Assalamualaikum wrt wbt.
Dewasa ini, kita sering dimomokkan dengan pemimpin yang agresif, radikal, liberal dan sekular. Kesemuanya menjadi isu panas bak ‘goreng pisang’ kerana mereka ini penentu masa depan sesebuah negara, bangsa dan agama. Kita sering memikirkan pemimpin idaman kita yang boleh menepati cita rasa kita sepenuhnya. Tapi… apakah kita berjaya memperolehnya pada hari ini?
Pemimpin-pemimpin besar yang menjadi perhatian dunia seperti Barrack Obama ( Presiden Amerika Syarikat), Mahmoud Ahmadinejad (Presiden Iran), Kim Jong Il (Presiden Korea Utara), Muammar Gadaffi (Presiden Libya) dan sebagainya. Banyak yang diperkatakan mengenai kepimpinan mereka. Ada yang mementingkan keadilan, dan sesetengahnya menjadikan sesuatu isu itu sabagai mendapat belas ehsan dan kepercayaan rakyat semata-mata.
Perubahan tampuk pemerintahan di negara kita tidak kurang hangatnya diperkatakan samada di dalam kampus ini ataupun di luar sana. Ia menjadi isu sensasi malah menjadi isu kempen pilihanraya samada sedang berlangsung ataupun sudah menutup tirai. Kini, Malaysia dikemudi oleh kepimpinan Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan konsep SATU MALAYSIAnya. Kita dapat melihat terdapat kesinambungan daripada pemerintahan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Haji Badawi dengan dasar diplomasinya hingga sekarang. Kepimpinan ini terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia yang mahu Malaysia terus membangun mengikut acuan sendiri.
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai kepimpinan yang bertunjangkan Islam supaya mahasiswa dan mahasiswi tidak keliru kerana kepimpinan Rasulullah saw adalah sangat sempurna dan menepati syariat Islam yang sebenar.
PENGERTIAN KEPIMPINAN
Kepimpinan adalah suatu peranan dan proses mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah sebahagian daripada ahli kumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan dijangka bertindak sesuai dengan kedudukannya. Pemimpin juga seorang ahli dalam kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruh dalam melaksana dan mencapai matlamat
kumpulan. Pemimpin yang amanah ialah seorang yang memimpin dan bukan seseorang yang menggunakan kedudukan untuk memimpin.
KEPIMPINAN MENURUT ISLAM
Kepimpinan menjadi tunggak kepada tertegaknya Islam di muka bumi dan kemaslahatan umat. Kepimpinan Islam adalah natijah daripada keimanan dan amal soleh. Seorang pemimpin yang mementingkan diri, kedudukan, kebendaan, jawatan dan sebagainya bukanlah daripada pimpinan Islam sebenar walaupun dilabelkan dengan nama Islam. Kepimpinan dalam Islam merupakan usaha menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang manusia daripada keburukan.
Kepimpinan adalah bagi mereka yang layak dan berhak sahaja. Dianggap telah melakukan satu pengkhianatan terhadap agama apabila diangkat seorang pemimpin yang tidak layak. Rasulullah s.a.w. telah memberi peringatan dengan sabda baginda yang bermaksud:
Ertinya:
“Sesiapa yang melantik seorang lelaki sebagai
pemimpin untuk sesuatu golongan, sedangkan di kalangan
mereka masih ada orang lain yang lebih diredhai oleh Allah
daripada lelaki itu, maka dia telah mengkhianati Allah,
Rasul-Nya dan mengkhianati seluruh umat Islam.
Kepimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh terbaik dalam menghayati nilai-nilai kepimpinan . Baginda telah meletakkan kepentingan umat Islam mengatasi segala kepentingan diri dan keluarga. Sifat-sifat kepimpinan yang dihayati dan ditonjolkan baginda telah menjadi ikutan para pengikutnya di sepanjang zaman dan setiap generasi. Al-Quran telah menjelaskan:
Ertinya:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah
itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat
dan dia banyak menyebut Allah.”
(Surah al-Ahzab: 21)
SYARAT-SYARAT PEMIMPIN
Kepimpinan adalah satu tugas yang besar dan berat tanggungjawabnya. Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanannya,Islam telah meletakkan beberapa syarat. Seseorang itu menjadi amir, mufti, qadhi (hakim),daie atau seoarang yang dikenali pada hari ini sebagai menteri, wakil rakyat, penghulu dan lain-lain lagi, dia haruslah tertakluk kepada syarat-syarat khas dan am yang berkaitan dengan tugas dan jawatan masing-masing. Boleh dikatakan syarat-syarat asas ijmak ulama mengenainya ialah:
1. Muslim , aqil baligh dan lelaki.
2. Adil. Bererti tidak fasik, umpamanya tidak meninggalkan solat dan beramal apa yang diketahui. Tidak bercanggah antara perbuatan dan kata-katanya. Tidak menyalahi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
3. Berilmu. Ertinya dia mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan fardu kifayah sehingga dapat membezakan yang maaruf dan yang m ungkar. Mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan.
4. Mempunyai qudrat dan kemampuan. Ertinya mampu bertindak menyelesaikan sesuatu urusan sama ada menggunakan tenaga, perkataan,tulisan atau fikiran dalam apa jua suasana.
5. Beradab mengikut akhlak Islam. Ertinya seseorang pemimpin haruslah mampu memberi contoh teladan mengikut akhlak Islam kepada diri dan orang yang dipimpinnya. Selain itu, di dalam dirinya mengandungi sifat ikhlas, jujur, tidak angkuh, ria dan sebagainya. Ringkasnya, terkumpul di dalam dirinya sifat-sifat terpuji dan jauh daripada sifat-sifat terkeji.
6. Sempurna panca indera dan sihat tubuh badan.
7. Memiliki sifat berlapang dada, tidak mendengar dan menerima umpatan serta pengaduan tanpa usul periksa. Jika perkara ini tidak dapat dijaga, makan diaakan membuka ruang kepada syaitan. Dalam memikul tanggungjawab, pemimpin akan berhadapan dengan berbagai-bagai kerenah pengikutnya, maka perlu baginya menjadi tidak mudah terkesan dengan apa yang disampaikan tanpa memahami keadaan sebenarnya. Pemimpin perlulah mengikut tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. sepertimana yang diceritakan oleh Ibn Mas’ud, maksudnya:
Ertinya:
“Tidaklah salah seorang daripada sahabatku
menyampaikan kepadaku sesuatu perkara tentang seseorang
(keburukannya), melainkan sesungguhnya aku suka untuk
keluar menemui kamu dalam keadaan dada yang lapang
(tanpa menyimpan apa-apa perasaan atau prasangka buruk).
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
8. Mampu menilai dan membuat pengamatan semasa terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya secara tepat. Berkemampuan membuat pendirian dan menghubungkaitkan setiap apa yang terjadi dalam masyarakat dan sekelilingnya dengan kemaslahatan umat dan agama. Tidak mudah terpengaruh dengan aliran pemikiran masyarakat dan mempunyai kecerdikan dalam menentukan masa depan.

5:40 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)