1. Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasi (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.
2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.
Hujjah:
1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;
2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;
3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;
4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan
5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.
Firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32" Sebagai altenatifnya...Sekiranya seluruh dunia berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari "menyambut kekasih" dengan pasangan mereka, maka marilah kita semua sebagai umat Islam menjadikan setiap hari sebagai ikatan bersatunya seluruh muslimin dan muslimat serta mempertingkatkan ketaqwaaan dan kecintaan kepada Allah S.W.T dan RasulNYA
5:12 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)