak dikenali serta tidak masyhur dengan perkara maksiat, maka sekiranya terjadi kepadanya kesilapan kecil dan kekurangan maka tidaklah boleh mendedahkannya dan merosakkan maruahnya serta tidak boleh diceritakan..

Kedua: Orang yang masyhur dengan perbuatan maksiat serta secara terang-terangan dan tidak segan silu melakukannya serta tidak hiraukan nasihat yang diberikan kepadanya maka ini adalah orang jahat yang menzahirkan dosanya. Tidak berdosa mengumpat dirinya sebagaimana yang telah dinaskan oleh Hassan Basri serta selainnya.” (Jaamiul Uluum Wal Hikam)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata:


قال جمعٌ مُحَقِّقُون : إلاَّ على مَشْهُورٍ ببدعةٍ، أو فُجُورٍ ونحوِه كَكَذِبٍ، فَيُسنُّ إظهارُ شَرِّه، وسِتْرُ خيرِه ليرتدِعَ نظيرُه

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata: Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)

Begitulah juga yang telah dinyatakan oleh ulama-ulama besar yang lain seperti Imam Ibnu muflih dalam kitabnya Al-Furu’(2/217) dan Imam Al-Mardawi dalam Al-Insoof (2/506).

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:


من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

Dalam hadis sahih yang lain Rasulullah s.a.w telah bersabda:


أَقِيلُوا ذَوِي الهيئاتِ عَثَراتِهم

“Maafilah kesalahan-kesalahan orang-orang kenamaan dari kalangan kamu” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis tersebut adalah merupakan perkara asal dalam kita mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin dengan menggunakan uslub lemah lembut dan kesopanan. Itulah cara untuk berhadapan dengan pemimpin yang adil dan saksama serta tidak masyhur dengan kezaliman dalam pemerintahannya.

Namun, sekiranya pemimpin tersebut merupakan pemimpin yang menzahirkan perbuatan maksiat dihadapan rakyat dan tidak menghiraukan nasihat orang lain terhadapnya maka dibenarkan untuk didedahkan perbuatannya itu serta dinasihatkan di khalayak ramai agar seluruh manusia mengetahui keburukan perbuatannya itu lalu tidak mengikutinya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Qayyim di dalam kitab Badai’ Al-Fawaid (3/138):


والظاهرُ أنَّهم ذوو الأقدارِ بين النَّاسِ من الجاهِ، والشَّرفِ، والسُّؤدد، فإنَّ الله تعالى خصَّهُم بنوعِ تكريمٍ وتفضيلٍ على بني جنسِهم، فمن كان منهم مستوراً مشهوراً بالخيرِ، حتى كَبَا به جوادُه، ونبا عَضَبُ صبْرِه، وأُديلَ عليه شيطانُه، فلا تُسارع إلى تأنيبِه وعقُوبتِه؛ بل تُقالُ عَثْرتُه، ما لم يكن حداً من حدودِ الله، فإنَّه ينبغي استيفاؤه من الشَّريف

Kesimpulannya kita tidak diharuskan mendedahkan kemungkaran pemimpin kepada rakyat dan membuat teguran terbuka sekiranya terdapat 4 perkara kepada mereka iaitu:

1. Mereka adalah pemimpin dan orang kenamaan
2. Dikenali dengan kebaikan kepada rakyat dan adil serta tidak zalim
3. Tidak melakukan kemungkaran secara terang-terangan
4. Dosa mereka tidak melibatkan persoalan hudud Allah s.w.t

Oleh itu sekiranya mereka melakukan kezaliman secara terang-terangan maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menegurnya dan diharuskan untuk dilakukan secara terbuka bahkan menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim dikira sebagai jihad yang paling afdal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:

أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”
Wallahu A’alam
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 6 Nov ini, bersamaan 29 Zulkaedah.

Perkara itu telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sementara itu, 30 lokasi di seluruh negara ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijjah, iaitu:

1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai,
Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah akan membuat perisytiharan mengenai tarikh Hari Raya Qurban, menerusi radio dan televisyen pada malam itu juga
Tatacara perlantikan Majlis Penasihat Raja Kelantan pula adalah terkandung di dalam Perkara 36 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi:

(1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris “the Council of Advisers, Kelantan”, adalah dengan ini ditubuhkan bagi maksud menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungan-tanggungannya.

(2) Majlis Penasihat Raja hendaklah mengandungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Mahkota serta ahli-ahli yang berikut, iaitu –
(a) Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis itu;
(b) Mufti Kerajaan; dan
(c) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada enam belas orang ahli lain,
yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ditandatanganinya dan dicop Mohor Negeri di antara mereka yang pada fikirannya telah menyumbangkan pekerjaan yang cemerlang kepada Kerajaan ataupun yang telah mendapat kepujian di dalam pekerjaan, perusahaan, pertanian, pergerakan-pergerakan pertanian atau perkhidmatan-perkhidmatan perubatan.

(3) Seseorang hendaklah tidak boleh dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Raja jika ianya, dan hendaklah tidak tetap menjadi seorang ahli jika ia menjadi –
(a) sama ada seorang ahli Majlis Parlimen ataupun Dewan Negeri bagi sesebuah Negeri;
(b) seorang pegawai atau pekerja daripada mana-mana pihak yang berkuasa tempatan atau daripada satu badan yang ditubuh atau pihak yang berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud am;
(c) seorang ahli daripada persatuan buruh atau daripada satu badan ataupun kesatuan yang bergabung dengan mana-mana persatuan buruh.

Selaras dengan peruntukan-peruntukan ini, maka pada 25 Oktober 2010, bertempat di Kuala Lumpur, telah berlangsung majlis perlantikan semula dan majlis mengangkat sumpah ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru.

Majlis Penasihat Raja Kelantan yang baru ini adalah dianggotai oleh:
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V
2. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra
3. Nik Mohd Shafriman Nik Hassan (Setiausaha Sulit Sultan Muhammad Ke-V)
4. Dato’ Mohamad Shukri Mohamed (Dato’ Mufti Kerajaan Negeri)
5. Dato’ Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana)
6. Dato’ Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra
7. Dato’ Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra
8. Tengku Rozanna Petri Tengku Mohamed Nasrun
9. Dato’ Khairi Mohamed
10. Dato’ Daud Muhammad (Dato’ Aria Diraja)
11. Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Mohamad
12. Dato’ Mohamed Apandi Ali
13. Leftenan Jeneral (B) Dato’ Seri Mohamed Daud Abu Bakar
14. Tan Sri Musa Hassan
15. Dato’ Zulkifly @ Ibrahim Abdul Rahman
Sukacita dimaklumkan bahawa sekitar jam 9.00 pagi esok, 18 Oktober 2008 (Isnin), Majlis Perajaan Negeri Kelantan melangsungkan mesyuaratnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Majlis Perajaan Negeri Kelantan, di dalam mesyuaratnya itu, dijangka akan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, supaya:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Bertindak di atas nasihat Majlis Perajaan Negeri Kelantan ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, dijangka akan:
1. Memilih dan melantik Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja).
2. Mengurniakan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan.

Perisytiharan pilihan dan pelantikan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra selaku Waris (Bakal Raja) di samping perisytiharan pengurniaan kepada Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra akan gelaran Tengku Mahkota Kelantan ini dijangka akan dibuat oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Mohd Aiseri Alias, di Istana Negeri, Kubang Kerian, sekitar jam 12.00 tengahari esok, 18 Oktober 2008 (Isnin).

Kedua-dua perisytiharan ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

27. (1) Maka pilihan dan pelantikan Bakal Raja hendaklah diperbuat oleh Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, yang hendaklah melihat kepada kelayakan-kelayakan anak yang sulung, kepada yang lebih dekat darjah Waris Raja dahulu daripada yang lebih jauh, mengikut Hukum Syarak, dan di dalam setiap-tiap darjah, Waris kepada yang tertua, dahulu daripada yang muda.

27. (2) Maka bolehlah Raja, dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, mengurniakan kepada Waris, akan gelaran TENGKU MAHKOTA, Kelantan, yang akan dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Crown Prince of Kelantan”.

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu’s Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

30. (2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: Dengan syarat keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Waris, iaitu, apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu atau pun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Waris.
Ekoran pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dan ekoran perlucutan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra dari jawatan Tengku Temenggong Kelantan pada 30 September 2010 maka mulai dari tarikh-tarikh tersebut telah wujudlah kekosongan di dalam jawatan-jawatan Tengku Mahkota Kelantan dan Tengku Temenggong Kelantan.

Ada pun jawatan-jawatan yang masih kekal berisi di dalam institusi kesultanan Kelantan pada waktu ini adalah Tengku Bendahara Kelantan yang disandang oleh Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Laksamana Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Tengku Panglima Kelantan yang disandang oleh Tengku Dato' Mohamad Rizam Ibni Tengku Abdul Aziz.

Di antara lainnya, tatacara pilihan dan pelantikan Tengku Mahkota Kelantan adalah terkandung di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sepertimana berikut:

27. (1) Maka pilihan dan pelantikan Bakal Raja hendaklah diperbuat oleh Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, yang hendaklah melihat kepada kelayakan-kelayakan anak yang sulung, kepada yang lebih dekat darjah Waris Raja dahulu daripada yang lebih jauh, mengikut Hukum Syarak, dan di dalam setiap-tiap darjah, Waris kepada yang tertua, dahulu daripada yang muda.

27. (2) Maka bolehlah Raja, dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri, mengurniakan kepada Waris, akan gelaran TENGKU MAHKOTA, Kelantan, yang akan dinamakan di dalam bahasa Inggeris sebagai “Crown Prince of Kelantan”.

29. Dikecuali ada syarat yang berlainan di dalam Perkara 31 Bahagian ini, maka Waris hendaklah orang Melayu daripada darah raja, keturunan zuriat Raja-Raja Kelantan, seorang lelaki yang beragama Islam, bermazhab Ahlu’s Sunnah wal Jamaah, tiap-tiap seorang daripada waris yang lain itu hendaklah orang yang seumpama itu juga.

30. (1) Maka Waris hendaklah anak yang diperanakkan daripada nikah yang halal mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa itu dan diakui daripada tubuh badan dan darah daging KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

30. (2) Maka keturunan zuriat yang akan berhak menjadi Waris hendaklah putera, cucunda putera, cicitnda putera dan sebagainya daripada sebelah lelaki, dari selapis ke selapis keturunan hingga akhirnya sekali, oleh itu hendaklah tidak dibenarkan sekali-kali dan hendaklah menjadi tidak sah jika dilantik menjadi Waris akan mana-mana orang selain daripada keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, selagi ada seorang keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu: Dengan syarat keturunan zuriat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang tersebut di atas itu tidak akan berhak, jika ia difikir dan ditetapkan, selepas disiasat dengan sepenuh dan secukupnya oleh Majlis Perajaan Negeri, ada mempunyai kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat Waris, iaitu, apa-apa pengidapan yang berkekalan, seperti hilang akal, buta, bisu atau pun mempunyai sifat-sifat yang keji yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak menjadi Waris.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVII. (1) The choice and appointment of the Heir shall be made by the Sovereign on the advice of the Council of Succession, who should look to the merits of the first born, to those of nearer degree of kin to the Sovereign, according to Hukum Syarak, before the more remote, and within each degree, to the elder, before the younger.

XXVII. (2) The Sovereign may, on the advice of the Council of Succession, confer on the Heir, the title of TENGKU MAHKOTA, Kelantan, to be called in English the Crown Prince of Kelantan.

XXIX. Save as otherwise provided in Article XXXI of this Part, the Heir shall be a person who is a Malay of royal blood, a descendant of Kelantan Sovereigns, a male, and of the religion of Islam, Ahlu’s Sunnah wal Jamaah; each of the other Heirs shall also be such a person.

XXX. (1) The Heir shall be issue lawfully begotten of a marriage solemnized in accordance with the Hukum Syarak and any other law regulating Muslim marriages in force at the time and an acknowledged descendant of the body and flesh and blood of HIS ROYAL HIGHNESS SULTAN ISMAIL PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA.

XXX. (2) The descendant who shall be eligible to become the Heir shall be a son, grandson, great-grandson and so on of the male line, first one generation after another until the last, that is to say, it shall not on any account be permitted and it shall be unlawful to elect as Heir any person other than a descendant of His Royal Highness Sultan Ismail Petra, so long as a descendant as above of His said Royal Highness exists: Provided that a descendant of His said Royal Highness shall not be eligible, if he is considered and determined, after full and complete enquiry by the Council of Succession, to have some grave and serious defect derogatory to the quality of an Heir, that is to say, any infirmity such as insanity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by the Hukum Syarak to become an heir.

Tidak sepertimana apa yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V sebenarnya masih lagi belum mempunyai seorang permaisuri dan Baginda juga masih lagi belum mempunyai keturunan zuriat.

Walaupun begitu, hakikat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V belum mempunyai seorang permaisuri tidaklah pula mendatangkan apa-apa cacat-cela kepada pemerintahan Baginda kerana, tidak sepertimana tanggapan umum, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sebenarnya tidaklah memperuntukkan sebarang kuasa dan peranan kepada Raja Perempuan Kelantan.

Apa yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) sehubungan dengan kedudukan Raja Perempuan Kelantan hanyalah:

26. (1) Raja dengan nasihat Majlis Perajaan Negeri bolehlah melantik Isterinya menjadi Raja Perempuan Kelantan: Dengan syarat ia seorang Melayu beragama Islam dan menjadi isteri Raja yang berkahwin dengan mengikut Hukum Syarak dan undang-undang yang berjalan kuasa pada masa perkahwinan itu.

26. (2) Sekiranya berlaku kemangkatan Raja maka gelaran Isterinya itu hendaklah bertukar dengan sendirinya daripada “Raja Perempuan (Kelantan)” kepada “Raja Perempuan (nama tubuh)”, dan jikalau berlaku perceraian hidup maka gelaran itu hendaklah terlucut dengan sendirinya.

26. (3) Raja Perempuan hendaklah terhak menerima elaun yang akan dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan, yang hendaklah ditetapkan oleh Dewan Negeri; dan elaun itu hendaklah tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah wang yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidup Raja yang memerintah: Dengan syarat bahawa, kiranya lucut gelaran disebabkan oleh perceraian hidup maka elaunnya itu bolehlah ditimbangkan semula oleh Dewan Negeri.

Versi bahasa Inggerisnya:

XXVI. (1) The Sovereign upon the advice of the Council of Succession may appoint his Consort to be the Raja Perempuan of Kelantan: Provided that she shall be of the Malay race and of the religion of Islam, a wife of the Sovereign, married to Him in accordance with the Hukum Syarak and the law in force at the time of such marriage.

(2) In the event of the demise of the Sovereign the title of His Consort shall change automatically from “Raja Perempuan (Kelantan)” to “Raja Perempuan (personal name)”, and in the event of a divorce the title shall automatically cease to apply.

(3) The Raja Perempuan shall be entitled to receive such allowance, to be charged on the Consolidated Fund, as shall be fixed by the Legislative Assembly; and such allowance shall not less than one fourth of the sum fix for the maintenance of the reigning Sovereign: Provided that, in the event of the title ceasing to apply as a result of a divorce, the allowance may be reconsidered by the Legislative Assembly.

Walaupun begitu, selaku seorang yang taat beragama, sudah tentulah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V juga berhasrat untuk memenuhi tuntutan agamanya. Untuk itu, sama-samalah kita mendoakan agar Baginda dikurniakan seorang permaisuri yang memenuhi ciri-ciri yang diingini oleh Baginda, khususnya yang berakhlak mulia, yang menguasai dengan baik al-Qur’an dan yang menutup dengan sempurna auratnya.

Allahu Akbar.




The 1 st Lima Dasar Business Forum between the Thai Chambers of Commerce of Narathiwat, Pattani, Satun, Songkhla, and Yala the province of the Kingdom of Thailand and Business Representative of Kedah, Kelantan,Penang, Perak, and Perlis, the states of Malaysia at JB Hat - Yai Hotel, Songkhla, Thailand.

Sharing Views and Experience on

1) Trade
2) Investment
3) Halal
4) Logistics
5) Tourism

Alhamdulillah, saya baru sahaja balik ke Malaysia tercinta selepas mengikut rombongan kerajaan negeri bagi menjadi delegasi Malaysia ke satu persidangan ekonomi yang telah selamat dijayakan di wliayah Songkhla, Thailand dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand yang mewakili Perdana Menteri Thailand, Abhisit yang sedang sekarang menghadiri persidangan APEX di New York, USA.

Saya bertolak dari Kelantan pada 20 September 2010 dan balik ke Malaysia pada 24 September 2010. Satu pengalaman yang cukup berharga bagi saya dalam menimba pengalaman untuk menjadi seorang businessman nanti, Insyaallah.

Antara kelebihan bila berada di sana selain dapat melancong dengan melawat beberapa tempat di sana, saya juga sempat menemui beberapa individu atau usahawan - usahawan berjaya dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ( DPMM ) dan Dewan Usahawan Industri Desa ( DUID ) dengan berkongsi pengalaman dan ilmu - ilmu perniagaan daripada mereka dan memberi satu inspirasi baru kepada saya untuk komited dalam dunia perniagaan, Insyaallah
SULTAN KELANTAN YANG KE 29
TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA IBNI ISMAIL PETRA


Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut.

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini ( 13 September 2010 ).

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.
"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

Katanya, Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.



Askm, Alhamdulillah pada hari esok 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 H maka umat Islam di Malaysia amnya dan di Kelantan khasnya akan menyambut hari kemenangan umat Islam iaitu Hari Raya Eidul Fitri. Namun apa yang ingin saya utarakan di sini adalah, kami bagi rakyat Kelantan berasa cukup bersyukur dan bertuah kerana selain daripada kami dapat menyambut hari kemenangan bagi umat Islam ini iaitu dengan masuk ke dalam madrasah Ramadhan semata - mata untuk merebut peluang mendapat malam Al Qadar dan merebut gelaran 'laallakum tattaqun' iaitu tergolong daripada golongan orang yang bertaqwa.

Pada 1 Syawal 1431 H ini juga, rakyat Kelantan diseru untuk kita sama - sama mendoakan kesejahteraan DYMM Al Sultan Kelantan, seluruh usrah Diraja,para alim ulamak dan mereka - mereka yang ikhlas berjuang untuk Allah di jalan Islam.

Pada 4 Syawal ini juga akan ditabalkan Al Sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan DYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang masih kegeringan dan akan diteruskan kepimpinan Diraja bersama ulamak oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Yahya Petra. Istiadat pemahsyuran akan dijalankan di Istana Balai Besar.

Saya selaku anak jati Kelantan berasa amat bertuah dan bersyukur kepada Allah swt kerana Kelantan bertuah kerana akan dapat seorang sultan yang berjiwa rakyat, Islamik dan disayangi rakyat keseluruhan. Satu berita gembira untuk rakyat Kelantan khasnya.

Dengan ini, segala proses pentadbiran dan kawal selia kerajaan negeri dapat dijalankan dengan lebih tersusun, mantap dan telus. Semoga negeri yang kita sayangi ini akan terus maju dipayungi pemerintahan Al Sultan yang baru dan dibantu oleh kepimpinan ulamak kerajaan negeri Kelantan untuk menghasilkan negeri yang makmur dan maju serta diredhai Allah swt. Amin

Membaca surat khabar hari jumaat 27/8/01 membuatkan jiwa saya terdorong untukmenurunkan sedikit catatan meluahkan pendapat dan rasa tidak bersetuju dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor.

Orang kafir boleh masuk ke masjid sebenarnya menurut hukum Islam tetapi sebelum saya bahaskan hal tersebut marilah cuba mendengar keluhan saya terlebih dahulu.

Sudah lama sebenarnya, jabatan Agama Islam di Malaysia lebih berperanan menyusahkan umat Islam, mengenakan pelbagai peraturan yang tidak membawa manfaat kepada dakwah dan kepentingan umat Islam sebaliknya lebih bertujuan menunjukkan kekuasaan agama dan pengaruhnya di dalam negara Malaysia. Saya tidak suka dengan sikap Jabatan Agama Islam yang lebih suka menjadi detektif penyiasat mencari salah masyarakat sekalipun mungkin itu adalah minda dan budaya mereka yang bekerja di bawah sistem Malaysia.

Saya juga kurang gemar dengan peraturan demi peraturan agama yang lebih berbentuk menghukum daripada mendidik dan menyelesaikan masalah.

Saya yakin tidak ramai ahli agama dan pegawai di pejabat agama yang didedahkan dengan latihan pengurusan yang berkesan. Mungkin mereka juga tidak pernah mendengar tentang prinsip pareto yang mengatakan bahawa dalam 100 % masalah yang timbul, hanya 20 % sahaja masalah yang merupakan pokok masalah sebenar adapun 80 % perkara yang baki lagi adalah lebih kepada masalah berbangkit yang timbul dari kesan masalah 20 % yang asal itu.

Jadi menurut prinsip pareto, jika kita ingin menyelesaikan masalah secara tepat kita perlu mensasarkan usaha penyelesaian pada perkara 20 % yang menjadi punca masalah lalu barulah 80% masalah berbangkit lain yang timbul akan dapat diselesaikan.

Aqidah dan perjuangan Islam dibuat mudah, Hal feqah dan persoalan remeh dipersusahkan

Saya hairan dengan Jabatan Agama Islam di Malaysia, persoalan berkait kepentingan Umat Islam dan dakwah menyeru manusia kepada agama seperti menyeru masyarakat agar mentauhidkan Allah SWT, mengajak masyarakat mengamalkan Islam seperti menegakkan solat, melaksanakan syariat-syariat Islam dan memahamkan mereka tentang agama melalui tarbiyah dan dakwah berbentuk ilmu dipandang mudah dan tidak dipedulikan.

Anak-anak remaja Muslim di sekolah rendah dan sekolah menengah jarang didekati oleh mana-mana pegawai dan Jabatan Agama Islam di Malaysia. Sepatutnya mereka boleh mengadakan program latihan untuk pelajar sekolah, lawatan, seminar dan pendedahan berkenaan Islam dan dakwah kepada golongan ini. Ibarat kata orang mencegah lebih baik daripada mengubat maka apa sahaja program, aktiviti dan usaha mendekati generasi muda Islam untuk menyampaikan kesedaran agama kepada mereka perlu dilakukan.

Tetapi mereka tidak muncul.

Anda akan melihat pegawai-pegawai agama ini muncul memakai jaket tanpa lengan (vest) dengan lagak pengawai detektif dan polis apabila telah berlaku gejala sosial dan peristiwa hitam seperti pelajar sekolah berzina, murid sekolah mencabul atau pelbagai kes lain.

Galak sekali muka-muka mereka muncul dengan popular di dalam majalah dan suratkhabar tabloid seperti Harian Metro untuk mendedahkan salah laku umat Islam di sana sini tetapi apa dan ke mana sudahnya ?

Masalah sosial dan kebejatan agama berlaku di sana sini dan tahukah anda apakah yang ada di dalam kotak pemikiran pegawai agama dan jabatan agama di Malaysia ? Mereka berkira-kira mahu menambah pegawai mereka dan mahu diberikan bajet lebih banyak untuk meningkatkan kekuatan pasukan mereka bagi memantau dan menjaga serta menguat kuasakan undang-undang syariah Islam di dalam negara.

Masjid ialah merupakan tempat sujud bagi orang Islam secara bahasa manakala dari sudut istilah ilmu masjid merujuk kepada rumah ibadah Islam yang di dalamnya dikerjakan solat serta pelbagai ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud ; “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah : 17)

Masjid disebut rumah Allah kerana di dalamnya orang mengabdikan diri kepada Allah SWt namun Islam bukanlah agama yang sempit ini dibuktikan oleh hadis nabi Sallahualaihiwasalam yang menyebut : “ Dimana sahaja kamu mendapati masuknya solat maka bersolatlah kerana di situ ialah masjid” dalam riwayat yang lain Nabi menyebut seluruh tanah di atas muka bumi ini dijadikan tempat sujud (masjid) bagi umat Islam sebagai menunjukkan kemudahan Islam kepada umatnya. (Lihat sahih bukhari dan Muslim serta lain-lain kitab hadis)

Apapun jika kita mahu jujur dan bersikap adil maka kita perlu menegur perkara berkenaan masjid dari semua sudut.

Bermegah-megah dalam binaan masjid

Islam melarang umatnya bermegah-megah dan membangunkan masjid menjadi hiasan dan tempat mewah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasaie serta lain-lain ulama hadis bahawa nabi diriwayatkan pernah bersabda : “ Tidak akan tiba hari kiamat sehinggalah manusia berbanga-banga dengan pembinaan masjid.” Manakala dalam hadis yang lain seperti yang diucapkan oleh Ibn Abbas ra bahawa nabi salallahualaihiwassalam pernah mengatakan bahawa baginda tidak dibenarkan menghiasi masjid seperti mana yahudi dan nasrani menghiasi masjid mereka. (Lihat hadis dalam Sunan Abu Daud dan Ibn Hibban)

Para sahabat dahulu apabila membina masjid, mereka besederhana di dalam binaanya agar tidak menjadi tempat perhiasan dan tempat manusia berbangga dengan pembinaannya dan melalaikan manusia daripada tujuan asal masjid dibangunkan iaitu sebagai tempat ibadah, menjalinkan ukhuwah dan persaudaraan Islam di atas ketaqwaan dan keimanan.

Mana perginya Jabatan Agama Islam di Malaysia apabila kerajaan membangunkan masjid Kristal dan pelbagai lagi masjid yang dibina cantik dan dijadikan hiasan serta kebanggan ibarat muzium sehingga dikawal rapi 24 jam serta tidak dibenarkan tidur mahupun berehat di dalamnya ?

Mereka tidak mendapat aduan atau laporan berkenaan hal tersebut, demikianlah agaknya jawapan mereka.

Makan dan minum dalam masjid serta tidur di dalamnya

Para ulama Islam membolehkan perbuatan makan dan minum di dalam masjid serta bahkan tidur di dalamnya. Masjid yang merupakan tempat suci kedua umat Islam sendiri dahulunya dijadikan pusat tidur para golongan ahlul suffah yang tinggal dan bermalam di dalamnya.

Kata Ibn Umar ra, kami dahulunya di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam tidur di dalam masjid serta berqailulah di dalamnya semasa kami masih muda dan demikian juga yang ditegaskan oleh Imam An-nawawi bahawa para sahabat rasulullah biasa tidur di masjid.

Bahkan seorang yang bukan Islam bernama Samamah bin A’sal pernah tidur di dalam masjid di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam sebelum beliau memeluk Islam.

Bahkan Al-Imam Syafie ra sendiri menyebut di dalam kitabnya Al-Umm, Bolehnya orang musyrik bermalam di masjid dan begitu juga dengan seorang muslim. Juga beliau menyebut tidak mengapa seorang yang musyrik (bukan Islam) bermalam di mana-mana masjid kecuali di masjidil haram.

Manakala Abdullah bin Harris ra menyebut bahawa : “Kami makan roti dan daging di dalam masjid ketika zaman rasulullah salallahualaihiwassalam.” (Lihat kitab Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq)

Hukum orang bukan Islam masuk ke dalam masjid

Para ulama Islam seperti Syeikh Muhammad Soleh Al-Munanjid, menyebutkan bahawa orang bukan Islam dibenarkan untuk memasuki masjid selain daripada masjid haram dan masjid nabawi. Perbuatan ini berdasarkan amalan di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam serta tidak terdapat larangan yang khusus berkenaan hal tersebut.

Keharusan orang bukan Islam memasuki masjid sekiranya mempunyai keperluan adalah berdasarkan memenuhi sifat syariah Islam yang menetapkan bahawa hukum larangan atau keharaman adalah mesti didokong oleh dalil dan perintah daripada nas Al-Quran mahupun al-hadis manakala dalam hal ini adalah tiada.Deligasi daripada Thaqif dan segolongan nasrani daripada Najran pernah menetap di masjid sebelum mereka memeluk Islam dan hal itu pernah berlaku di zaman rasulullah salallahualaihiwassalam.

Fatwa keharusan ini dikeluarkan oleh Lajnah Fatwa Arab Saudi yang memiliki kekuatan sokongan daripada ramai cendiakawan dan ulama Islam yang lebih menyakinkan kita.

Bahkan larangan bagi wanita haid memasuki masjid juga adalah suatu tindakan yang tidak wajar dikuat kuasakan sebagai undang-undang syariah kerana para ulama Islam sendiri tidak bersepakat dalam hal tersebut dan bahkan pendapat itu tidaklah menduduki pendapat yang mutlak.

Al-Imam Abu Hanifah ra dan mazhabnya misalnya mengharuskan kemasukan wanita ke masjid secara mutlak sekalipun ke dalam masjidil haram. Pendapat ini juga kemudiannya diperkembangkan oleh Al-Imam ibn taimiyyah ra yang menyatakan tidak salah bagi wanita haid untuk memasuki masjid dan duduk di dalamnya bagi tujuan atau keperluan tertentu.

Sebahagian ulama Islam seperti Syeikh Saud Al-Funaysan, bekas Dekan Jabatan Syariah Universiti Al-Imam, Arab Saudi menyatakan larangan kemasukan wanita haid ke masjid hanyalah disebabkan kebimbangan mereka akan mengotorkan masjid dengan darah yang menitis dan inilah yang diungkapkan oleh Al-Imam Ibn hajar ra ketika memberi komen kepada hadis Aisyah yang menyatakan wanita solat di zaman rasulullah dengan keadaan darah menitis daripada mereka.

Kata al-Imam ibn Hajar, ini menunjukkan bahawa seseorang wanita itu boleh iktikaf dan solat sekalipun bagi yang mengalami darah istihadah iaitu darah sakit selama dia mampu mengelak daripada mencemarkan masjid. (Lihat Fathul bari syarah sahih bukhari)

Maka bagi wanita Haid yang boleh menjaga kebersihannya serta mengelak daripada mencemari masjid maka tidak patut dihalang daripada memasuki masjid untuk tujuan-tujuan yang mulia dan keperluan tertentu yang diperlukan olehnya.

Permudahkanlah apa yang mudah.

Firman Allah SWT : “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl : 125)

Apabila persoalan agama seperti aspek masjid diutarakan oleh mereka yg jahil dan cetek agama tetapi berfikiran politik jahiliah menyebabkan fungsi masjid hanya terbatas kepada orang melayu islam sahaja.. sentimen agama dan perkauman diapi apikan supaya survival politik sempit jahiliah atau sekular terus dapat dipertahan. Pernah terjadi pada zaman Rasulullah di mana seorang yahudi masuk lalu kencing di dalam masjid menyebabkan para sahabat berang dan mahu membunuh yahudi tersebut tetapi dengan kebijakan dakwah Rasulullah saw maka baginda menasihati yahudi tersebut dan para sahabat yang lain membersihkan air kencing yahudi tersebut. Ini menunjukkan sikap toleransi antara agama yang telah ditunjukkan oleh baginda tetapi pada masa sekarang jika ada seorang bukan muslim ingin berucap dan menyampaikan sumbangan maka dituduh menghina islam, mencemarkan masjid dan surau sedangkan yang bercakap itupun jarang ke surau.

Ini jelas menunjukkan bahawa parti jahiliah yang ada dalam sistem sekarang tidak mengakui dan tidak mengiktiraf dasar jahiliah yang mengasingkan antara politik dan agama sedangkan mereka asyik berpolimik mengatakan bahawa politik suku agama suku dan dalam masa yang sama mereka tidak mengasingkan demi masa depan politik jahiliah mereka.
Royalti Minyak & Gas: Kerajaan Negeri Kelantan Fail Saman Petronas Isnin Ini

Kerajaan Kelantan akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas berhubung isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pada hari Isnin, 30hb. Ogos, 2010 ini.

Keputusan itu dicapai dalam meyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata, tindakan undang-undang diambil terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar Royalti Minyak dan Gas kepada Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani oleh ke 2-2 belah pihak.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir ke mahkamah pada hari tersebut.

Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat EXCO, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu supaya dapat bersama-sama hadir menunjukkan sokongan pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan pihak Kerajaan Negeri Kelantan menyerahkannya kepada mahkamah.

“Kita tak bincang pasal jumlah tuntutan kita, itu terpulang pada mahkamah nanti”, ujarnya.

Satu majlis solat hajat akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan - Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Yang Arif Abdullah Man akan menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra setelah menerima dua pucuk surat daripada Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, yang mendakwa surat itu daripada Sultan Kelantan berkaitan lafaz cerai isteri kedua baginda.

Abdullah, yang mendengar perbicaraan kes itu secara tertutup, membuat keputusan tersebut setelah menerima surat-surat berkenaan daripada plaintif, Nik Rorhana,60, pada Ahad semasa perbicaraan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap isteri kedua baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Peguam Elia Suhana, 31, Fakhrul Azman Abu Hasan ketika ditemui di luar mahkamah berkata kedua-dua pucuk surat tersebut dikatakan mengandungi titah Sultan Kelantan yang telah melafazkan talak terhadap Elia Suhana, manakala surat kedua mengarahkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Azamli Jamaluddin mendaftarkan perceraian baginda.

Beliau berkata Abdullah memutuskan untuk menghadap sendiri Sultan Kelantan bagi mendapatkan pengesahan kandungan kedua-dua pucuk surat tersebut pada tarikh yang akan ditentukan kemudian selepas mendapat kelulusan daripada pihak istana.

Nik Rorhana diwakili peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar dan Halim Bahari hadir pada perbicaraan itu.

Pada 30 Jun lalu, mahkamah tersebut menangguhkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap Elia Suhana selepas plaintif membuat permohonan pindaan penyata tuntutan berhubung lafaz cerai tersebut.

Bagaimanapun pada 25 Julai lalu, mahkamah tersebut menolak permohonan plaintif tersebut dengan alasan proseding pengesahan lafaz cerai pasangan tersebut masih didengar di mahkamah tersebut.

Nik Rorhana telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga oleh Tuanku Ismail terhadap Elia Suhana pada 9 Mac lalu.

Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak itu pada 12 Feb lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan – Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra – hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk ‘merawat’ sultan dengan “barang-barang yang diragui dari segi hukumnya” ditemui dekat baginda di Singapura.


Sang Gurkha ingin menarik perhatian semua untuk memberi respons kepada press statement yang telah dikeluarkan oleh kekanda Al Sultan kelantan, YBM Dato Tengku Rozan. Di mana YBM Tengku telah menjelaskan permasalahan yang berlaku untuk merungkai kekeliruan orang ramai terutama rakyat Kelantan dan di mana berdasarkan kenyataan rasmi YBM Tengku yang menjadi saksi kepada peristiwa - peristiwa yang berlaku. Berikut adalah petikan kenyataan rasmi daripada YBM Dato'Tengku Rozan :


1. Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh YBM Dato' Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra di dalam akhbar pada 25 Julai 2010. Saya berharap YBM Dato' Tengku Merjan tidak mencampuri urusan pentadbiran Pejabat Sultan. Saya berkeyakinan bahawa setiap orang pegawai terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang di dalam menjalankan tugas. Pengelola Istana bertugas sebagai ketua pejabat dan menjalankan titah.

2. Saya ingin mengesahkan bahawa Dato' Abdul Halim pernah menghadap KDYMM Tuanku Al-Sultan semasa Baginda dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada 4 Mei 2010 dan beliau juga beberapa kali menghadap KDYMM Tuanku Al-Sultan semasa Baginda dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

3. Kita perlu sedar diri kenapa orang tak mahu mendekati kita dan adakah betul KDYMM Tuanku Al-Sultan menitahkan pegawai-pegawai menghadap Baginda.

4. Mengenai penggunaan pesawat khas, seperti yang telah dimaklumkan bahawa penggunaan pesawat adalah mengikut prosedur dan surat kelulusan telah diterima dari Jabatan Perdana Menteri yang dihantar ke Pejabat Sultan Kelantan.

5. Diharap perkara ini tidak dibincangkan lagi di dalam akhbar. Urusan keluarga tidak patut dicampur-adukkan dengan urusan pejabat. Hormatilah KDYMM Tuanku Al-Sultan yang sedang gering dan pentadbiran negeri perlu berjalan seperti biasa di bawah YMM Pemangku Raja.

6. Hormatilah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Pengelola Istana D'Raja dan pegawai-pegawai istana serta pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja 24 jam berkhidmat untuk KDYMM Tuanku Al-Sultan. Kadang-kadang makan entah ke mana, keluarga entah ke mana! Ingatlah, langit tak selalunya cerah.

7. Kita berdoalah kepada Allah swt agar diberi petunjuk dan jalan yang lurus untuk kita selesaikan masalah keluarga ini. Jangan kita mengikut nafsu dan cakap tak serupa bikin, tak acilah macam tu.

DATO' TENGKU ROZAN BINTI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA
Kakanda KDYMM Al-Sultan Kelantan
Ahli Majlis Perajaan Negeri dan Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan
Sang Gurkha sudah banyak kali mengulas perkara yang berkaitan dengan moral remaja dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Seperti lazimnya, saya tidak mahu menulis panjang tentang hal itu.

Namun, langkah kerajaan negeri di sebuah negeri di Malaysia yang mahu menubuhkan SEKOLAH PELAJAR HAMIL jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah moral dalam kalangan remaja. Walhal situasi kronik ini sering dinafikan oleh sesetengah pemimpin, agensi kerajaan, NGO, ibu bapa, dan anggota masyarakat. Sindrom penafian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan yang lebih teruk terhadap moral remaja malah impaknya dapat kita lihat dalam usaha melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dan masyarakat yang bermoral tinggi untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Bagaimana pula dengan jumlah hampir ratusan ribu anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan? Semuanya berlaku di MALAYSIA bukannya di Amerika Syarikat atau di negara Barat yang lain. Berdasarkan beberapa kiriman yang tidak pernah terfikir oleh akal kita akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, maka jelaslah bahawa tindakan bersifat preventif perlu dilaksanakan segera agar tindakan "nasi sudah menjadi bubur" seperti menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil diambil yang akhirnya akan memalukan dan merendahkan martabat masyarakat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.

Apa tindakan preventif yang perlu dilaksanakan? Islam telah menunjukkan caranya, baik dari segi tatacara dalam kehidupan, mahupun hukuman untuk menyedarkan penganutnya; sekolah dan guru perlu diberi hak untuk menghukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan; ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan atas salah laku anak-anak; undang-undang tegas perlu diperuntukkan untuk menangani hal ini, dan seribu macam solusi untuk memastikan perkara ini tidak berlarutan.

Semoga kita sentiasa mengingati BALA Allah SWT.




Pergaulan bebas punca utama

Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.