Individu-individu yang darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran membawa gelaran Dato’ mereka telah ditarik balik itu adalah seperti berikut:

Nama Penerima: Shkori Mohamed
Darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: SPSK, DPSK, PSK, BSK dan ASK
Nombor Kad Pengenalan: 531122-03-5379
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Ismail Ghani
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DPSK, PSK, BSK dan ASK
Nombor Kad Pengenalan: 540101-11-5243
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Ibrahim Abdul Kadir
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DJMK, SMK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 550916-03-5665
Alamat: Sri Benteng Auto Sdn Bhd,
Lot 427, Batu 1 ¾,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Tan Huat @ Tan Liang Chong
Darjah-darjah dan pingat kebesaran yang ditarik balik: DPMK, DJMK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 440720-03-5009
Alamat: SBJ Binajaya Development Sdn Bhd,
Nombor 5400 E & F, Bangunan SBJ,
Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Wan Hassan Wan Zin
Darjah kebesaran yang ditarik balik: DJMK
Nombor Kad Pengenalan: 510218-03-5047
Alamat: Nombor 4, Tingkat 1, Batu 3,
Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Mohd Raihan Dato’ Seri Eusuff Teh
Darjah kebesaran yang ditarik balik: DJMK
Nombor Kad Pengenalan: 560320-03-5959
Alamat: Nombor 10,
Jalan Tunku Putra, Kenny Hill,
50480 Kuala Lumpur.

Nama Penerima: Senator Ahmad Rusli Iberahim
Darjah dan pingat-pingat kebesaran yang ditarik balik: DJMK, ASK dan JP
Nombor Kad Pengenalan: 570930-03-5491
Alamat: Kampung Kukang,
Jalan Perol,
16010 Kota Bharu, Kelantan.

Individu-individu yang pingat kebesaran mereka telah ditarik balik itu adalah seperti berikut:

Nama Penerima: Yusri Che Noh
Pingat kebesaran yang ditarik balik: JP
Alamat: YUS Construction and Trading,
2090-J, Simpang Tiga Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu, Kelantan.

Nama Penerima: Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir
Pingat kebesaran yang ditarik balik: JP
Alamat: Lot 126, Taman Permai,
Kampung Demit, Jalan Raja Perempuan Zainab II,
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.

Penarikan balik darjah-darjah dan pingat-pingat kebesaran ini dibuat oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang memberi kuasa kepada Baginda untuk “menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau pingat-pingat kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu.
Musibah adalah sebahagian dari kehidupan. Manusia yang cuba melepaskan dirinya dari musibah umpama melepaskan diri dari kehidupan itu sendiri.

Ya, memang perit, memang sakit. Kadangkala jiwa terasa menderita. Pernah juga kecewa dan putus asa. Hati terluka dan berdarah bahkan kadang-kadang bernanah dan berbisa. Inilah warna warni kehidupan yang menjadikan kehidupan kita indah dan bermakna. Inilah warna jiwa yang disebaliknya adalah ketabahan, keteguhan jiwa dan penuh keazaman. Ya, ada yang tersungkur dan kecewa atau menderita dan putus asa ... kerana ia cuba tanggalkan bahagian penting dari kehidupannya iaitu musibah.

Musibah adalah guru yang mengajar erti sabar dan pasrah, juga guru yang mengajar erti jatuh dan bangun atau perjuangan dan pengorbanan. Musibah mengajar kita erti kematangan asalkan kita ingin tunduk dan hormat padanya sebagai 'guru kehidupan'.

Musibah adalah modal untuk kita pulang kepada Allah. Kata seorang ulamak "Jika hidup ini tidak ada musibah maka kita akan pulang pada Allah dalam keadaan muflis". Bayangkan tanpa sabar dan pasrah, tanpa doa dan pengharapan, tanpa persandaran dan kerendahan...apa lagi yang kita ada untuk meraih rahmat Allah. Adakah pahala solat kita cukup untuk menyelamatkan kita dari azab Allah, mungkinkah puasa kita atau haji kita. Bukankah kita akan masuk ke syurga kerana rahmat Allah SWT. Bukankah rahmat Allah itu untuk hamba-hambanya yang punyai kerendahan hati. Bukankah kerendahan hati itu milik hambanya yang merasa kerdil dan lemah, selalu berdoa dan bertaubat, selalu takut dan berharap dan tinggi pergantungannya pada Allah SWT. Bukankah semua perasaan itu muncul ketika jiwa terasa silau memandang kehidupan, jiwa terasa begitu tertekan, langkah terasa berat dan membebankan.

Kita tengok macam mana musibah yang menimpa Istana Kelantan ini adalah untuk mematangkan lagi institusi beraja itu sendiri terutamanya kepada YMM Pemangku Raja Kelantan. Isu yang berbangkit adalah isu tamak kuasa, dengki, dendam kesumat, salah faham yang telah merencatkan proses perjalanan pentadbiran negeri. Sang Gurkha jugak maklum majoriti rakyat Kelantan menyanjung dan menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada YMM Pemangku Raja Kelantan yang sememangnya dikenali berjiwa rakyat dan mudah didekati.

Ini lebih terbukti lagi apabila baginda menguriniakan sumbangan peribadi kepada Allyarham pengawal Istana Kelantan yang mati ditembak itu sebanyak RM 100 ribu ringgit, yang merupakan sumbangan peribadi baginda sendiri.. Baginda juga melahirkan rasan sedih dan terharu di atas pemergiaan yang Sang Gurkha lebih suka panggil beliau Abg Ramli, seorang pekerja yang berdedikasi dan suka berterus terang..beliau juga banyak berjasa kepada YMM Pemangku Raja Kelantan.

Untuk perkongsian, Sang Gurkha juga rapat dengan arwah Abg Ramli ni,beliau selalu juga memandu kereta untuk menjemput Sang Gurkha dan sahabat untuk mengadap YM Dato' Tg Salwani di Istana Negeri, Kubang Kerian yang merupakan kakak kepada KDYMM Al Sultan Kelantan dan ibu saudara kepada YMM Pemangku Raja Kelantan..

Pemergiaan arwah Abg Ramli terlalu drastik dan mengejutkan.. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang - orang yang soleh dan dicucuri rahmat serta lepas dari seksaan kubur,Insyaallah,, Amin Ya Rabbal Alamin
Segala puji bagi Allah, bagi mereka yang kelaparan terhadap peringatan, kehausan terhadap teguran, keinginan kepada kebaikan. Tetapi yang menjadi masalah, adalah mereka yang degil dan sombong untuk menerima teguran.

Ditegur sedikit melenting. Beralasan. Pantang ditegur. Tetapi saya tidak hairan. Kerana manusia itu banyak ragam. Ketahuilah, orang yang sukar menerima teguran, maka dia sebenarnya tidak mengerti maksud persaudaraan.

Pernah saya menegur seseorang yang merokok, mengatakan kepadanya bahawa rokok itu lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Maka, kerana tidak suka ditegur, timbullah jawapan dengan pelbagai alasan dengan berkata;

"Alah.. kalau kata rokok tu membahayakan kesihatan, habis tu makanan yang bergula pun nanti boleh menyebabkan obesity, diabetes. kalau makanan yang bergaram boleh menyebabkan darah tinggi. Sama saja dengan rokok."

Dan apabila ditegur untuk menutup aurat, maka kerana tidak suka ditegur, timbullah jawapan;

"Tak semestinya orang yang pakai tudung semua baik. Tak semestinya orang tak bertudung semua jahat."

Sedarkah kamu bahawa dengan mengatakan sebegini sebenarnya kamu sendiri yang menutup pintu hidayah dalam hati kamu? Kamu sendiri yang menolaknya. Saya hairan. Berbuat salah tetapi tidak menerima teguran. Sudahnya degil, sombong pula. Lalu, adilkah dengan mengatakan hidayah belum diberikan, sedang setiap kali Allah mendekati kita, kita sering melarikan diri?

Maka, semuanya ialah persepsi dan mindset yang merosakkan malah membantutkan kita untuk menerima hidayah-Nya. Pantas saja mengatakan hidayah belum sampai. Tetapi, sering melarikan diri andai ditegur. Teguran itu sebenarnya hidayah dari Allah. Kamu orang yang terpilih. Kerana masih ada yang mahu menegur kamu.

Kalau pun masih belum bersedia, cubalah belajar menerima teguran. Sekurang-kurangnya, katakanlah 'terima kasih' kepada mereka yang menegur. Atau paling tidak, diam sahaja. Seseorang yang sedang menegur, dia sebenarnya sedang membina kekuatan untuk menegur kamu.

Janganlah melihat siapa yang menyampaikan, tetapi lihatlah apa yang disampaikan.

Kerana semakin kita terus-menerus melihat orang yang menyampaikan, jika orang itu adalah orang yang kita benci, sampai bila pun kita tak pernah ingin menerima apa yang disampaikannya meski pun kata-katanya benar.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah S.A.W bersabda;

"Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat; dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Maka, sahabat.. sekiranya kau bertanya mengapa aku lakukan ini, mengapa aku mengajakmu ke arah kebaikan, mengapa aku melarangmu terhadap perkara-perkara yang tidak harus kau lakukan, ketahuilah bukan kerana aku telah melihat diriku dalam keadaan sempurna sedang aku juga tidak akan pernah lari dari kesilapan.

Aku lakukan semua ini kerana aku mencintaimu. Aku mencintaimu kerana kau adalah saudaraku. Aku mencintaimu kerana ingin agar kita berada di jalan yang lurus. Agar Allah meredhai kita, dan agar kebersamaan kita dalam melakukan kebaikan mampu menembusi syurga Allah, bukanlah kerana aku ingin menembusinya bersendiri, tetapi kerana aku ingin berserta dengan semua saudara-saudaraku....
Kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad hari ini yang parah akibat ditembak pada 1 Mei lalu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata sebelum ini polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api.

"Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia," katanya

Amir bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu.

Pada 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Ramli meninggal dunia pada jam 3.30 pagi hari ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu.

Bernama juga melaporkan seorang kakitangan Istana Kelantan ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut, seorang suspek warga tempatan berusia 40 tahun ditahan bagi siasatan yang sama.
Muhammad Faris masih bimbang dengan keselamatan bapanya, Ramli Mohamad walaupun pengawal istana Kelantan itu diletakkan bawah pengawasan polis 24 jam.

Ramli, 50, mula sedarkan diri selepas peluru yang menembusi badannya dikeluarkan empat hari lalu melalui pembedahan.

Bekas anggota tentera itu ditembak sebanyak empat das dalam kejadian pada awal pagi 1 Mei lalu.

Ketika itu, Ram
li dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli, Tumpat setelah selesai bertugas di istana negeri.

Ketika dikunjungi di unit rawatan rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II semalam, Ramli kelihatan semakin aktif dan mampu memberi reaksi apabila disapa oleh anggota keluarganya.

Bagaimanapun beliau masih di bawah pengaruh sedatif dan kelihatan tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ketika berbual.

Mengulas perkembangan tahap kesihatan bapanya, Muhammad Faris berkata beliau gembira kerana Ramli nampaknya semakin cepat sembuh.

HANYA SEBELAH PEPARU BERFUNGSI


"Doktor kata ayah boleh bertahan sebab paru-paru dia kuat, walaupun sebelah saja yang berfungsi. Ayah tidak merokok," kata penuntut tahun dua di kampus UiTM Machang itu.

Muhammad Faris berkata, keadaan bapanya mula pulih sejak empat hari lalu selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peluru yang menembusi paru-paru kanannya.

Walaupun gembira dengan tahap kesembuhan bapanya, Muhammad Faris bagaimanapun bimbang sekiranya bapanya kembali menjadi 'sasaran' serangan selepas ini.

"Memang suka kalau dia sihat, tapi kita takut kalau orang tahu dia sihat, dia boleh bercakap, orang akan cari dia lagi.

"Mungkin berlaku (serangan), mungkin tidak. Tapi polis ada (di hospital) jaga 24 jam, jadi kami rasa selamat sikit," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

Tinjauan mendapati pintu masuk ke wad itu dikawal oleh anggota polis yang memeriksa identiti semua pengunjung ke kamar berkenaan.

Muhammad Faris berkata, kebimbangan yang dihadapi keluarganya itu dikuatkan lagi dengan saranan daripada polis supaya mereka tidak begitu menonjolkan diri mereka di media berhubung insiden tersebut.

"Polis bimbang keluarga kami pun akan jadi sasaran juga.

"Saya sendiri pun tak mahu dapat publisiti lebih, sedangkan ayah saya sendiri sedang sakit," tambahnya.

Katanya lagi, polis telah merakamkan kenyataan daripadanya berhubung serangan ke atas Ramli itu.

"Polis tanya bagaimana saya tahu (mengenai serangan), siapa yang beritahu, soalan begitulah," katanya.

Jelasnya, beliau merupakan antara anggota keluarga pertama yang mengetahui mengenai kejadian pada malam itu.


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, menitahkan polis supaya meletakkan keutamaan kepada kes seorang pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang meninggal dunia semalam setelah ditembak oleh individu yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu.

"Pemangku Raja Kelantan amat berdukacita dengan apa yang berlaku dan baginda berharap polis dapat meletakkan keutamaan kepada kes ini.

"Baginda juga menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ramli dan merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor pakar daripada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) yang bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik," katanya di Rumah Mayat HRPZII di Kota Bharu.

Ramli meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HRPZII kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.


Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Be
rikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan dipertingkatkan.

Abdul Halim berkata, pakar forensik dijangka tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 3 petang ini untuk melakukan bedah siasat ke atas jenazah.

Jenazah Allahyarham akan dikafankan di hospital dan dibawa ke Masjid Muhammadi untuk solat jenazah dan dikebumikan di kampung Allahyarham di Kampung Kok Keli, Tumpat selepas solat Asar.

Beliau berkata, ketika Ramli menghembuskan nafas terakhir, semua ahli keluarga iaitu isteri Allahyarham Maznah Mustafa dan lima anaknya ada bersama di sisinya.
Pemangku Raja Kelantan sempat menziarahi Allahyarham di hospital itu pada jam 11 malam tadi dan telah memberikan kata-kata nasihat kepada keluarga Allahyarham.

Semalam, baginda menghulur sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Allahyarham sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.

Allahyarham adalah kakitangan pejabat Istana Kelantan yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan sejak lebih 17 tahun lalu dan disifatkan sebagai kakitangan yang berdedikasi dan beramanah dalam menjalankan tugasnya.
Ketika menikmati lembaran demi lembaran tulisan ini saya mula mengerti bahawa musibah merupakan bahagian penting dari diri dan kehidupan kita. Menanggalkan musibah dari kehidupan umpama menangalkan salah satu anggota badan kita sendiri. Bahkan musibah merupakan modal untuk kita pulang pada Allah SWT.

Buku ‘Tasliyatul Ahlil Mashoib’ atau ‘Pengubat Hati Ketika Musibah’ ini telah mengutip hadith-hadith dan kata-kata ulamak serta cerita dan sirah yang mampu menyalurkan rasa damai dan tenang kepada jiwa-jiwa yang hilang tempat pergantungan serta menghiburkan hati-hati yang duka lara serta putus harapan serta silau memandang kehidupan.

Al Imam Abu Abdullah Muhammad Al Manbaji dalam muqaddimahnya memetik kata-kata para salaf “Sekiranya tidak ada ujian-ujian di dunia ini, maka kita akan mendatangi hari kiamat sebagai orang muflis (bankrap).”

Ya, musibah itu ialah ladang amal. Setiap kesakitan, kesukaran dan kesempitan adalah peluang-peluang untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Pasrah dan menerima ketentuan Allah SWT adalah gambaran kewujudan akidah atau keimanan kepada Allah SWT dengan segala kesempurnaan sifatNya, berusaha untuk merawat atau keluar dari musibah itu adalah ibadah yang perlu dilakukan dengan penuh kesempurnaan dan kesungguhan sedangkan bersabar dan berlapang dada dengan kegagalan dan kekecewaan adalah sebaik-baik akhlaq hamba pada Penciptanya manakala meyakini janji dan pertolongan Allah SWT dengan sangkaan yang bersih dan baik terhadapNya adalah Ihsan atau kemuncak dari keimanan yang benar.

Ternyata bahawa musibah itu adalah warna warni kehidupan. Musibah adalah warna yang paling indah apabila hati kita dihubungkan kepada Allah SWT namun ianya adalah warna yang paling buruk dan menakutkan apabila hati terputus hubungan dengan Rabb sekelian alam, Allah yang menjadikan seluruh kehidupan lalu mentadbirnya dengan segala kebijaksanaan dan kesempurnaanNya.

Agak terlalu mustahil untuk kita merasai kemanisan munajat melainkan ketika jiwa kita terasa begitu kerdil, lemah dan penuh pengharapan, dan semua ini kita miliki apabila kita berdepan dengan tekanan yang luar jangkaan dan kesanggupan kita.

Al Imam Abu Abdullah memetik beberapa bait syair:

Manusia adalah tempat segala musibah yang tiada hentinya’
Hingga tubuhnya tersandar pada tanah kuburnya.
Orang yang mementingkan dunia akan selalu menyalahkan orang lain,
Sedangkan yang mementingkan akhirat akan selalu mencari kesalahan dirinya.

Seharusnya kita tidak terlalu takut untuk berdepan dengan musibah dalam kehidupan kerana itulah bahagian yang paling penting dari kehidupan itu sendiri. Bahkan Ibnu Jauzi dalam kitabnya tentang Sabar menyebutkan bahawa apabila kita memilih jalan keimanan maka kita telah memilih jalan yang paling sukar. Tetapi kita perlu ingat bahawa kesukaran itulah yang akan menjadikan iman kita lebih mantap dan hidup. Dan iman yang mantap dan hidup itulah kunci untuk kita menikmati kebahagiaan dari segala kesukaran dan tekanan hidup yang sedang kita tempuhi.

Setiap yang hidup pastinya akan menempuhi hari-hari yang suram dan mengecewakan namun dengan ‘keaslian’ iman kita akan menghadapinya dengan jiwa yang tabah dan penuh kepasrahan.
Pembantu pengawal peribadi Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu hari ini, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali.

Menurut seorang anggota keluarganya, Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organ utamanya dijangkiti kuman.

Semalam Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menghulur sumbangan peribadi baginda sebanyak RM100,000 kepada keluarga Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana itu.

Ramli meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak oleh seorang suspek yang tidak dikenali di Kampung Kok Keli, Tumpat.

Beliau mengalami kecederaan parah akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat.

Berikutan kejadian itu Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra menitahkan supaya kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ditingkatkan.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutarbalikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Nisa’: Ayat 135)

Walau betapa pahit sekalipun ia, ia tetap juga perlu dilakukan sebagai mematuhi Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibu bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya”.

Sesungguhnya, di dalam Islam, anak yang baik ialah anak yang dekat dengan Allah yang apabila dia berdoa doanya akan dimakbulkan oleh Allah, bukannya anak yang dekat dengan ayahanda bonda, yang kelihatan memanjai dan menyayangi ayahanda bonda, tetapi yang belum tentu dekat dengan Allah dan yang apabila dia berdoa belum tentu doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

Ia adalah selaras dengan Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak salih yang sentiasa berdoa untuk mendapatkan kasih sayang Allah kepada kedua ibu bapanya”.

Adalah diharapkan agar Pemangku Raja Kelantan, malah juga adinda-adinda Baginda yang lain, akan termasuk di dalam golongan anak salih yang sentiasa berdoa untuk ayahanda bonda Baginda seperti yang lazim diamalkan oleh Baginda selama ini.

1. KENYATAAN AKHBAR YANG BERHORMAT MULIA DATO’ HAJJAH TENGKU ROZAN BINTI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA

ISTANA NEGERI
KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamu’alaikum w.b.t.

1. Saya dan adinda saya YBM Dato’ Hajjah Tengku Salwani Binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra merasa amat sedih dan dukacita di atas musibah yang menimpa keluarga DiRaja Kelantan, khususnya yang menimpa adinda saya KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan. Baginda Al-Sultan telah jatuh gering pada 14 Mei 2009 dan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu. Baginda Al-Sultan dipindahkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapore pada 24 Mei 2009. Baginda Al-Sultan kemudiannya dibawa balik dari Singapura pada 04 Mac 2010. Bagi saya penyakit yang menimpa Baginda Al-Sultan tidak patut berlaku pada seorang Sultan. Saya yakin, ada sesuatu yang tidak kena pada peringkat awal sebelum Baginda jatuh gering. Ada orang yang cuai dalam menjaga hal ehwal kesihatan Baginda.

2. Saya seterusnya ingin merujuk kepada kenyataan YM Tg. Abdul Aziz Bin Tg. Mohd. Hamzah dalam akhbar pada 07 Mei 2010 yang menyatakan beliau adalah bapa saudara kepada Baginda Al-Sultan. Saya ingin membetulkan fakta ini, di mana YM Tg. Abdul Aziz bin Tg. Mohd. Hamzah adalah bapa saudara kepada DYMM Raja Perempuan Kelantan. Kaitan dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan bila YM Tg Abdul Aziz berkahwin dengan kekanda Tuanku Al-Sultan iaitu YBM Tengku Merjan Binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra. Begitu juga dengan YBM Tg. Razaleigh Hamzah yang merupakan adik beradik kepada YM Tg. Abdul Aziz Bin Tg. Mohd. Hamzah adalah bapa saudara Raja Perempuan Kelantan bukannya bapa saudara Tuanku Al-Sultan.

3. Saya agak terkilan dengan kenyataan yang YM Tg. Abdul Aziz keluarkan khususnya berkaitan dengan keadaan di HUSM di mana Tuanku Al-Sultan dirawat. Beliau mendakwa bahawa beliau dan isterinya YBM Tg. Merjan dihalang untuk melawat. Kenyataan itu tidak benar, apa yang berlaku adalah YBM Tg. Merjan dan Raja Perempuan Kelantan sentiasa di dalam wad dan mengawal setiap orang yang keluar masuk. Mereka yang bertindak menyekat orang lain dari melawat Tuanku Al-Sultan. Keadaan ini berlaku sejak Tuanku Al-Sultan dirawat di Singapura dan HUSM kini. Saya dan adinda saya, YBM Dato’ Hajjah Tg. Salwani tidak dibenarkan melawat Tuanku Al-Sultan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura walaupun kami berada di Singapura. Selama 9 (sembilan) bulan kami tidak dibenarkan melawat Baginda Al-Sultan walaupun telah beberapa kali kami berusaha untuk melawat tapi dihalang. Begitu juga kerabat-kerabat lain, pembesar-pembesar negeri, alim ulama, panel doktor dan doktor pakar dari Malaysia tidak dibenarkan melawat Baginda Al-Sultan. Hanya yang menyokong Raja Perempuan Kelantan sahaja dibenarkan melawat. Saya juga dimaklumkan bahawa panel doktor dan jemaah ulama telah beberapa kali juga mencuba untuk melawat Baginda Al-Sultan tapi dihalang. Percubaan lawatan mereka tetap dihalang walaupun permohonan rasmi telah dibuat. Insiden halangan yang terakhir di Singapura adalah pada 3 Mac 2010. Persoalannya, mengapa panel doktor dan jemaah alim ulama ini dihalang dari melawat Baginda Al-Sultan? Adakah halangan ini adalah cubaan untuk melindungi sesuatu? Adakah pihak-pihak yang cuba melindungi tahap kesihatan Tuanku Al-Sultan? Walhal pada masa yang sama ada pihak yang mendedahkan keadaan kesihatan Tuanku Al-Sultan sehingga mengelirukan orang ramai.

4. Saya juga ada menerima maklumat tentang penggunaan khidmat bomoh untuk merawat Baginda Sultan dan ada ditemui barang-barang yang diragui dari segi hukumnya yang mungkin membawa kita terpesong dari akidah Islam.

5. Saya menghormati dan amat bersetuju dengan pendirian YAB Perdana Menteri yang hal berkaitan dengan isu Kesultanan Kelantan diselesaikan oleh Keluarga DiRaja. Janganlah kita “buka pekung di dada” sebagaimana selama ini dibuat oleh setengah pihak yang sering saja bertindak tanpa berfikir kesan dan akibat dari perbuatan beliau. Saya cukup kagum dengan YMM Pemangku Raja Kelantan yang mengambil langkah untuk mendiamkan diri dalam menangani isu kesihatan Tuanku Al-Sultan supaya ianya tidak mengaibkan adinda saya. Saya cukup terasa aib di atas tindakan Raja Perempuan Kelantan yang menganjurkan ‘Majlis Mesra Bersama Anak Yatim’ baru-baru ini dengan memaksa adinda saya supaya berkaraoke dalam keadaan kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan. Sepatutnya majlis itu diadakan dalam bentuk keagamaan seperti bacaan ayat suci Al-Qur'an.

6. Saya juga berharap agar kita dapat memberi kepercayaan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan yang melaksanakan apa yang terbaik untuk keluarga DiRaja Kelantan. Terimalah hakikat bahawa semua ini adalah takdir Allah s.w.t. dan terimalah qada dan qadar-Nya. Rakyat sudah kenal perangai Raja Perempuan Kelantan, Tengku Temenggung dan kerabat-kerabat yang lain. Kita kembalilah kepada kehendak agama Islam dan fasal-fasal dalam perlembagaan. Kuasa yang ada pada manusia adalah sementara hanya kuasa Allah s.w.t. jua yang kekal abadi. Ingatlah bahawa umur kita semakin singkat dan akan kembali kepada-Nya jua. Jangan ingat bahawa Tuhan itu tidak adil dan hanya berpihak kepada kita seorang. Allah mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Semua yang kita ada adalah milik Allah dan di bawah kuasa-Nya dan kita tidak boleh sentiasa hidup dalam khayalan dan sentiasa mahu dipuji.

7. Marilah kita kembali bersatu di bawah YMM Pemangku Raja Kelantan yang berusaha untuk menyelamatkan keluarga DiRaja Kelantan dengan bimbingan dan panduan oleh alim ulama dan pemimpin-pemimpin negara kita berlandaskan hukum hakam dan undang-undang yang diterima pakai.

YBM Dato’ Hajjah Tengku Rozan Binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra
Istana Negeri
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Diedarkan di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur

Bertarikh: 09 Mei 2010

2. KENYATAAN AKHBAR YANG BERHORMAT MULIA DATO’ HAJJAH TENGKU SALWANI BINTI AL-MARHUM SULTAN YAHYA PETRA

ISTANA NEGERI
KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamu’alaikum w.b.t.

1. Saya yang juga kekanda KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan amat bersetuju dengan kenyataan kekanda saya, YBM. Dato’ Hajjah Tengku Rozan. Saya merasa amat sedih dengan apa yang berlaku dalam keluarga saya kebelakangan ini. Ini berlaku kerana ada pihak yang tidak mahu terima hakikat dan takdir Ilahi, di mana kuasa yang kita ada tidak akan berkekalan sekiranya kita melaksanakan ikut perasaan dan dipengaruhi syaitan.

2. Berilah kepercayaan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan yang mempunyai kuasa di bawah undang-undang pada waktu ini. YMM Pemangku Raja Kelantan telah menderita lebih dari 9 tahun di mana Baginda telah diberi pelbagai tekanan dan dibuat semacam robot, walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun tapi masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak. Syukurlah, pada hari ini YMM Pemangku Raja Kelantan telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dan matang dalam menangani krisis yang berlaku kini. YMM Pemangku Raja Kelantan bertindak matang dengan merujuk sesuatu perkara kepada pakar dalam bidang yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berhati-hati.

3. Saya yakin perkara ini akan selesai jika setiap dari kita mengikut nasihat YAB Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin negara kita yang mahu agar perkara ini diselesaikan dalam kekeluargaan. YMM Pemangku Raja Kelantan sentiasa bertindak adil dan tenang dalam menghadapi tindakan mahkamah ke atas Baginda. Ianya hanya dengan mempertahankan diri dan tidak memulakan sesuatu tindakan.

4. Tambahan pula, pada 04 Mei 2010, KDYMM Tuanku Al-Sultan telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, walaupun pada asalnya Baginda hendak dibawa ke Singapura. Mengikut prosedur, rawatan dan pemeriksaan hendaklah dibuat oleh pakar dalam negara terlebih dahulu sebelum rawatan susulan dapat dibuat di luar negara.

5. Di HUSM, Raja Perempuan Kelantan yang mengawal orang yang keluar masuk untuk menziarahi Tuanku Al-Sultan, malah ada anggota polis, doktor dan kakitangan HUSM serta Hospital Raja Perempuan Zainab II telah dimaki hamun dan dikasari oleh pihak tertentu, terutama oleh kuncu-kuncu Raja Perempuan Kelantan. Saya difahamkan, ada kakitangan yang terlibat telah membuat laporan polis.

6. Saya difahamkan bahawa YMM Pemangku Raja Kelantan mengeluarkan titah arahan kepada polis untuk mengawal bilik rawatan Tuanku Al-Sultan dan meminta supaya mereka yang membuat kecoh dan memaki hamun di bilik rawatan Tuanku Al-Sultan supaya tidak berada dalam bilik rawatan tersebut. Pihak polis menjalankan arahan untuk menjamin keselamatan dan rawatan yang sempurna dapat diberikan kepada Tuanku Al-Sultan. Nama yang diberikan kepada polis adalah nama yang dijangka tidak mengakibatkan huru hara. Nama yang lain boleh dibenarkan, tetapi perlu mendapat kebenaran YMM Pemangku Raja Kelantan terlebih dahulu.

7. Raja Perempuan Kelantan tidak membenarkan orang-orang yang tidak dipercayainya, juga tidak membenarkan doktor-doktor pakar dan alim ulama, menziarahi tuanku. Apa yang berlaku pada 04 Mei 2010, Raja Perempuan Kelantan dan YBM Tg. Merjan telah berada di luar Wad DiRaja HUSM selama satu jam kerana pada masa berkenaan YMM Pemangku Raja Kelantan berada di dalam wad Tuanku. Pihak polis menerima arahan pada waktu itu supaya tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke wad Tuanku. Semasa titah arahan diberikan, Raja Perempuan Kelantan pulang ke Istana Mahkota untuk tujuan-tujuan yang beliau sahaja yang tahu. Arahan diberikan kepada pihak polis untuk mengawal hanyalah kerana sikap beberapa orang yang memaki hamun pihak tertentu di dalam wad Tuanku. Inilah puncanya Tuanku menjadi ‘stress’ kerana gangguan daripada orang-orang tertentu yang melawat Tuanku.

8. Saya yakin ada maklumat mengenai orang-orang yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata sinis kepada pegawai–pegawai dan pihak polis, termasuklah kakitangan HUSM dan kakitangan kerajaan. Saya amat berharap agar perkara ini dapat didedahkan kepada umum jika keadaan memerlukan. Hormatilah penjawat-penjawat awam dan anggota polis yang bertungkus-lumus menjaga Tuanku Al-Sultan dari dulu hingga sekarang. Janganlah mereka ini dimaki hamun dan dihambur dengan kata-kata sinis. Sepatutnya mereka ini dihargai dan dihormati sebagai manusia yang menjalankan tugas dan menghambakan diri untuk Tuanku Al-Sultan.

9. Hal ini sama seperti keadaan di Singapura pada 03 Mac 2010, pada jam 8.00 malam hingga 10.30 malam, bila alim ulama dan beberapa ahli panel doktor pakar naik ke tingkat 5 Wad Tuanku Al-Sultan di Hospital Mount Elizabeth, mereka telah dihalau oleh pengawal peribadi yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

10. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk rawatan di Singapura mulai 24 Mei 2009 hingga 3 Mac 2010. Perbelanjaan ini pun saya fikir dibuat dengan tidak mengikut prosedur kerana tanpa pengesahan dan pengesyoran oleh pakar dalam negara sebelum dibawa ke luar negara.

11. Sebagaimana kekanda saya, saya juga hairan mengapa Raja Perempuan Kelantan tidak membenarkan pakar-pakar dalam negara membuat rawatan sedangkan pakar-pakar tersebut ada kepakarannya, malah doktor yang merawat Baginda Sultan di Singapura juga berasal dari negara ini. Malahan penyakit yang menimpa Tuanku Al-Sultan adalah kes biasa yang sering berlaku di negara kita dan pakar-pakar di Malaysia juga mempunyai cukup pengalaman untuk merawatnya.

12. Di sini juga saya ingin memaklumkan bahawa pada 07 Mei 2010, panel doktor telah mengadakan satu sesi lawatan terhadap Tuanku Al-Sultan di HUSM untuk membuat penilaian tahap kesihatan Tuanku Al-Sultan. Panel doktor ini pada mulanya dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ianya diubah dengan penambahan panel doktor pakar yang baru dilantik oleh Kementerian Kesihatan.

13. Marilah kita kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t. InsyaAllah kita akan kembali kepada-Nya, di mana umur kita telah melebihi 60 tahun. Allah mengetahui apa yang kita buat dan rakyat menghakiminya. Jangan anggap rakyat jelata tidak mengetahui jika ada penyelewengan yang kita lakukan. Kembalikan hak rakyat jika ada yang kita tersilap uruskan. Ingatlah pesan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan, bahawa pihak kita mestilah sentiasa mengikut peraturan dan undang-undang.

14. Hormatilah orang yang telah menghambakan diri kepada Institusi Kesultanan Kelantan, mereka juga insan seperti kita.

YBM Dato’ Hajjah Tengku Salwani Binti Al-Marhum Sultan Yahya Petra
Istana Negeri
Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan

Diedarkan di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur
Bertarikh: 09 Mei 2010
Lesen pertaruhan sukan telah diluluskan kepada Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari tahun ini, dengan syarat perkhidmatan ini hanya terhad kepada kawasan majoriti bukan Islam, malah tiada pertaruhan melalui internet dibenarkan.
Demikianlah khabar yang dipetik oleh The Star, melaporkan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd yang dikuasai usahawan tempatan Vincent Tan telah memperolehi lesen pertaruhan sukan sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, lesen ini diluluskan dengan beberapa syarat, misalnya hanya 200 daripada 680 pusat pertaruhan BToto yang terletak dalam kawasan majoriti bukan Islam dibenarkan menawarkan perkhidmatan ini. Selain itu, pusat pertaruhan wajib memaparkan papan tanda yang membenarkan hanya bukan Islam dan orang dewasa untuk masuk menaruh. Pada masa yang sama, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menawar perkhidmatan pertaruhan melalui internet.
Malah, sumber maklumat memaklumkan, selepas memperolehi lesen pertaruhan sukan pada 13 Januari, Ascot Sports telah mula bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan ini. Namun, perkhidmatan ini dijangka akan bermula pada Ogos atau September. Jadi, ia mungkin terlepas peluangnya untuk Piala Dunia Bola Sepak di Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun ini.
Lesen diberikan semasa zaman Mahathir
Sebagaimana yang difahamkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports secara tidak rasmi. Ini kerana syarikat ini pernah dua kali memperolehi lesen yang hampir sama sebelum ini, tetapi ditamatkan kerajaan pada akhirnya. Jadi, syarikat ini memiliki kelebihan untuk memperolehi lesen seandainya perjudian sukan dihalalkan.
Pada tahun 1987, Ascot Sports telah memperolehi lesen pertaruhan sukan yang pertama daripada kerajaan terdahulu. Walau bagaimanapun, setelah beroperasi untuk setahun lebih, syarikat tersebut telah memulangkan lesen itu kepada kerajaan pada tahun 1990 sebagaimana yang diminta. Kementerian Kewangan bersetuju untuk mendahulukan Ascot Sports dalam pertimbangannya jikalau berniat untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan pada masa depan.
Ascot Sports telah memperolehi semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa kerajaan masih diterajui Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dengan alasan bahawa pertaruhan sukan adalah haram.
Amaun pertaruhan haram setinggi RM20 bilion
Bagaimanapun, kerajaan perlu berdepan dengan satu realiti, iaitu amaun pertaruhan sukan yang haram di Malaysia mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun. Seandainya kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan dengan mekanismenya, maka ia akan mengundang pendapatan cukai yang beratus juta untuk kerajaan.
Menurut perangkaan yang tidak rasmi, amaun perjudian haram yang dipertaruhkan orang tempatan melalui bookie dan sindiket luar negeri mencecah RM 20 bilion setiap tahun. Menurut laporan analisis CIMB Research, amaun pertaruhan sukan mencecah RM 8 bilion setahun, setelah ditolak jumlah yang dipertaruhkan oleh mereka yang diharam untuk berjudi, termasuk golongan belum dewasa dan umat Islam.
Menurut seorang penganalisa, kerajaan di seluruh dunia cenderung untuk menyekat perkembangan perjudian haram melalui pengawalan, malah mendapat cukai sampingan dengan pendekatan sedemikian. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, negara Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Singapura, masing-masing mengubahsuai rangka undang-undangnya, agar aktiviti perjudian haram boleh dikawal.
Malah, pengamal dalam bidang perjudian tempatan menganggap bahawa kemudahan internet telah membawa aktiviti perjudian ke setiap rumah. Pasaran pertaruhan sukan tempatan mungkin boleh terkawal seandainya kerajaan meluluskan lesen pertaruhan sukan.
1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h:
“Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).
Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud)
“Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.
3. Judi sama ada ‘dilesankan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.
4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.
5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.
6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘taukeh’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!
7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

MAKIN DIUJI MAKIN DISANJUNG.

Inilah sikap seorang ulil amri yang soleh dan beriman kepada Allah yang tidak mementingkan perbezaan kedudukan dan paling disayangi rakyat terbanyak. Sang Gurkha begitu bangga kerana mempunyai seorang pemerintah yang berjiwa rakyat serta suka mengamalkan sunnah nabi dan berdamping dengan orang - orang miskin.

Adakah rakyat negeri lain bertuah seperti rakyat Kelantan mempunyai seorang pemerintah negeri yang beriman dan bertaqwa seperti YMM Pemangku Raja Kelantan yang terkenal kesiqahannya di seluruh negara?



Kelantan telah diuji dengan pelbagai ujian bagi mematangkan perjalanan kehidupan pada masa akan datang. Tidak terkecuali juga isu yang menimpa Istana Kelantan khususnya YMM Pemangku Raja Kelantan yang paling dikasihi rakyat. Setiap isu yang menimpa baginda dan keluarga baginda diikuti dengan sedekat - dekatnya oleh hamba rakyat terbanyak. Ini kerana rakyat terlalu menyayangi dan menjunjung kasih taat setia kepada YMM Pemangku Raja Kelantan.

Sehubungan dengan itu, Sang Gurkha ingin merakamkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas anugerah kekuatan dalaman yang dilimpahkan ke atas YMM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sehingga membolehkan Baginda mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif bagi menyelesaikan kemelut yang telah melingkari Istana Kelantan selama ini.

Sesungguhnya kesediaan YMM Pemangku Raja Kelantan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda oleh Perlembagaan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan titah-titah diraja (royal decrees) kepada pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan kemelut ini amatlah disanjung oleh seluruh lapisan rakyat Kelantan yang telah sekian lama menanti-nantikannya.

Ketegasan YMM Pemangku Raja Kelantan di dalam menjaga nama baik institusi kesultanan Kelantan dari dicemari sangat menggembirakan rakyat Kelantan yang sebelum ini sudah sedia menyanjungi Baginda di atas sifat-sifat ketaqwaan, keadilan, kerendahan hati, ketinggian ilmu dan keprihatinan terhadap masalah rakyat jelata yang sentiasa ditunjukkan oleh Baginda.

Berhubung dengan ketaqwaan Baginda khususnya, tidak perlulah dinyatakan lagi betapa kasihnya ahli-ahli jemaah Masjid Muhammadi terhadap YMM Pemangku Raja Kelantan di atas kekerapan Baginda berjemaah di masjid itu sehingga ada di antara mereka yang tanpa segan silu terus sahaja menggelarkan Baginda dengan panggilan “al-malikul saleh” (raja yang soleh).

Betapa dekatnya Baginda dengan Allah juga dapat disaksikan apabila pernah, ketika malam sudah begitu larut, sewaktu berkereta meninjau keadaan Bandar Kota Bharu, YMM Pemangku Raja Kelantan menitahkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Dato’ Ahmad Mahmood, supaya menjaga baik-baik Masjid Muhammadi kerana “masjid ini masjid kita”.

Di dalam konteks inilah maka rakyat Kelantan amat memahami bahawa ketegasan YMM Pemangku Raja Kelantan kali ini sudah semestinya dipandu oleh pertimbangan rasional dan petunjuk Ilahi. Keluar dari seorang yang mempunyai jiwa yang amat lembut, mereka percaya keputusan ini dibuat dengan berat hati oleh Baginda setelah segala pilihan lain tidak berhasil.

Percayalah, rakyat Kelantan tetap akan berdiri teguh di belakang YMM Pemangku Raja Kelantan di dalam menghadapi kemelut ini. Mereka cukup memahami betapa remuknya hati Baginda bila Baginda langsung tidak diizinkan untuk bersua muka secara bersendirian dengan ayahanda tersayang semenjak ayahanda Baginda dibawa pulang dari Singapura pada 4 Mac 2010.

Sesungguhnya rakyat Kelantan tidak akan sesekali terpengaruh dengan tohmahan segelintir pihak bahawa YMM Pemangku Raja Kelantan telah berlaku kejam ke atas ayahanda Baginda dengan menghalang pemergian ayahanda Baginda ke Singapura pada 4 Mei 2010 kerana mereka tahu kerana Baginda terlalu kasihkan ayahanda Bagindalah maka Baginda berbuat demikian.

Anak manakah yang tidak sayu hatinya melihatkan ayahandanya yang kegeringan diusung ke sana ke mari di dalam keadaan tidak berdaya oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka? Sesiapa pun yang berada di tempat YMM Pemangku Raja Kelantan sudah pasti tidak akan tergamak membiarkan ayahandanya diperlakukan sebegitu.

Sehubungan dengan usaha untuk membawa KDYMM Tuanku Ismail Petra ke Singapura pada 4 Mei 2010, timbul pertanyaan mengenai motif sebenar ia dibuat kerana sewaktu Baginda dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac 2010 beberapa kenyataan telah dibuat bahawa Baginda kini hanya perlu menjalani rawatan susulan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian, sahaja.

Berasaskan kepada beberapa kenyataan pihak-pihak tertentu pada waktu itu, rakyat Kelantan diyakinkan bahawa KDYMM Tuanku Ismail Petra akan kembali sembuh setelah menjalani rawatan susulan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian, dan langsung tidak berbangkit pada waktu itu persoalan mengenai keperluan untuk Baginda dibawa kembali ke Singapura.

Sebab itulah beberapa pertanyaan timbul di kalangan rakyat Kelantan apabila perkhabaran bahawa KDYMM Tuanku Ismail Petra akan dibawa kembali ke Singapura untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth tiba-tiba muncul: Apakah keadaan kesihatan Baginda semakin teruk? Tidak bolehkah pakar perubatan di sana diterbangkan ke sini sahaja?

Kami percaya persoalan mengapa KDYMM Tuanku Ismail Petra tiba-tiba sahaja mahu dibawa kembali ke Singapura ini boleh dirungkaikan jika kita dapat menyemak apa-apa peristiwa signifikan yang berlaku di antara tarikh kepulangan Baginda ke Kelantan, iaitu pada 4 Mac 2010, dan tarikh usaha untuk membawa Baginda ke Singapura dibuat, iaitu pada 4 Mei 2010.

Terselit di antara pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam tempoh ini ialah ziarah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, ke atas KDYMM Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 23 April 2010, dan kami percaya bahawa Peguam Negara mungkin sahaja telah menyampaikan apa-apa perutusan kepada pihak-pihak tertentu di dalam ziarahnya itu.

Persoalan apa perutusan yang mungkin telah disampaikan oleh Peguam Negara kepada pihak-pihak tertentu ini juga boleh dirungkaikan jika kita dapat mengenal pasti isu sebenar di sebalik kemelut yang telah melingkari Istana Kelantan selama ini. Jika diamat-amati, adalah amat jelas bahawa isunya hanya satu sahaja, iaitu status sebenar kesihatan KDYMM Tuanku Ismail Petra.

Perlu diingati bahawa setelah KDYMM Tuanku Ismail Petra mengalami kegeringan, Kerajaan Kelantan telah melantik satu panel enam pakar perubatan untuk membuat penilaian status kesihatan Baginda. Pakar-pakar perubatan ini adalah terdiri daripada:
1. Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed: Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.
2. Prof Dato’ Dr Wan Mohamad Wan Bebakar: Profesor Perubatan dan Ketua Jabatan Endokrin, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
3. Prof Madya Dr Kamaruddin Jaalam: Pensyarah Perubatan dan Penyelaras Fasa III, Jabatan Anestesiologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
4. Dato’ Dr Md Hanip Rafia: Ketua Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
5. Dato’ Dr Rosli Mohd Ali: Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
6. Dr Rosemi Salleh: Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, pula, di samping turut memperakui enam pakar perubatan yang telah dilantik oleh Kerajaan Kelantan ini, turut memasukkan empat lagi pakar perubatan tambahan ke dalam panel ini. Pakar-pakar perubatan ini adalah terdiri daripada:
1. Dato’ Dr Suam Singh a/l Jasmit Singh: Ketua Jabatan Psikiatri, Hospital Bahagia, Perak.
2. Dr Badi’ah Yahya: Pakar Perubatan Psikiatri, Hospital Permai, Johor.
3. Prof Madya Dr Teoh Hsien Jin: Pakar Psikologi, Sunway University College, Petaling Jaya, Selangor.
4. Nooraini Darus: Pegawai Psikologi Klinikal, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Di dalam cubaan pertama mereka untuk menemui KDYMM Sultan Kelantan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan untuk membuat penilaian status kesihatan Baginda ini malangnya telah tidak dibenarkan berbuat demikian menyebabkan laporan yang mereka sediakan pada 24 Disember 2009 dipertikaikan.

Sebelum KDYMM Sultan Kelantan dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac 2010, pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan ini telah sekali lagi cuba menemui Baginda di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada 3 Mac 2010, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Malah, sehari sebelumnya, iaitu pada 2 Mac 2010, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, sendiri cuba menemui KDYMM Sultan Kelantan di tempat yang sama, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Setelah KDYMM Sultan Kelantan dibawa pulang ke Kelantan pula, gabungan pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Malaysia telah cuba menemui Baginda di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 10 April 2010, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Bukan setakat itu sahaja, cubaan YMM Pemangku Raja Kelantan dan YAB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendapatkan laporan-laporan perubatan KDYMM Sultan Kelantan dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada 15 Januari 2010 juga telah ditolak oleh ketua pegawai eksekutif hospital itu, iaitu Dr Kelvin Loh, pada 1 Februari 2010.

Halangan demi halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu dan kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pakar-pakar perubatan di dalam menentukan status sebenar kesihatan KDYMM Tuanku Ismail Petra menimbulkan satu persoalan besar kepada seluruh rakyat jelata: Apakah ada apa-apa perkara yang cuba disembunyikan dari pengetahuan mereka?

Sebagai seorang Sultan, KDYMM Tuanku Ismail Petra bukanlah sekadar menjadi milik peribadi sesiapa sahaja kerana Baginda juga sebenarnya adalah menjadi milik seluruh rakyat jelata. Pakar-pakar perubatan sepatutnya dibenarkan menemui Baginda supaya rakyat jelata dapat memperolehi maklumat tepat mengenai status sebenar kesihatan Baginda dari masa ke semasa.

Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa pihak-pihak tertentu berada di dalam ketakutan untuk membenarkan pakar-pakar perubatan menemui KDYMM Tuanku Ismail Petra sedangkan, jika mereka benar-benar ikhlas, mereka sepatutnya membuka ruang seluas-luasnya kepada pakar-pakar perubatan ini, mahupun kepada pakar-pakar lain, untuk berbuat demikian.

Selain untuk memastikan rawatan susulan terbaik dapat diberikan kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra, tindakan membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda juga adalah amat penting sekali kerana keengganan pihak-pihak tertentu berbuat demikian inilah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya insiden-insiden yang menjejaskan keharmonian di dalam negeri.

Berbalik kepada ziarah Peguam Negara ke atas KDYMM Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 23 April 2010, kami percaya bahawa Peguam Negara mungkin sahaja telah meminta pihak-pihak tertentu untuk membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda di dalam tempoh yang ditetapkan atau untuk menghadapi tindakan undang-undang.

Sama ada motif sebenar usaha untuk membawa KDYMM Tuanku Ismail Petra ke Singapura ini adalah untuk tidak membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda, untuk melarikan diri dari dikenakan tindakan undang-undang atau untuk apa sahaja tujuan lain, seluruh rakyat Kelantan tetap berdiri teguh di belakang YMM Pemangku Raja Kelantan yang mereka kasihi.

Semua pihak perlulah menerima dengan tenang takdir Ilahi ini. YMM Pemangku Raja Kelantan sendiri tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai anak lelaki pertama kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra, sebagai Tengku Mahkota dan sebagai Pemangku Raja, tetapi apabila Allah mentakdirkan ia berlaku maka adalah menjadi tanggungjawab Baginda untuk menerimanya.

Usahlah digentari akan cubaan mana-mana peguam untuk mencabar kesahihan tindakan YMM Pemangku Raja Kelantan. Segala tindakan Baginda ini adalah didasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda oleh Perlembagaan Negeri Kelantan di mana titah-titah diraja (royal decrees) adalah bersifat mengikat (binding) kepada pihak-pihak yang menerimanya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar mengurniakan YMM Pemangku Raja Kelantan dengan ketabahan untuk menghadapi detik-detik yang paling mencabar di dalam kehidupan Baginda ini. Semoga Baginda tetap tenang menghadapi segala tekanan yang maha hebat, termasuklah laporan mengenai kewujudan komplot untuk membunuh Baginda, ini.

Percayalah, kebenaran akan muncul juga akhirnya.

Hanya kepada Allah kita menyerahkan diri kita.



A. Petikan kenyataan media Pengelola Istana DiRaja, Dato’ Abdul Halim Hamad, pada 5 Mei 2010:

“YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengeluarkan titah arahan kepada YDH Dato’ Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan KDYMM Tuanku Al-Sultan perlulah mendapat ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan. YDH Dato’ Ketua Polis Kelantan juga dititah untuk memastikan keselamatan KDYMM Tuanku Al-Sultan diberi perhatian berat dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya keadaan memerlukan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan Baginda. Berdasarkan titah-titah arahan tersebut maka, bermula pada 4 Mei 2010, pihak polis telah mempertingkatkan kawalan. Ini disebabkan peristiwa yang berlaku minggu lepas.”

“KDYMM Tuanku Al-Sultan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 4 Mei 2010. Baginda sedang dirawat oleh pakar di HUSM. Baginda telah dibawa ke HUSM dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan dan Kerajaan Negeri untuk rawatan dan tindakan selanjutnya. Sebelum pada ini, pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan KDYMM Tuanku Al-Sultan.”

“YMM Pemangku Raja Kelantan amat prihatin dan amat menyayangi KDYMM Tuanku Al-Sultan dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan dan kesejahteraan KDYMM Tuanku Al-Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan ‘tubing’.”

B. Petikan laporan akhbar The Malay Mail pada 5 Mei 2010:

“Police believe the attempted murder on a Kelantan palace guard last Friday was part of a conspiracy to assassinate Kelantan Regent, Tengku Muhammad Faris Ismail Petra. The Malay Mail was informed that it was for this reason that police detained the Regent's younger brother, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry, and his bodyguards outside Istana Mahkota in Kubang Kerian about 7.30pm yesterday. Muhammad Fakhry and his bodyguards were released later but police seized firearms found on them. The Malay Mail was also informed that investigations into the shooting of 50-year-old palace guard, Ramli Mohamed, revealed that he was targeted as he knew of the alleged assassination plot.”

“Polis percaya cubaan membunuh ke atas seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan Jumaat lalu adalah sebahagian daripada satu konspirasi untuk membunuh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Ismail Petra. The Malay Mail dimaklumkan bahawa atas sebab inilah maka polis menahan adik lelaki Pemangku Raja, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry, dan pengawal-pengawal peribadi beliau di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian pada kira-kira pukul 7.30 malam semalam. Muhammad Fakhry dan pengawal-pengawal peribadi beliau dibebaskan kemudiannya tetapi polis merampas senjata-senjata api yang ditemui pada mereka. The Malay Mail juga dimaklumkan bahawa siasatan-siasatan terhadap penembakan ke atas pengawal keselamatan berusia 50 tahun, Ramli Mohamed, menunjukkan bahawa dia dijadikan sasaran kerana dia mengetahui tentang dakwaan plot pembunuhan itu.”


KOTA BARU, 5 Mei — Dakwaan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang ditarik dari kereta seperti ‘lembu’ akan dibawa ke Dewan Rakyat, bulan depan.

“Ya… saya diberitahu tentang perkara itu, tapi sekarang ini saya tak boleh komen panjang mengenainya lagi sebab saya perlu tumpukan dulu pada tugas saya yang datang hari ini iaitu untuk sediakan afidavit,” katanya.

“Saya mesti kena jaga etika peguam,” katanya yang turut berada di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan hari ini berhubung perkembangan krisis Istana Kelantan semalam ". Ringkasan ucapan peguam Gobind Sing Deo.

Pada pendapat SaNG Gurkha, adalah tidak patut bagi peguam Gobind Sing Deo mempersoalkan tindakan unit tindakan khas semasa cuba untuk membawa Tuanku Sultan ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ), Kubang Kerian dari Istana Mahkota semalam kerana ini adalah masalah dalaman keluarga Diraja Kelantan dan tidak patut dipolitikkan oleh peguam tersebut. Ini berikutan kes tembak adik Aminulrasyid, maka cuba untuk mengeruhkan suasana lagi dengan membangkitkan isu keluarga Diraja Kelantan seperti kejadian yang menimpa Adik Aminulrasyid.

Beliau perlu ingat, seorang pembantu pengawal peribadi Istana Kelantan telah ditembak dan mengalami cedera parah. Jadi keselamatan DYMM Al Sultan Kelantan dan Pemangku Raja Kelantan perlu dipertingkatkan semaksima mungkin bagi mengekang cubaan dan tentangan puak - puak penderhaka kepada Sultan Kelantan.

Beliau juga mesti ingat bahawa bukan semua peristiwa yang berlaku mesti dipolitikkan, jangankan sebab sikap prejudis kepada pihak polis maka segala isu yang boleh dipolitikkan akan digunakan. Ini juga akan menunjukkan bahawa beliau telah mempertikaikan kewibawaan dan kebijaksanaan YMM Pemangku Raja Kelantan yang telah menitahkan beberapa titah arahan kpd YDH Ketua Polis Kelantan.





KOTA BAHARU, 5 Mei — Polis diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berikutan kejadian seorang pengawal keselamatan istana ditembak Sabtu lepas.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin.

Ini berikutan insiden pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu. Beliau yang lebih Sang Gurkha kenali sebagai Abg Ramli, seorang yang suka berterus terang serta berani menegakkan kebenaran dan seorang yang menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada YMM Pemangku Raja Kelantan

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung. Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut. Sebelum ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok (hari ini)dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

Diharap rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kelantan khasnya supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan “tubing”, iaitu makan melalui tiub.

Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya, kita sebagai rakyat Kelantan boleh menilai peribadi dan jasa - jasa YMM Pemangku Raja Kelantan untuk melihat ayahanda baginda kembali sihat dan negeri Kelantan terus berkembang maju, Insyaallah.
Larangan Meninggalkan Keahlian Memanah Setelah Mempelajarinya

Dari 'Abdurrahman bin Syimamah bahwa Fuqaim al-Lakhmi berkata kepada 'Uqbah bin 'Amir r.a, "Untuk apa engkau mondar mandir antara dua sasaran ini sementara engkau sudah berusia lanjut lagi pula hal itu sangat menyusahkanmu?" 'Uqbah berkata, "Kalau bukan karena perkataan yang aku dengar dari Rasulullah saw. niscaya aku tidak melakukannya!"

Al-Harits berkata, "Aku bertanya kepada Ibnu Syimamah, perkataan apa itu?" la menjawab, 'Uqbah berkata, "Barangsiapa mahir memanah kemudian ia meninggalkannya, maka ia bukan dari golonganku atau ia telah berbuat durhaka," (HR Muslim [1919]).

Kandungan Bab:

1. Larangan keras melupakan ilmu memanah setelah mempelajarinya.

An-Nawawi berkata dalam Syarh Shahih Muslim (XIII/65), "Ini merupakan ancaman keras melupakan keahlian memanah setelah mempelajarinya, hukumnya sangat makruh bagi yang meninggalkannya tanpa udzur."

Al-Munawi berkata dalam Faidhul Qadiir (VI/181), "Barangsiapa mengetahui ilmu memanah kemudian ia meninggalkannya, maka ia bukanlah orang yang berakhlak dengan akhlak Islam, bukan termasuk orang yang mengamalkan Sunnah Nabi atau ia tidak ada hubungannya dengan kaum Muslimin dan tidak termasuk golongan mereka. Ini lebih berat daripada orang yang tidak mempelajarinya, karena ia tidak termasuk dalam golongan mereka. Adapun orang ini telah masuk golongan mereka kemudian keluar. Seolah-olah ia melecehkannya. Dan termasuk mengkufuri nikmat yang sangat penting ini. Oleh karena itu, sangat makruh hukumnya disebabkan ancaman yang sangat keras tersebut."
2. Anjuran mempelajari ilmu memanah, berlomba memanah dan adu keberanian serta serius menekuninya karena hal itu termasuk bukti keinginan diri untuk berjihad fi sabilillah. Dan juga ilmu tersebut dapat melumpuhkan musuh dan termasuk sebaik-baik alat bantu dalam peperangan meskipun jihad belum lagi hidup sekarang ini di tengah ummat. Sebagaimana disebutkan dalam hadits 'Uqbah bin Amir r.a, ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Akan dibukakan untuk kalian negeri-negeri dan Allah akan memenangkan kalian, maka janganlah kalian merasa lemah untuk bermain dengan panah-panahnya'," (HR Muslim [1918]).

Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 2/472-473.



Sifat bermurah hati baginda dizahirkan dengan mengurniai sumbangan Diraja kepada keluarga - keluarga miskin di setiap daerah yang baginda lawati.Ini membuktikan lagi sifat murah hati baginda yang cakna kepada rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmat, kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada YMM Pemangku Raja Kelantan



Pada 30 April 2010, iaitu hari Jumaat, Pondok Pasir Tumboh, di Terusan Pasir Tumboh menerima kunjungan Diraja. Kasih diraja yang ditunjukkan seorang pemerintah negeri sebagaimana yang ditunjukkan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan terhadap mudir pondok yang terbesar di negeri Kelantan. Sifat mesra rakyat yang telah ditunjukkan oleh baginda menyebabkan rakyat terbanyak semakin sayang dan menyatakan ketaatan taat setia tidak berbelah bahagi kepada YMM Pemangku Raja Kelantan.

Rasa terpegun dengan berlatar belakangkan kiblat umat Islam iaitu di bumi berkat Makkah Al Mukarramah. Terasa diri ini begitu kerdil dengan dosa dan noda yang begitu banyak apabila berhadapan dengan Kaabah. Dipohon supaya Sang Gurkha dapat menjejakkan ke bumi Madinah dan Makkah
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

“Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula.

"Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)