Kejayaan pemerintahan UMno/BN pada setengah-setengah pendokong mereka hanyalah apabila perut mereka kenyang. Mereka menjiwai kemerdekaan laksana katak yang hidup menyerap sekitaran, mereka bergelodak hanya jika periuk nasi mereka terancam, tetapi mereka memandang sepi sebahagian keluarga mereka rosak akhlak, sebahagian penagih dadah, sebahagian periba, sebahagian perasuah dan berbagai bagai kemungkaran hanya kerana mereka sudah kenyang. Seperti anggapan songsang dan cacamerba mereka yang beranggapan kemungkaran adalah kembaran pembangunan.
Dasar yang betul mengikut akal tidak serupa dengan dasar yang betul mengikut acuan Al Quran dan Hadis . Memang semua parti yang berjuang ingin bangunkan negara dan rakyat. Ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Namun, dalam banyak parti politik itu, kalau dah terlalu lama berkuasa, dah terlalu lama di tampuk kekuasaan, mereka ingatkan semua yang dibuat itu tak boleh ditegur.
Kalau di dalam kes DSAI contoh kemuncaknya pun tak boleh ditegur, kalau dalam kes menghina Nabi Muhammad saw pun tak boleh ditegur, kalau dalam hal bailout syarikat-syarikat anak pinak dan kaum kerabat yang menggunakan wang rakyat tak boleh ditegur, maka ketika itulah kita disuruh menyatakan pendirian di dalam memilih siapa yang harus diberi mandat untuk mentadbir negara. Hakikatnya beranikah kita melakukan perubahan daripada menyatakan sokongan kepada pimpinan yang penuh korup kepada sokongan kepada pemimpin yang belum lagi terlibat dengan korupsi? Kalau pemimpin yang menggantikan itu juga korup, mereka juga akan ditolak !
Maka itulah tertegaknya hak rakyat biasa. Pastinya, kalau ada perlawanan di antara pemerintah korup hari ini dengan pembangkang, sesungguhnya kita tak mahu sekongkol dengan kejahatan mereka itu. Betul, ianya belum terkena kepada kita, sebab itu kita tidak mahu mengambil pendirian di dalam politik ini. Walhal, kalau kata kita ini seorang beragama Islam, ukhwah Islamiyah itu wajib kita pegang. Cubit paha kiri terasa sakit juga paha kanan. Kalau bukan kita yang melakukan perubahan pimpinan, apakah kezaliman yang dikenakan kepada beberapa pemimpin KeADILan. Mungkin, hari ini hari mereka dizalimi, mungkin esok, lusa atau tahun-tahun akan datang, siapa tahu. Bila dah terkena, baru nak kata itu zalim, maka ketika itu tiada siapa lagi yang akan menolong. Contohnya dapat dilihat seperti (TS Mokhtar, Rahim Noor, Dato' Sabaruddin Chik ) dan ramai lagi. Apakah mereka ini boleh hidup aman tenteram sepertimana Pak Mat di kampung yang tidak melakukan kezaliman sekalipun tidak mempunyai kekayaan...
PAS tetap berpandangan bahawa selagi hukum Allah tidak didaulatkan, selagi itulah bencana akan menimpa kita di Malaysia. Dalam hal ini usaha yang telah di bawa oleh PAS supaya syariah Islam dikuatkuasakan di dua buah negeri kelantan dan Terengganu mesti dilihat sebagai serius. Memang sejak dari awal penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi, PAS telah berhasrat untuk memerintah secara Islam. Malahan itulah di antara perbezaan pokok PAS dengan UMno dalam konteks hubungan politik kepartian di kalangan orang-orang Melayu. Walaupun benar ada kalangan perintis dan pengasas PAS berasal daripada UMno yang ditubuhkan pada tahun 1946, namun sebab-sebab mengapa mereka keluar dan turut menganggotai PAS ialah kerana dasar PAS yang amat konsisten dengan perjuangan Islamnya dari pemimpin pertamanya sehingga ke hari ini.
Umat Islam tidak boleh lupa bahawa, udara keislaman yang dapat dihirup oleh mereka pada hari ini, kelahiran ramai kalangan ustaz yang terdidik dalam aliran agama, adalah hasil perjuangan para ulama Islam lampau di Tanah Melayu. Usaha yang amat perlu kini ialah melanjutkan dakwah sehingga Islam terlaksana sepenuhnya dan sehingga seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam, memahami dan menerima kaedah pemerintahan Islam.
Renjatan psikologi atau trauma yang menghantui minda umat melayu islam ialah phobia bahawa “hukum Islam tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia mengamalkan sistem sosiopolitik dan ekonomi berteraskan masyarakat berbilang kaum.” Sebenarnya ini adalah hujah lapuk yang pernah dibawa oleh penjajah Inggeris apabila mereka berkata kepada para sultan dan ketua penghulu lampau bahawa “soal pemerintahan dan urusan pentadbiran negeri akan ditadbir oleh British dan para sultan dan penghulu hanya perlu mentadbir hal ehwal adat istiadat orang-orang Melayu dan agama Islam. Orang Melayu tidak melawan kerana bagi mereka ketika itu, mentadbir hal ehwal adat istiadat orang-orang melayu dan agama islam bererti memerintah keseluruhannya termasuk hal ehwal dan urusan pemerintahan negeri-negeri Melayu. Namun kemudiannya barulah orang-orang Melayu sedar akan falsafah divide and rule British sekaligus British berjaya melaksanakan proses sekularisasi di negeri-negeri Melayu. Satu perkara yang mesti kita pelajari ialah apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan Belanda pada tahun 1642, aspek sekularisasi itu tidaklah sehebat mana berbanding dengan pengaruh pemikiran sekular British yang masih berkekalan sehingga ke hari ini!
Inilah dilema Melayu yang sebenarnya, bukan dilema yang terhad kepada faktor penguasaan harta kekayaan di dalam negara sahaja. Pandangan Dr Mahathir dalam The Malay Dilemma, masih relevan terutama dalam aspek beberapa kritikan pedasnya terhadap sikap Melayu yang lembab dan kurang daya saing dan juga pengaruh British tetapi tidak menyeluruh kerana keseluruhan wacana yang dibicarakan hanyalah melihat dilema Melayu daripada perspektif kuasa pengeluaran ekonomi dan agihan kekayaan negara sahaja. Lagipun Malay Dilemma lahir kerana ketidakpuasan hati penulisnya terhadap orang-orang Melayu yang semakin ketinggalan dari segi nilai-nilai ekonomi dan sosial. Sebagai akibat daripada ketidakseimbangan itu, mengikut penulis, lahirlah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Justeru itu, penulis ingin membangunkan bangsa Melayu atas sebab-sebab kemelayuan, bukan untuk membangunkan umat Islam atas sebab-sebab Islam. Di dalam pembangunan Insan, keperluan ekonomi dianggap sebagai faktor pembantu ke arah kesejahteraan hidup insan. Umpamanya, kita diwajibkan berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berbuka pada waktunya. Adalah beruntung jika seseorang dapat berbuka dengan lauk-pauk yang enak, namun berbuka dengan tiga biji tamar juga sah dan menepati syariat. Apalah erti makan sekenyang-kenyangnya tetapi kemudiannya tidak sanggup melakukan solat Maghrib malah terus meninggalkan fardhu Isyak dan solat sunat Tarawih !
Persoalan Islam tidak boleh dilaksanakan dalam masyarakat majmuk sudah dinafikan oleh corak pemerintahan negara Islam oleh baginda Rasulullah saw sendiri di negara Islam Madinah dengan wujudnya Perlembagaan bertulis pertama. di dunia dan kita berasa amat hiaran mengapa isu lapok ini masih berkekalan di dalam minda orang melayu islam Malaysia. Tidak lain, ini adalah kerana pimpinan melayu islam kini amat mementingkan kedudukan mereka, memelihara kroni mereka lalu mengabaikan suara terbanyak rakyat. Oleh sebab itulah Islam melarang umatnya mengambil sebahagian Islam tetapi menolak sebahagian yang lain seperti firman Nya di dalam AlQuran: “Apakah kamu beriman kepada sebahagian kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripada kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksaaan yang amat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” (Surah alBaqarah:85) Sehubungan dengan itu PAS akan meneruskan agenda negara Islam walaupun dalam usaha sedemikian dan PAS yakin dengan dasar Islam yang kita pegang kerana Allah swt telah berjanji memberikan kemenangan kepada Islam.
Sejak perjuangan Nabi Muhammad saw di Mekah, orang-orang Quraisy pernah menuduh Nabi sebagai gila, membawa ajaran bertentangan dengan tradisi nenek moyang mereka, sehingga mereka menawarkan Nabi: enam bulan pertama Nabi dan orang-orang Islam mengikut amalan tradisi Quraisy, enam bulan kedua orang-orang Quraisy pula mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi. Oleh kerana Islam tidak sedemikian dan kita tidak boleh mencampur-adukan nilai dan sistem bukan Islam dengan Islam, maka Allah swt telah mengajarkan Nabi Muhammad saw dengan menyebut: “Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah! Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang kami sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah(pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku!” (Surah alKafirun 1-6)
Pada suatu ketika kaum Quraisy telah mewakilkan Utbah bin Abu al Walid untuk berunding dengan Nabi Muhammad saw: “Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya kamu adalah seorang yang berkedudukan tinggi lagi dihormati dikalangan kami seperti yang kamu sendiri mengetahuinya. Sesungguhnya kamu telah membawa suatu perkara yang besar kepada mereka sehingga kamu telah memecah-belahkan perpaduan mereka, mencela tuhan-tuhan dan ajaran agama mereka. Dengan ajaran yang kamu bawa itu bermakna mengkafirkan nenek moyang mereka. Oleh itu dengarlah dulu pandanganku, fikirkanlah dahulu. Mudah-mudahan kamu dapat menerima sebahagian daripadanya.”
Sabda Rasulullah saw : ”Katakanlah wahai Abu Walid, aku sedia mendengarnya!”
“Wahai anak saudaraku, jika sekiranya apa yang kamu bawa ini bertujuan kerana mahukan harta benda, nescaya kami sediamengumpulkan harta-harta kami untukmu dan kamu akan menjadi orang yang terkaya di kalangan kami. Jika kamu berkehendakkan pangkat, kami bersedia melantik kamu menjadi ketua kami, sehingga kami tidak menandingi atau membantah urusanmu. Jika kamu mahu menjadi raja, kami bersedia menabalkan kamu menjadi raja kami. Jika apa yang berlaku kepadamu ini adalah suatu rasukan yang kamu tidak dapat menolaknya dari dirimu, kami bersedia mencarikan bomoh untukmu dan kami sanggup menyumbangkan harta sehingga kami dapat menyembuhkanmu!”
Maka telah bersabda Nabi Muhammad saw yang kata-kata Nabi itu telah merekamkan sejarah yang tidak dapat dilupai oleh seluruh para pejuang Islam yang jujur: “Adakah sudah selesai apa yang kamu hendak perkatakan wahai Abu Walid?” “Ya”, jawab Abu Walid. “Maka dengarlah pula daripadaku...” “Ha...Mim...diturunkan daripada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Kitab yang jelas ayat-ayatnya, bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling. Mereka tidak mendengarnya. Mereka berkata: Hati kami tertutup daripada apa yang kamu serukan kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan(penutup). Dan di antara kami dan kamu terdapat tembok. Maka bekerjalah kamu, dan sesungguhnya kami bekerja pula...” sehingga akhir ayat yang menganjurkan kita bersujud sunat.
“Utbah bin Abu al-Walid kelu terdiam tidak berkata apa-apa. Kawan-kawannya telah menemuinya dan bertanya: “Apakah yang telah berlaku kepadamu, wahai Abu Walid.” Utbah berkata : “Aku telah mendengar kata-kata yang tidak pernah kudengar sebelum ini. Ia bukannya syair, bukannya jampi ahli sihir dan bukannya jampi ahli nujum. Wahai kaum Quraisy, dengarlah dan patuhilah nasihatku: biarlah Muhammad dengan kerjanya, jangan ganggunya lagi.” Dan kaum Quraisy telah berkata: “ Demi Allah, kamu terkena sihir, wahai Abu Walid. Kamu terpengaruh dengan kata-katanya yang menarik!”
Semoga umat Islam masih terbuka minda dan hatinya kepada Islam kerana itu sahajalah penawar yang dapat mengubat jiwa orang-orang Islam. Kita teruskan munajat kepada Allah swt agar hati umat Islam tidak terus ditutup sehingga tidak mampu lagi menerima kebenaran daripada tuhannya seperti mana yang telah berlaku kepada kaum terdahulu yang dikisahkan di dalam AlQuran. Kita berdoa semoga minda orang-orang islam terus terbuka ke arah menjadi warga dunia yang progresif dan dinamik!

5:43 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)