RASULULLAH s.a.w mengambil masa selama 22 tahun dua bulan 22 hari atau kira-kira 23 tahun sebelum wafat dalam melaksanakan tanggungjawab mmbangun dan mentamadunkan manusia sejagat dengan acuan Islam, acuan yang Allah s.w.t. amanahkan kepada baginda bagi memastikan sama ada dalam memburuk hasanah (kebahagiaan) di dunia mahu hasanah di akhirat, mestilah atas nama Islam.
Selain dari menyampaikan seruan tauhid, baginda juga memikul tanggungjawab sebagai arkitek kepada penyediaan kerangka pembetukkan ketua kerajaan di samping pembetukkan kerajaan dan pentadbiran bagi membangun dan mentamadunkan manusia.
Baginda juga memikul tanggungjawab sebagai perancang kepada pembangunan dan ketamadunan pendidikan, sosial, politik, pentadbiran, ekonomi, perundangan, intergrasi, pertahanan, moral dan sebagainya supaya manusia sejagat layak dan memilih jalan ke syurga.
Kalau masuk neraka juga kerana keingkaran mereka nanti, manusia yang tidak Islam tidak akan menganggap Allah berlaku kejam dan tidak adil kerana menerakakan mereka setelah baginda selaku Rasulullah s.a.w. telah memberi kefahaman yang jelas sejelas-jelasnya tentang jalan mana ke syurga dan jalan mana pula menuju ke neraka.
Kira-kira 13 tahun di Mekkah dengan berpandukan 4,770 ayat daripada 6,236 keseluruhan ayat al-Qur’an, Nabi Muhammad s.a.w. hanya tertumpu kepada seruan dakwah, seruan supaya masyarakat Mekkah memperakukan ke-Tuhanan Allah Rabbul-Jalin dan memperakukan kenabian dan kerasulan baginda.
Perakuan dan penerimaan manusia sejagat terhadap ketokohan baginda (wakil Allah yang mencipta dunia ini dengan segala isinya) penting bagi menyampai dan memperingatkan apa yang Allah suruh dan yang Allah tegah kerana tanpa diperakukan itu, manusia sejagat tentulah akan melihat Rasulullah s.a.w. hanyalah manusia biasa seperti mereka juga, tidak ada apa lebihnya.
Kerana masyarakat Arab Jahilliyah pada waktu itu terlalu dan teramat jahil dan sudah hilang nilai-nilai kemanusian dan keinsanan kerana kehidupan mereka penuh dengan unsur-unsur kebinatangan, kesyaitanan dan keiblisan, maka tidak banyak yang dapat dilakukan Rasulullah s.a.w. dalam mentamadun dan membangunkan Arab Jahilliyah selain dari melaksanakan seruan ketauhidan.
Malah seruan ketauhidan baginda pun menjadi bahan ejekan, malah baginda dan penganut Islam yang kecil bilanganya menghadapi pelbagai tekanan, pengkhianatan, acaman, ugutan, pemulauan dan kepungan ekonomi.
Isteri baginda, Siti Khadijah binti Khuwailid, seorang tokoh korporat wanita terkemuka dan terhormat ketika itu pun jatuh bankrap ekoran tindakan pemulauan dagang yang dibuat terhadapnya.
Pemulauan keatas beliau dibuat apabila beliau tidak menggunakan pengaruh dan kuasa kebendaan miliknya bagi menghalang Rasulullah s.a.w. yang membawa seruan yang mereka anggap sesat dan menyeleweng tanpa mereka sedari bahawa yang sesat dan menyeleweng sebenarnua adalah mereka. Rasulullah s.a.w. adalah arkitek yang diutuskan bagi membaiki nilai-nilai moral dan kemanusiaan mereka.
Rasulullah s.a.w. hanya dapat melaksanakan tugas-tugas kepimpinan sebenar sebagai wakil Allah s.w.t. bagi mentadbir seentero dunia dengan pentadbiran Islam apabila baginda berhijrah ke Madinah (nama asalnya Yasrib) yang mana baginda dan Islam bukan sahaja diterima dengan baik di sana , tetapi baginda dimuliakan oleh masyarakat di bumi yang Rasulullah s.a.w. menjadi perantaunya.
Sebelum membangunkan bangunan-bangunan lain, pembinaan masjid di dahulukan oleh Rasulullah s.a.w. dan pembinaan masjid mendahului pembinaan kediaman baginda sendiri.
Mesjid merupakan rumah Allah s.w.t. Ertinya baginda meletakkan Allah s.w.t. paling ke depan dalam apa pun tindak tanduk baginda dan itulah juga yang dituntut kepada umat Islam, letakkan Allah paling ke depan dalam semua perkara.
Kerana baginda adalah wakil Allah s.w.t.bagi membangun dan mentamadunkan dunia dan segala isinya, maka sudah tentulah apa yang baginda lakukan dan penyusunan masyarakat yang baginda atur itu adalah berpandukan acuan yang diperintahkan Allah s.w.t. Di Madinah baginda melaksanakan tugas berpandukan 1,456 ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah dan dinamakan Surah Madaniyyah.
Sebanyak 4,780 ayat al-Quran lagi diturunkan lebih awal di Mekkah dan dinamakan surah-syurah Makiyyah. Pembinaan masjid pertama dalam Islam adalah di Quba yang jaraknya kira-kira sepuluh kilometer dari Kota Madinah. Msasjid itu dinamakan Masjid Quba, dibina pada hari Khamis 11 Rabi’ulawal tahu 1 Hijrah, yakni empat hari selepas Rasulullah s.a.w. bertemankan Abu Bakar As-Siddiq tiba di Quba pada hari Isnin 8 Rabi’ulawal 1 Hijrah setelah menjalani perjalanan jauh meredasi padang pasir yang kontang dan gersang dalam peristiawa penghijrahan.
Pembinaan masjid itu dilakukan selepas baginda berehat selama empat hari bagi menghilangkan kepenatan perjalanan yang bukan sahaja meletihkan tetapi juga amat merbahaya.
Keesokkannya iaitu pada hari Jumaat 12 Rabi’ulawal tahun 1 Hijrah bersamaan dengan 24 September 622 Masehi, Nabi Muhammad, Abu Bakar dan Ali bin Abi Talib dan beberapa sahabat lain yang turut menyusul dalam penghijarahan itu telah masuk ke Kota Madinah.
Rasulullah s.a.w. telah diberikan sambutan meriah oleh penghuni Kota Madinah yang terdiri dari kalangan kaum Ansar (penduduk asal Madinah) dan kaum Muhajirin (penduduk Mekah yang telah diarah berhijrah lebih awal ke Madinah untuk menghindarkan diri dari menjadi mangsa keganasan kaum Musyrikin).
Baginda telah diberi sambutan sebagai seorang pemimpin agung yang dinanti-nantikan kemunculannya dengan penuh kerinduan dan diraikan dengan nyanyian memuji keindahan pekerti baginda, memperakukan kerasulan baginda dan memuji kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. serta penyerahan Kota Madinah kepada Utusan Allah s.w.t.
Pada hari itu juga Rasulullah s.a.w. mengadakan sembahyang fardhu Jumaat (12 Rabi’ulawal tahun 1 Hijrah/24 September 622 Masehi) yang pertama kali dan baginda berkhutbah di hadapan kaum Ansar dan Muhajirin.
Sejak hari itu jugalah nama asal Madinah iaitu Yasrib ditukar nama kepada nama Madinatun Nabiy yang bermaksud ‘Kota Nabi’ dan seterusnya disebut Madinah hingga kini dan merupakan kiblat pertama sembahyang kaum Muslimin sebelum dipindahkan kemudiannya ke Batililleh di Mekatul Mukorromah.
Setelah menjadi pemastautin dan diterima sebagai pemimpin Madinah, Rasulullah s.a.w. mulalah merencana dan mengatur siasah dan pembentukkan masyarakat sebagaimana yang dimahukan oleh Islam, membentuk sebuah masyarakat yang bebas dan hidup harmoni walaupun perbezaan suku kaum serta adat budaya.
Langkah kedua yang dilakukan oleh baginda ialah membentuk intergrasi, yakni dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dengan Muhajirin dengan mempersaudarakan mereka yang antaranya adalah melalui ikatan perkahwinan campur Ansar-Muhajirin.
Langkah ketiga mengikat perjanjian dengan kaum Yahudi Bani Quraizah, Bani Qanuqa’ dan Bani Nadhir sama ada yang tinggal di dalam Kota Madinah mahu pun yang tinggal di kawasan pinggir kota dengan kedua-dua belah pihak meperikrarkan akan saling bekerjasama dengan mengenepikan soal suku kaum dan anutan agama. Ianya adalah merupakan perjanjian politik.
Langkah keempat baginda memperkenalkan dasar politik, ekonomi dan dan sebagainya kerana di Madinah telah turun ayat-ayat al-Qur’an (sebanyak 4,780 ayat daripada 6,236 keseluruhan ayat al-Quran diturunkan di Madinah) mengenai tuntutan pelaksanaan hukum termasuk kewajipan membayar zakat dan sebagainya.
Kalau di Mekkah ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan dalam bentuk seruan dimulakan dengan Yaa-Ayyuhannas yang membawa maksud ‘Wahai manusia!”, di Madinah ayatnya dimulakan dengan Yaa-Ayyuhallaziina-aamanun yang membawa maksud “Wahai orang-orang yang beriman”, bererti ketamadunan manusia telah jauh menokok dengan bilangan umat Islam pula telah jauh meningkat berbanding dengan semasa baginga di Mekah.
Kenapa pembinaan masjid menjadi item paling utama dalam kerja pembinaan masyarakat oleh Rasulullah s.a.w. dengan pembentukkan intergrasi menduduki item kedua, jalinan kerjasama dengan bukan Islam item ketiga dan memperkenalkabn dasar politik, ekonomi dan sebagainya pula sebagai item keempat?
Jawabnya kerana masjid adalah tempat penjernihan jiwa raga, penjernihan fikiran dan perasaan, perjenihan hati dan qalbu kerana masjid adalah tempat suci yang mana tidak ada tempat yang paling suci selain masjid kerana ianya adalah rumah Allah s.w.t..
Orang yang sentiasa berada dan mahu berada di dalam masjid perlu membersihkan zahir batin, orang kotor zahir batin tidak layak untuk ke rumah Allah s.w.t.
Kerana itulah sehingga sekarang pun mereka yang tidak bersih zahir batin akan merasa berat hati dengan sendirinya untuk ke masjid, surau, madrasah mahu pun musalla.
Kebersihan zahir batin itu sendiri sebenarnya sangat penting dalam pembinaan masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan sejati kerana bila bersih zahir batin, manusia akan bebas dari sebarang kemungkaran, manusia akan bersih dari perbuatan-perbuatan terlarang termasuk penyalah-gunaan dadah, penyalah-gunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, korupsi dan sebagainya kerana ‘orang masjid/surau /madrasah/musalla’ tahu Allah s.w.t. Maha Melihat tanpa batas apa yang dibuat secara terang atau bersembunyi dan Allah s.w.t. Maha Mendengar tanpa batas apa yang dicakapkan dengan kuat atau sekadar berbisik, malah Allah s.w.t. juga mendengar bisikan hati manusia.
Dengan kata lain masjid adalah tempat pembinaan dan pembangunan jiwa manusia dengan iman dan takwa dan manusia yang membangun dan tamadun jiwa serta keimanan dan ketakwanannya akan turut membantu dalam pembangunan dan ketamadunan intergasi, sosial, politik, pentadbiran, ekonomi dan sebaginya.
Jika jiwa dan iman serta ketakwaan tidak terbangun dan tamadun, maka pelbagai halangan akan berlaku untuk kerja-kerja membangun dan mentamadunkan apa-apa jua perkara di luar masjid sama ada dalam berpolitik, berkerajaan, berekonomi, berundang-undang, bersosial, berintergrasi dan sebagainya kerana ianya pasti akan berdepan dengan masalah kemungkaran, displin, penyelewengan, pecah amanah, korupsi, rasuah dan sebagainya.
Pembentukkan intergrasi dengan mempersaudarakan antara kaum Ansar dan Muhajirin pula khususnya dengan proses perkahwinan campur Ansar-Muhajirin adalah bertujuan untuk membentuk persaudaraan yang bukan sahaja dalam bentuk retorik tetapi sehingga ke peringkat sedarah sedenyut nadi.
Setiap perkahwinan akan menghasilkan zuriat dan hasil campur akan melahirkan generasi berikutnya yang di dalam tubuh mereka akan mengalir darah Ansar-Muhajirin, dengan sendirinya wujud pertalian waris dan ikatan anak beranak.
Tanpa adanya campuran darah, tidak akan berlaku kesepaduan dan kerhamonian persaudaraan sejati, malah mahu tidak mahu akan berlaku polarisasi kaum dan ini terbukti apabila masalah untuk mewujudkan intergrasi tulen antara pelbagai bangsa dalam sesebuah negara dan persaudaraan tulen antara negara Islam sesama negara Islam yang penduduknya berlainan bangsa dan warna kulit sekarang tidak dapat diwujudkan dan masing-masing berpegang kepada batas nafsi-nafsi kerana dihadang oleh semangat kesuku-kauman dan ‘kebangsaan’ yang tebal kerana tidak adanya pertalian darah dan ikatan anak beranak.
Iraq dengan Iran barangkali tidak akan berlaku perang saudara sekiranya anak Presiden Iraq berkahwin dengan anak Presiden Iran kerana cucu kepada Presiden Iraq nanti adalah juga cucu kepada Prsiden Iran.
Amerika tidak mungkin akan ganyang Iraq sekiranya Presiden Bush berbesan dengan Presiden Saddam Hussein kerana cucu Saddam adalah juga cucu Bush, darah yang mengalir dalam tubuh cucu Bush sebahagiannya adalah juga darah Saddam.
Sebenarnya manusia tidak perlukan banyak tokoh dan sarjana intergrasi, apatah lagi menyebabkan mereka sakit dan botak kepala memikir, mencari dan mencipta teori intergerasi yang paling berkesan, malah tidak perlukan pembiayaan yang besar disdiakan untuk membuat kajian dan penyelidikan jika teori yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. dicedok guna oleh masyarakat seentero dunia kerana dengan cara itu, masyarakat seluruh dunia akan ada pertalian darah dan ikatan anak beranak walaupun mungkin budaya dan adatnya tidak serupa kerana perbezaan iklim dan struktur muka bumi.
Dalam perjanjian damai dengan orang Yahudi (dengan negara-negara bukan Islam dalam konteks sekarang) antara isi kandungan perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. ialah:
- Bahawa kaum Yahudi hidup damai bersama-sama kaum Muslim. Kedua belah pihak bebas memeluk dan menjalankan agama masing-masing
- Kaum Muslimin dan kaum Yahudi wajib bertolong-tolongan untuk melawan siapa sahaja yang memerangi mereka dan orang-orang Islam memikul belanja mereka sendiri pula.
- Kaum Muslimin dan kaum Yahudi wajib nasihat menasihati, tolong menolong dan melaksanakan kebajikan bagi kepentingan bersama
- Bahawa Kota Madinah adalah kota suci yang wajib dihormati oleh mereka yang terikat dengan perjanjian itu. Kalau terjadi perselisihan di antara kaum Muslim dengan kaum Yahudi dan sekiranya dikhuatirkan akan mengakibatkan hal-hal yang tidak diingini, maka urusan itu hendaklah diserahkan kepada Allah dan Rasul-Nya.
- Bahawa sesiapa sahaja yang tinggal di dalam atau di luar Kota Madinah, wajib dilindungi keamanan dirinya (kecuali orang yang zalim dan bersalah) sebab Allah menjadi pelindung orang-orang yang baik dan berbakti.
Kesan kepada perjanjian itu timbullah semangat kerjasama, tolenran, kelancaran interaksi dan pembenterasan terhadap pelbagai kemungkaran yang bukan sahaja diharamkan oleh Islam tetapi juga tidak disenangi dan menyusahkan kehidupan kalangan bukan Islam (Yahudi) yang mana sebelumnya lazim berlaku kes-kes perkosaan terhadap wanita, penindasan terhadap mereka yang lemas perampasan hak.
Malah ancaman permusuhan dari puak-puak lain sama ada musuh kepada kaum Muslimin Madinah atau pun musuh kepada kaum Yahudi tidak berani lagi bertindak sewenang-wenangnya kerana jika mereka cari pasal, mereka akan berdepan dengan dua kekuatan pakatan kaum Muslimin -Yahudi.
Apabila ketiga-tiga item dalam penyusunan pembangunan mentamadunkan masyarakat oleh Rasulullah s.a.w. itu dapat dicapai dengan jayanya, maka mudahlah bagi baginda merangka kerja dalam pembangunan dan ketamadunan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
Ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan pun adalah yang berkaitan dengan bidang-bidang bekaitan dengan soal-soal pembangunan dan ketamadunan masyarakat dan tentang pengurusan hidup. Sudah tidak ada lagi ayat-ayat yang berkisar kepada soal-soal ketauhidan.
Malah, ada ayat-ayat yang diturunkan membenarkan serta menuntut kaum Muslimin berperang dan bertindak memerangi dan menghapuskan musuh-musuh Islam yang yang melancarkan perang atau yang merancang melancarkan perang ke atas kaum Muslimin. Mereka bukan sahaja boleh melawan tetapi juga diboleh memulakan perang dan serangan jika keadaan memerlukannya.
Antara tindakan pengahpusan yang mula membabitkan penggunaan senjata dalam Islam ialah mendepani rakan seperjanjian damai dan kerjasama, yakni tindakan ke atas kaum Yahudi Bani Bainuqa’ yang telah mengkhinatai Islam yang diirihati kerana didapati cepat berkembang. Antaranya pengkhianatan yang dilakukan iualah dengan menimbulkan semangat kebangsaan kerana yang mengembangkan Islam adalah bangsa Arab, malah Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai perantau dari Mekah yang dibuang oleh kaum sendiri.
Setelah keadaan sudah tidak dikawal dan membahayakan perpaduan dan keselamatan masyakat Madinah, malah pernah berlaku wanita Arab diperlakukan dengan amat keji oleh orang Yahudi Bani Qainuqa’ di khalayak ramai bertujuan untuk mengaibkannya, maka Rasulullah s.a.w. bertindak mengusir keluar kaum Yahudi Bani Qainuqa’ dari Madinah.
Setahun selepas itu, kaum Yahudi Bani Nadhir pula cuba berlaku khianat dengan percubaan membunuh Rasulullah s.a.w. ketika baginda dengan beberapa orang sahabat berkunjung ke perkampungan mereka kerana suatu urusan. Bila rahsia pengkhianatan itu terbongkar, Rasulullah s.a.w. mengambil tindakan yang sama, mengusir kaum Yahudi Bani Nahdir dari Madinah. Pengusiran itu dilakukan pada bulan Rabi’ulawal tahun 4 Hijrah.
Kaum Yahudi Bani Quraizah juga turut menjahati kaum Muslim apabila dalam Perang Al-Ahzaab yang berlaku pada tahun 5 Hijrah yang mana musuh Islam telah membentuk satu pakatan hasil peranan yang dimainkan oleh kaum Yahudi Bani Nadhir yang selepas pengusiran dari Madinah telah mendapat tempat dan sesetengah menjadi pembesar Khaibar.
Dalam peperangan itu umat Islam benar-benar tertekan dan menderita kelaparan sehingga terpaksa mengikat batu di perut untuk menahan lapar akibat Kota Madinah di kepung musuh. Dalam saat genting begitu, kaum Yahudi Bani Quraizah telah berlaku khianat apabila pemimpin mereka Ka’ab bin Asad dihasut oleh pemimpin Bani Nadhir bernama Huyai bin Akhtab yang mengajaknya membatalkan perjanjian dengan Rasulullah s.a.w. dan menyertai pakatan penentang Islam dengan menjadi musuh dari dalam Kota Madinah.
Menyedari bahaya sedang berdepan dengan kaum Musliminm Rasulullah s.a.w. menghantar wakil baginda iaitu Saad bin Mu’adz dari suku kaun Aus dan Saad bin Ubadah ketua suku kaum Khazraj memujuk kaum Yahudi Bani Quraizah supaya jangan berlaku khianat tetapi permintaan Rasulullah s.a.w. itu ditolak dengan angkuh dan sombong, malah perngkhianatan ditingkatkan lagi.
Dengan pertolongan Allah s.w.t. pakatan musuh Islam telah berpecah dan suku-suku kaum yang mengepung dan menyebabkan tentera kaum Muslimin menderita kelaparan dengan berkubu di dalam parit (khandad) yang dibina bagi menyekat kemaraan musuh ke dalam kota telah meninggalkan Kota Madinah satu demi satu.
Akhirnya yang tinggal hanya kaum Yahudi Bani Quraizah. Tentera kaum Muslimin segera mengambil tindakan mengepung kaum Yahudi Bani Quraizah. Setelah kepungan berlangsung selama 50 hari, mereka bersetuju menyerah dengan syarat Sa’ad bin Muadz ketua suku kaum Aus dan mengalami cedera parah dalam peperangan itu yang menghakimi mereka dan Rasulullah s.a.w. bersetuju dengan syarat itu.
Setelah mempertimbangkan semasak-masaknya, Sa’ad menjatuhkan hukuman mati ke atas kaum lelaki kaum Yahudi Bani Quraizah manakala kaum wanita dan kanak-kanak mereka ditawan. Itulah hukuman yang paling berat pernah berlaku dalam sejarah penghukuman terhadap musuh-musuh Islam semasa hayat Rasulullah s.a.w. Selepas melaksanakan tugas itu, Sa’ad berpulang kerahmatullah.
Selama 13 tahun memembangun dan mentamadunkan masayarakat Kota Madinah, pelbagai ancaman walaupun tidak seterus semasa kira-kira 10 tahun di Mekah telah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. Selain dari pengkhianatan oleh kaum Yahudi yang mana perjanjian perdamaian dan kerjasama hanya mampu bertahan kira-kira lima tahun sahaja dan ianya termansuh gara-gara pengkhianatan kaum Yahudi sendiri, ancaman perang diterima dari kerajaan-kerajaan di negeri-negeri berjiran yang mula merasa terancam dengan kebangkitan Islam yang semakin melebar sayapnya.
Selain dari ancaman dari luar, Rasulullah s.a.w. juga berdepan dengan ancaman dari dalam termasuk dari dalam Kota Madinah sendiri iaitu ancam dari golongab munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay, ketua kepada satu suku kaum yang bercita-cita mahu menjadika raja Madinah yang mengalami kepesatan pembangunan dan ketamadunan dalam pelbagai bidang termasuk bidang perdagangan.
Golongan munafik ini berpura-pura beriman kepada Allah dan Rasul-Nya pada zahirnya tetapi hakikatnya mereka mengkhianati Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin, menjaling kerjasama dengan kaum Yahudi dan sering mengkhianati kaum Muslim termasuk dalam peperangan, malah pernah memfitnah Siti Aisyah isteri Rasulullah s.a.w. dengan cerita bohong, digambarkan bahawa Siti Aisyah berlaku curang sebagai seorang isteri.
Di samping itu Rasulullah s.a.w. juga terpaksa berdepan dengan musuh tradisi baginda iaitu kaum kafir Quraisy yang membuat pelbagai kerenah bagi mengancam dan mengacau kepentingan kaum Muslimin dan kebangkitan Islam.
Maka berlakulah Perang Uhud (pada bulan Sya’ban tahun 3 Hijrah), Perang Khandad yang juga dikenali dengan Perang Al-Ahzaab (pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah), Perang Tabuk (tahun 9 Hijrah) dan beberapa peperangan lagi.
Dalam Perang Khandad, musuh menggunakan kekuatan 10,000 bala tentera mengepung Kota Madinah dan dalam Perang Mu’tah tentera kaum Muslim yang cuma berjumlah 3,000 orang pernah berdepan dengan tentera musuh berjumlah 100,000. Peperangan itu berlaku pada tahun 8 Hijrah.
Antara jumlah tentera yang besar dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri adalah berjumlah 10,000. Kalau sebelumnya tentera kaum Muslim mengambil sikap mempertahankan diri tetapi pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah, strategi menyerang terlebih dahulu dilakukan.
Keputusan itu dibuat apabila kaum Quraisy didapati telah melanggar satu perjanjian dengan memerangi Bani Khuza’ah, sekutu kaum. Sebagai tindak balas, Rasulullah s.a.w. telah memimpin tentera kaum Muslimin menuju ke Mekah bagi memerangi kaum Quraisy walaupun pada waktu adalah bulan puasa.
Mendapat tahu kedatangan tentera kaum Muslim yang begitu besar, timbul rasa takut di kalangan kaum Musyrikin Mekah dan pemimpin mereka ketika itu iaitu Abu Sufian telah pergi menemui Rasulullah s.a.w. menyerah kalah dan menyatakan keisalamannya.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan tentera kaum Muslimin masuk ke Kota Mekkah melalui empat penjuru dan dengan itu Kota Mekkah berjaya ditawan tanpa berlaku pertumpahan darah dan semua berhala yang menjadi lambang kejahilliyahan Arab Mekah yang yang ada di Kota Mekah dan di pasang di Ka’abah dimusnahkan dan selepas itulah kiblat sembahyang umat Islam beralih dari Kota Madinah ke Mekah.
Setelah dapat kembali semula ke tanah tumpah darah baginda dalam keadaan gagah dan penuh kehebatan bersama 10,000 tentera yang sanggup mati untuk Islam, untuk Allah dan Rasul-Nya serta disambut dengan penuh kehebatan setelah kira-kira 13 tahun sebelumnya baginda tepaksa meninggalkan kota kelahiran baginda terpaksa bersumbunyi dan hanya bertemankan Abu Bakar As-Siddiq dan seorang lelaki penunjuk jalan, maka berakhirlah zaman jahilliyah dan kota Mekah kemudian telah dibangun dan ditamadunkan. Rasulullah s.a.w. telah mengambil peluang mengerjakan ibadat haji.
Peperangan terakhir dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. adalah Perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah yang mana jumlahnya sangat besar (tetapi jumlahnya tidak tercatat dalam sejarah) dan tujuannya asalnya adalah untuk memerangi tentera Rome. Bagaimana kerana gerunkan kekuatan tentera kaum Muslimin yang bukan sahaja besar bilangan tetapi juga terdiri dari tentera yang berjuang untuk mati syahid sedang bermarkas di Tabuk, tentera Rome malu alah telah mengelak dari berdepan dengan tentera kaum Muslim pimpinan Rasulullah s.a.w. Selepas 10 hari berada di Tabuk, Rasulullah s.a.w. kembali ke Madinah.
Selepas itu Kota Madinah mula menerima kedatangan utusan dari pelbagai kabilah Arab sebagai tetamu Rasulullah s.a.w. bagi menyatakan bahawa menyatakan keisalaman mereka dan akhirnya Islam telah melata ke seluruh jazirah Arab dan Rasulullah s.a.w. tahu bahawa tugas baginda telah selesai ekoran dari turunnya surah An-Nashr, malah para sahabat mula merasakan akan kehilangan baginda apabila turunnya ayat…… surah….. yang merupakan wahyu terakhir yang diuturunkan ketiga Rasulullah s.a.w. melakukan Hai Wida’ (Haji Perpisahan) bersama 100,000 kaum Muslimin.
Baginda bertolak dari Madinah ke Mekah pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah. Sebelum menyelesaikan ibadah haji, Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah penting di bukit ‘Arafah pada 8 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Selesai menunaikan Haji baginda pulang ke Mahkamah.
Kira-kira tiga bulan selepas pulang dari mengerakan Haji Wada’, baginda mengalami demam yang agak teruk sehingga tidak dapat menunaikan sembahyang berjemaah dan baginda meminta Sayyidina menggantikan tempat baginda mengimamkan sembahyang jemaah.
Pada 12 Rabi’ulawal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632 Masehi baginda wafat dengan meninggalkan al-Quran dan al-sunnah sebagai buku perlembagaan bagi umatnya terus membina pembangunan dan ketamadunan hidup berdasarkan acuan yang ditetapkan oleh Islam hingga kiamat.
Jika acuan Islam digantikan dengan acuan lain, maka dengan sendirinya keesaan Allah s.w.t., kebenaran Islam dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ditolak dan jadilah sesebuah masyarakat atau sesbuah negara itu sama seperti masyarakat Jahilliyah yang pernah bermusuhan dengan wakil Allah s.w.t. yang diamanah membangun dan mentamadunkan dunia dan segala isinya, yakni Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.

5:35 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)