تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.
Betapa hati seorang pejuang itu memerlukan bekalan, yakni madah-madah zikrullah yang memberi
makan kepada hati, memberi kekuatan pada jasad, membekalkan ilmu pada aqal, melancarkan lisan
yang berbicara, menggerakkan jasad di dalam amalnya mencetuskan natijah yang membawa ke syurga...

Buka hati..ayuh tadabbur...Bismillahirrahmaanirrahim...


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Al-Baqarah : 186)

ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَىٰ طَائِفَةً مِنْكُمْ ۖ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَلْ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ مِنْ شَيْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَاهُنَا ۗ قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَىٰ مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (ali-Imran : 154)

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا


Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (an-nissa' : 108)


أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maidah : 74)

أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ وَأَنَّ اللَّهَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ


Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?
(at-taubah : 78)

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (at-taubah : 129)

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (ar-ra'd : 11)

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنْشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ

Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, yg memberikan ketakutan dan memberi harapan dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). (ar-ra'd : 12)


وَالضُّحَىٰ

Demi waktu Dhuha;
وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ


Dan malam apabila ia sunyi-sepi;

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ


Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?


Betapa manusia itu lemah tanpa Rabbnya, maka Dia menyediakan bekalan yang terbaik buat khalifah-Nya.
Andai kau bingung, bukalah Al-Quran
Andai kau sedih bukalah Al-Quran
Andai kau gembira bukalah Al-Quran
Andai kau sepi bukalah Al-Quran
Andai kau sedang mencari dirimu bukalah Al-Quran
Sesungguhnya Al-Quran itu bicara cinta, warkah cinta, madah-madah cinta, kiasan-kiasan cinta
dari RAbb-Mu... Namun kita sering lupa, sering menganggapnya seperti buku agama biasa, yang berbahasa
Arab, jawi tulisannya.. Alangkah butanya kita..

Maka celikkanlah pancainderamu!
Ayuh kita hidup bersama Al-Quran
Al-Quran itu hanya akan mendedahkan rahsianya pada mereka yang menghayatinya,
membuka mata hati tatkala menuturkan kalam-kalamnya..

قُلْ أَنْزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Beberapa peristiwa di dalam hidup saya telah membawa saya dekat pada Al-Quran, merasai kehadiran
Al-Quran itu dalam hidup saya.
Saya seorang yang emosional.
Dan apabila saya melayan emosi saya, saya sering tersilap langkah kerana mengikut hawa nafsu dan baran
saya, rasional dan keimanan saya abaikan.

يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا
Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia(syaitan) itu menjadi sahabat karib!
(al-Furqan : 28)

لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا
Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).
(al-furqan : 29)

Dan kesilapan dalam langkah saya itu sering membuatkan hati saya terluka dek perbuatan sendiri.
Maka saya mengambil masa untuk menyendiri, merawat kembali hati yang tercedera.
Lalu saya membuka lembarannya, menatap satu persatu kalam-kalamnya..
Al-Quran itu telah memujuk kembali hati saya, bukanlah sebenarnya Al-Quran
itu yang memujuk, tetapi Allah. Melalui Al-Quran, Allah memujuk kembali jiwa hamba-Nya yang berdosa
ini.
Al-Quran itu hidup di dalam hati insan yang mendambakannya.
Apabila menatap Al-Quran, kita akan rasakan bahawa sebenarnya Allah tidak pernah tinggalkan kita.
Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sejahat mana kita, walau setinggi mana pun dosa kita, walau ingkarnya kita, walau lemah mana pun kita..Dia tidak pernah tinggal, tidak pernah lupa...
Al-Quran nadi keimanan, rabithah hati antara hamba dengan Tuhan..

Selayaknya saya masih belum sampai ilmunya untuk membicarakan hal-hal perihal Al-Quran ini. Saya
cuma mampu berkongsi apa yang saya rasa dan alami dalam hidup ini.
Al-Quran tidak cukup sekadar dibaca dan dihayati, tetapi diaplikasikan di dalam amalan dan kehidupan seharian..jangan kata tidak mampu, tetapi berusahalah...
wallahua'lam...

Comments (0)