Sang Gurkha berpendapat bahawa hanya 2 orang sahaja yang memepunyai autoriti untuk memberikan kenyataan media rasmi dan bertulis bagi mewakili Istana Kelantan, tambahan pula sebarang kenyataan mesti terlebih dahulu dimaklumkan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan.

2 orang seperti yang dimaksudkan tadi ialah Dato' Seri Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Dato' Pengelola Istana Kelantan. Mana - mana pihak selain daripada mereka ini tidak berhak dan layak untuk mengeluarkan apa - apa kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis bagi mewakili mana - mana pihak sama ada pihak Istana Kelantan dan kerajaan negeri.

Sang Gurkha juga berpendapat mereka - mereka yang mengeluarkan kenyataan media untuk mengkritik dan menghentam kerajaan negeri adalah tuduhan yang tidak berasas, prejudis dan khianat.

Sepatutnya YMM Pemangku Raja Kelantan yang memangku tugas - tugas Sultan Kelantan yang menitahkan kenyataan media sesuai dengan kedudukan dan kuasa baginda berasaskan fasal - fasal yang termaktub dalam Undang - Undang Tubuh Negeri. Tetapi dilihat semacam ada satu pakatan atau konspirasi peringkat tertinggi negeri yang mahu mengeruhkan suasana dan melaga -lagakan antara kerajaan negeri dengan pihak istana dan menyebabkan rakyat jadi keliru dengan keadaan semasa dan akan meragui kebijaksanaan kerajaan negeri dalam menangani isu ini.

Comments (0)